HOME Jenis matawang dan kegunaannya
Jenis matawang dan kegunaannya

Jenis matawang dan kegunaannya

Last updated: 10 Mei 2017

Wang tunai adalah satu benda yang tidak boleh sesekali dilupakan ketika melancong. Ianya harus disediakan terlebih dahulu kerana terdapat banyak kedai-kedai atau kedai persendirian di lokasi pelancongan yang tidak menerima kad kredit. Di sini anda akan diperkenalkan dengan jenis-jenis duit yang digunakan di Jepun, juga sedikit pengetahuan am mengenainya.

Koin Satu Yen

Koin Satu Yen

Koin Satu Yen dihasilkan daripada aluminium tulen dan merupakan syiling yang teringan dan mempunyai nilai yang paling kecil di dalam kumpulan koin yang ada di Jepun. Pokok muda, karektar 「一円」(1 yen) dan「日本国」(Japan) tertera di bahagian hadapan syiling, manakala di bahagian belakangnya pula tertera「1」dan tarikh syiling tersebut dihasilkan. Pokok muda yang bermotifkan simple tapi cantik ini merupakan pokok rekaan semata-mata. Satu trivia berkenaan koin satu yen ini ialah, kos sebenar untuk menghasilkan duit satu yen adalah bersamaan dengan dua yen! Juga, hampir kesemua mesin layan diri seperti mesin jualan tiket atau pun air tidak menerima koin satu yen.

Koin Lima Yen

Koin Lima Yen

Koin ini dihasilkan daripada tembaga dan mempunyai lubang segi empat dibahagian tengahnya. Bahagian hadapan koin 5 yen ini, terpapar simbol berbentuk telinga beras(Inaho), air dan juga gear yang melambangkan idustri utama Jepun ketika duit ini diperkenalkan. Di bahagian belakang duit ini pula, tertulis Negara Jepun “Nihon Koku”, tahun duit ini dihasilkan dan juga simbol tunas tumbuhan. Duit syiling yang berlubang di bahagian tengahnya adalah begitu aneh ataupun rare mejadikan ia satu buah tangan yang membawa simbol tuah yang agak popular. Koin 5 yen juga sama seperti koin 1 yen dimana, kebanyakan mesin layan diri tidak menerima syiling ini.

Koin 10 Yen

Koin 10 Yen

Syiling 10 yen ini dihasilkan dari kuprum. Dibahagian hadapan syiling ini, terpapar lambang Kuil Byodo-in yang merupakan salah satu Tapak Warisan Budaya Dunia dan juga corak arabes. Juga tertulis Negara Jepun “Nihon Koku” dan sepuluh yen. Di bahagian belakang duit syiling pula terpapar Pokok Joban, 10 dan juga tahun ia dihasilkan. Syiling ini secara amnya boleh digunakan di mesin layan diri, sistem pengangkutan awam, telefon awam dan sebagainya. Anda mungkin merasa selesa sekiranya mempunyai banyak syiling 10 yen oleh kerana kegunaanya yang pelbagai.

Koin 50 Yen

Koin 50 Yen

Koin yang mempunyai lubang berbentuk bulat dibahagian tengah ini dibuat dari nikel dan aloi kuprum. Di bahagian depan duit syiling ini tertulils corak krisantimum, Negara Jepun “Nihon Koku” dan 50 yen. Bahagian belakangnya pula terpapar angka 50 dan juga tahun ia dihasilkan. Seperti duit syiling satu yen, design bagi duit syiling 50 yen juga ditentukan menerusi proposal awam.

Koin 100 Yen

Koin 100 Yen

Seperti duit syiling 50 yen, ia juga dihasilkan dari nikel dan juga kuprum aloi. Bahagian hadapan duit syiling ini terpapar corak Sakura, Negara Jepun “Nihon Koku” dan juga Seratus Yen. Bahagian belakangnya pula terpapar angka 100 dan juga tahun duit syiling ini dihasilkan. Seperti duit syiling 10 yen juga, kegunaannya juga agak meluas seperti mesin layan diri, pengangkutan awam, telefon awam dan sebagainya.

Koin 500 Yen

Koin 500 Yen

Duit syiling yang diperbuat dari nikel dan tembaga ini adalah yang terbesar dari kategorinya. Di bahagian hadapannya, tertera corak pohon Paulownia, negara Jepun “Nihon Koku” dan juga 500 yen dalam tulisan jepun. Di bahagian belakangnya pula tertera corak pohon buluh dan tachibana disamping angka 500 dan juga tahun ia dihasilkan.

Bil 1,000 Yen

Bil 1,000 Yen

Di bahagian hadapan bil ini, tertera portrait Hideyo Noguchi – seorang cendiakawan Jepun. Di bahagian belakangnya pula tertera Gunung Fuji dan juga Pokok Sakura. Walaupun mesin layan diri yang kebanyakannya tidak menerima bil bernilai tinggi, masih terdapat banyak lagi mesin-mesin yang menerima bil 1,000 yen. Adalah sangat berguna sekiranya anda memiliki banyak bil 1,000 yen.

Bil 2,000 Yen

Bil 2,000 Yen

Ini adalah bil di mana bahagian hadapannya tertera Shureimon – pintu kepada satu kuil yang cukup terkenal. Di bahagian belakangnya pula terdapat satu bahagian dari Kisah Hikayat Genji yang merupakan khazanah negara dan juga potrait penulis hikayat tersebut iaitu Murasaki Shikibu. Bil ini dihasikan pada tahun 2000 yang menggunakan teknologi pencegahan duit palsu yang terbaru. Akan tetapi, bil ini tidak banyak digunakan dan jarang sekali dapat dilihat dalam kehidupan seharian.

Bil 5,000 Yen

Bil 5,000 Yen

Di bahagian hadapannya terdapat potrait Ichiyo Higuchi. Di bahagian belakangnya pula terdapat image Iris yang begitu cantik hasil lukisan oleh pelukis terkenal iaitu Korin Ogata.

Bil 10,000 Yen

Bil 10,000 Yen

Di bahagian hadapan bil ini terdapat potrait seorang guru, cendiakawan Belanda dan seorang pemikir iaitu Yukichi Fukuzawa. Di bahagian belakangnya pula tertera imej tugu phoenix. Ia merupakan bil yang mempunyai nilai terbesar dalam kategorinya.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari