HOME Atami Impak tinggi! Belajar cara membuat relief seramik di "Studio Creare Atami Yugawara"
Impak tinggi! Belajar cara membuat relief seramik di "Studio Creare Atami Yugawara"

Impak tinggi! Belajar cara membuat relief seramik di "Studio Creare Atami Yugawara"

Update:

"Relief seramik " adalah karya lukisan yang menggunakan teknik pembakaran. Karya lukisan tiga dimensi yang berwarna warni diletakkan di stesen keretapi dan lapangan terbang. Kami akan memperkenalkan "Studio Creare Atami Yugawara", perintis "relief seramik" di Jepun.

Anda Boleh Melihat dan Belajar Cara Membuat Relief Seramik

Anda Boleh Melihat dan Belajar Cara Membuat Relief Seramik

10 minit menaiki bas Hakone Tozan daripada stesen "Yugawara" Laluan JR Tokaido. "Studio Creare Atami Yugawara" terletak kawasan 5 minit berjalan kaki daripada perhentian bas "Ochiaibashi". Sesiapa sahaja boleh melihat dan belajar cara untuk membuat "relief seramik" secara percuma di fasiliti ini, jika tempahan dibuat.
Studio ini adalah binaan atrium 2 tingkat. Tanah yang digunakan untuk menghasilkan seusatu karya diletakkan di tengah-tengah studio ini.

Membuat Model Berskala Kecil Sebelum Penghasilan Karya

Membuat Model Berskala Kecil Sebelum Penghasilan Karya

Walaupun hanya sebahagian karya boleh dilihat disebabkan masa untuk membuatnya memakan lebih setahun, kami akan mengajar anda menggunakan karya lepas dan contoh karya yang lain. Sebagai permulaan, model berskala kecil yang berdasarkan pelan yang dilukis oleh artis, akan dibuat. Model tersebut juga akan dibuat menggunakan tanah yang sama dengan relief seramik, dan cara untuk menjadikan ia tiga dimensi akan difikirkan.

Lihat Model Bersaiz Besar daripada Tingkat 2

Lihat Model Bersaiz Besar daripada Tingkat 2

Seterusnya, lukis pelan berasaskan model. Langkah ini adalah sangat penting kerana staf kami akan memulakan proses pembinaan bentuk sambil melihat model dan pelan. Disebabkan karya yang terhasil adalah besar, kerja pembuatan akan dibahagikan. Semua orang akan bekerja bersama-sama sehingga karya siap, sambil berulang-alik ke tingkat 2 untuk memastikan kesempurnaannya.

Pembahagian Relief Seramik Sebelum Dibakar

Pembahagian Relief Seramik Sebelum Dibakar

Selepas proses pembentukan tamat, bermula proses "pembakaran". Disebabkan tiada relau pembakar yang boleh memuatkan relief seramik yang besar, karya akan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibakar.
Karya akan dipotong dengan berhati-hati sambil memikirkan "cara untuk menyerlahkan tiga dimensi". Sebagai contoh, untuk memotong bahagian yang halus tanpa merosakkannya, pisau yang panjang dan halus adalah diperlukan. Oleh itu, "pisau khas relief seramik" yang berbentuk seperti tombak besar perlu dibuat sendiri.

Bakar 2 Kali

Bakar 2 Kali

Relau gas dan relau elektrik akan digunakan mengikut keperluan. Suhunya adalah 850 darjah celcius. Selepas 3 hari dibakar, lapisan sepuh akan disadur, seterusnya dibakar semula pada suhu 1230 darjah celcius sehingga selesai. Seminggu diperlukan untuk menyelesaikan pembakaran.
Setiap bahagian akan ditanda untuk mengelakkan kekeliruan ketika proses mencantum kembali bahagian-bahagian yang terpisah. Seperti permainan susun suai gambar yang besar. Selepas pemasangan sementara di dalam studio dan pemeriksaan akhir dilakukan, karya tersebut akan dibawa ke lokasi yang ditetapkan.

Warna Menggunakan Lebih 5000 Jenis Sepuh

Warna Menggunakan Lebih 5000 Jenis Sepuh

Kepelbagaian warna adalah salah satu keistimewaan relief seramik. Di fasiliti ini, berpuluh-puluh jenis warna sepuh digunakan, dimana setiap satu warna disediakan mengikut lukisan asal. Berikutan terdapat permukaan yang timbul, pewarnaan memberikan lukisan tersebut satu bentuk kedalaman. Walaupun sudah lebih 5000 jenis warna dibuat dan digunakan sehingga kini, ia masih lagi tidak mencukupi.

Terdapat Juga Studio Tingkap Kaca Berwarna

Terdapat Juga Studio Tingkap Kaca Berwarna

Di fasiliti ini, pembuatan karya tingkap kaca berwarna juga dilakukan. Anda juga boleh melihat studio tingkap kaca berwarna yang berda di dalam bangunan yang sama.
Untuk mendapatkan peringkatan warna cantik, bahan berkelas tinggi digunakan. Pelbagai tingkap kaca berwarna digunakan di studio ini, menjadikan ruang dalamnya cantik bercahaya apabila diterangi cahaya semulajadi.
Bayaran: Percuma (Tempahan perlu dilakukan 2 hari sebelum)
Cuti tetap: Hujung minggu, cuti umum
Masa lawatan: 13:00~18:00
Masa yang diperlukan: sekitar 1 jam
Bahasa Inggeris: Tidak disokong

Written by : Haruna Saito

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini