HOME Kichijoji Nikmati bandar dalam masa 3 jam! Bersiar-siar mengelilingi Kichijouji
Nikmati bandar dalam masa 3 jam! Bersiar-siar mengelilingi Kichijouji

Nikmati bandar dalam masa 3 jam! Bersiar-siar mengelilingi Kichijouji

Update:

Kichijouji adalah merupakan bandar yang terkenal sebagai bandar orang muda. Kawasan ini sering kali berada di kedudukan teratas sebagai kawasan yang paling didiami di Tokyo. Bandar yang kaya dengan alam semula jadi ini mempunyai banyak pasar-pasar dan gerai-gerai jualan, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk membeli belah, makan dan juga bersiar-siar.

Melihat lebih dekat lagi "Harmonica Yokocho"

Melihat lebih dekat lagi "Harmonica Yokocho"

Nama lorong ini adalah bersempena dengan keadaan deretan lebih kurang 100 buah kedai membeli-belah dan restoran di lorong kecil ini yang dikatakan menyerupai alatan muzik harmonika. Anda pasti keliru memilih kedai yang ingin dikunjungi dek kerana variasi kedai-kedai dari kedai lama hinggalah ke kedai moden yang elegan. Terdapat banyak juga kedai-kedai yang beroperasi sebagai izakaya (kedai arak) pada waktu malam dan kedai makan tengah hari pada waktu siang, membolehkan anda membuat kunjungan pada bila-bila masa sahaja.

  • Harmonica Alley
    ハモニカ横丁
    • Address 1-1 Kichijoji Honcho, Musashino-shi, Tokyo 180-0004, Japan

Harga yang berpatutan di "Iseya Souhonten"

Harga yang berpatutan di "Iseya Souhonten"

Kedai yakitori yang bertandakan tanglung merah ini telah dikenali oleh penduduk setempat sejak lebih dari 80 tahun. Walaupun terdapat tiga buah cawangan di Kichijouji, kesemuanya sentiasa dipenuhi pelanggan. Pada harga 80 JPY secucuk, isi daging yakitori ini sangat besar berbanding harganya. Sekali mencuba pasti anda akan mengetahui sebab ia sangat terkenal. Ia turut boleh dibawa pulang, bergantung kepada cawangan tersebut. Jika cuaca baik, anda dapat menikmatinya di Taman Inokashira. Oleh kerana waktu perniagaan bermula dari waktu tengah hari, maka anda disyorkan untuk singgah makan tengah hari di sana.

  • Iseya
    いせや総本店
    • Address 1-2-1 Gotenyama, Musashino-shi, Tokyo 180-0005, Japan

Maker's Watch Knot

Maker's Watch Knot

Kedai jam tangan buatan Jepun ini terletak di antara deretan kedai-kedai unik yang banyak terdapat di Jalan "Nakamichi-dori". Anda boleh membuat pesanan khas dari 10,000 JPY sebuah. Apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat lebih 5,000 kombinasi untuk anda pilih di sini. Oleh kerana jam tangan merupakan alat yang sentiasa dipakai, sudah semestinya anda ingin memilih mengikut citarasa sendiri.

  • Maker's Watch Knot
    Maker's Watch Knot 吉祥寺ギャラリーショップ
    • Address 2-33-8 Kichijoji Honcho, Musashino-shi, Tokyo 180-0004, Japan

Iori

Iori

Kedai ini adalah kedai khas "tuala Imabari" yang juga terdapat di Jalan Nakamichi-dori. Tuala Imabari adalah jenama tuala yang lahir di Ehime pada 120 tahun dahulu. Hanya produk yang telah lulus ujian kualiti sahaja layak menggunakan jenama ini. Ia juga terkenal untuk dijadikan sebagai hadiah kerana fungsi dan kualitinya yang sangat baik. Selain dari tuala kegunaan seharian, terdapat juga pilihan produk-produk lain untuk dipilih seperti selendang, dan lain-lain. Ayuhlah mencubanya kerana sekali guna pasti akan membuatkan anda rasa ingin mencuba lagi disebabkan sentuhannya yang lembut.

  • Iori
    伊織 吉祥寺店
    • Address 4-7-3 Kichijoji Honcho, Musashino-shi, Tokyo 180-0004, Japan

Bersiar-siar di "Inokashira Park"

Bersiar-siar di "Inokashira Park"

Ketika berkunjung ke Kichijouji, jangan lupa untuk berkunjung juga ke Inokashira Park. Kawasan yang berkeluasan 380,000 meter persegi ini mempunyai Tasik Inokashira di tengah-tengahnya di mana terdapat bot-bot yang terapung. Taman ini mempunyai pemandangan yang berbeza pada setiap musim. Pada musim bunga, bunga sakura akan mekar dan taman sentiasa meriah dengan kunjungan ramai pada setiap tahun. Selain itu terdapat juga pameran kraf tangan serta festival muzik yang dianjurkan sepanjang tahun di sini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini