HOME Ginza Apa yang anda perlu tahu mengenai Itoya
Apa yang anda perlu tahu mengenai Itoya

Apa yang anda perlu tahu mengenai Itoya

Update:

Kedai peralatan alat tulis terkenal, Itoya yang terletak di bandar Ginza ini telah diperbaharui dan beroperasi semula pada Jun 2015. Kedai yang berusia lebih daripada 110 tahun ini telah berubah menjadi sebuah tempat yang elegan dengan menyediakan pelbagai barangan jualan yang bertema moden dan bergaya.

Nikmati pemandangan lorong Ginza dari sudut "Nomad's Nook"

Nikmati pemandangan lorong Ginza dari sudut "Nomad's Nook"

Tingkat 5 bangunan ini memuatkan barangan jualan yang bertemakan "melancong sambil bekerja". Barangan seperti botol air mudah alih dan bagasi ringan untuk kegunaan lawatan kerja banyak dimuatkan di sini. Bukan itu sahaja, di sini juga dilengkapi dengan ruangan selesa untuk nomad worker bekerja. (Nomad worker adalah istilah untuk mereka yang menyiapkan kerja bukan di pejabat, tetapi di kafe dan sebagainya). Ruangan ini boleh digunakan dengan selesa tanpa mengira sama ada untuk menaip emel, mengecas telefon, ataupun untuk pelancong berehat sambil merancang perjalanan.

Mencari pelbagai barangan untuk dijadikan hadiah

Mencari pelbagai barangan untuk dijadikan hadiah

Jika anda sedang mencari hadiah, tingkat 6 atau 8 adalah tempatnya. Tingkat 6 menyediakan barangan peralatan rumah. Barangan seperti peralatan dapur, pinggan mangkuk, dan peralatan ruang tamu yang lengkap membuatkan anda berasa seperti berada di kedai hiasan dalaman.

Manakala di tingkat 8 pula terdapat pelbagai barangan kraftangan buatan sendiri serta kertas beraneka bentuk yang dikumpul dari seluruh dunia. Washi (kertas Jepun), terutamanya, sangat bergaya sebagai hiasan di rumah selain boleh dijadikan hadiah ataupun cenderamata.

Pemandangan indah dan suasana selesa di kafe

Pemandangan indah dan suasana selesa di kafe

Restoran kafe yang terletak di tingkat teratas pula merupakan salah satu tarikan pengujung, di mana ada yang datang semata-mata untuk ke sini. Ruangan restoran yang terbuka ini sangat selesa, membuatkan pengunjung ingin duduk lama dan bersantai. Cahaya semulajadi di siang hari menceriakan lagi ruangan kedai ini, manakala lampu malap di waktu malamnya menjadikan suasananya lebih romantis. Restoran yang mempamerkan kepelbagaian ekpresi ini juga turut menyediakan hidangan menu sihat untuk santapan para pengunjung.

Antaranya menunya adalah "ichijiku to buruchiizu no sarada", yang mengandungi daun salad, daun arugula, kacang berkaramel yang rangup, keju biru dan juga buah tin. Di sampingnya, cubalah juga wain putih yang dipilih khas oleh pakar wain berpengalaman.

Daun salad ini telah ditanam sendiri secara hidroponik oleh pekerja Itoya di kebun yang terletak di tingkat 11. Kesegarannya dijamin kerana ianya dipetik setiap hari. Oleh itu salad ini sangat segar dan rangup bila dimakan. Cubalah rasainya disini!

  • G.Itoya
    • Address 2-7-15, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3561-8311
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini