Sebelum melancong ke Jepun, mari kita cuba memahami anggaran perbelanjaan yang diperlukan semasa tinggal di sana. .Kebanyakan orang tidak merancang semasa melancong tetapi sangat prihatin tentang harga barang di negara lain. Berikut akan diperkenalkan tentang kos makan dan kos pengangkutan serta kos barang-barang keperluan harian yang penting di Tokyo.
Kos makan
Anggaran perbelanjaan makan tengahari adalah lebih kurang 1000 yen. Di bandar-bandar yang terdapat banyak pejabat, terdapat kedai yang menawarkan menu “one coin lunch” yang berharga 500 yen. Untuk makan malam, bergantung kepada kedai dan menu, terdapat restoran yang bila anda memesan masakan “course”, harganya boleh mencecah 5000 yen. Di bar, jika anda memesan sake (arak Jepun) atau makanan ringan, secara amnya anggaran perbelanjaan adalah lebih kurang 3000 yen hingga 6000 yen. Berikut adalah anggaran harga untuk pelbagai jenis mee dan makanan segera.
[Harga makanan dan minuman di sekitar Tokyo]
Ramen --- 567 yen
Spaghetti ---- 729 yen
Sushi (ikan tuna 2 ketul) --- 132 yen
Burger keju ---- 167 yen
Kopi panas (di kafe) ---- 422 yen
Kos bahan makanan
Bahan makanan boleh dibeli terutamanya di supermarket. Walaupun kebelakangan ini kedai-kedai yang menjual barangan segar di kawasan perumahan telah berkurangan, namun di sini juga ada menjual ikan segar dan buah-buahan dimana anda boleh membeli barangan yang segar.
[Harga barang di sekitar Tokyo]
Beras (Koshihikari 5 kg) --- 2285 yen
Ikan tongkol (100 g) ---- 110 yen
Daging khinzir (peha 100 g) ---- 194 yen
Susu segar (1 liter) --- 221 yen
Telur ayam (saiz L 10 biji) --- 249 yen
Kobis (1 kg) ---- 208 yen
Ubi kentang (1 kg) ---- 364 yen
Minyak masak (1 kg) ----- 315 yen
Garam (1 kg) ---- 112 yen
Beer (350ml 6 tin) ---- 1135 yen
Barang harian/keperluan
Di Jepun, terdapat banyak barangan keperluan harian yang berkualiti tinggi dijual dengan harga yang berpatutan. Lampin, tisu tandas dan sebagainya juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan warga asing. Malah, pelancong asing juga gemar membeli belah barangan keperluan harian di farmasi yang menjual pelbagai jenis barangan.
[Harga barang di sekitar Tokyo]
Pembalut plastik --- 159 yen
Sabun basuh (1 kg) ----- 310 yen
Syampu (1 liter) ---- 1492 yen
Ubat gigi (140 g) --- 166 yen
Kertas tandas (12 biji) --- 262 yen
Lampin bayi (10 helai) --- 301 yen
Kos pengangkutan/perhubungan
Tambang keretapi dan bas kebanyakannya bergantung kepada jarak perjalanan. Selain tambang, terdapat juga perkhidmatan awam yang mengenakan caj perkhidmatan bagi perkhidmatan ekspres. Caj bagi perkhidmatan teksi bagi kebanyakan pengusaha teksi di Tokyo adalah 730 yen bagi 2 km.
[Tambang pengangkutan di sekitar Tokyo]
Tambang keretapi (selain JR, dewasa, 11 km tambang minimum) --- 231 yen
Tambang bas (bas biasa, dewasa, 7 km tambang minimum) ---- 213 yen
Tambang teksi (siang 4 km) ---- 1450 yen
Petrol (1 liter tidak termasuk jenis layan diri) --- 135 yen
Suratkhabar (1 bulan) ---- 3343 yen
Telefon talian tetap (1 bulan) ---- 1838 yen
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Apa yang anda perlu tahu mengenai Itoya
-
Membeli belah budaya kawaii (comel) ♪
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Dapatkannya di Tokyu Hands! 10 Produk Kecantikan Yang Terkemuka Dan Disyorkan Oleh Pakar Kecantikan
-
5 pilihan item terhad di Tokyo yang mesti dibeli