Asahikawa

Asahikawa

HOME Hokkaido Asahikawa

Asahikawa:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Asahikawa:Gambaran keseluruhan dan Sejarah

Asahikawa merupakan bandar yang mempunyai penduduk kedua terbesar di Hokkaido. Di sini, terdapat Lapangan Terbang Asahikawa, dan ia juga merupakan pintu masuk ke kawasan Furano / Biei. Tarikan utama di Asahikawa ialah "Zoo Asahiyama" yang merupakan zoo yang terletak di bahagian utara Jepun. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini. Pada musim panas, di persekitaran zoo, anda boleh berjalan melewati taman-taman yang cantik, beraktiviti seperti berbasikal, berkhemah, alami sendiri pengalaman menunggang kuda, dan sebagainya. Manakala pada musim sejuk pula, anda boleh bermain ski dan papan luncur salji. Antara makanan yang terkenal di sini ialah Asahikawa Ramen yang ditambah dengan pes istimewa iaitu campuran makanan laut dan tulang khinzir serta kicap kacang soya. Selain itu, "Shinko Grill" iaitu daging ayam yang dipanggang dengan arang, dan minuman keras iaitu "Sake" tempatan yang diperbuat dari sumber air "Daisetsuzan" juga terkenal.