HOME Ueno 5 benda pilihan yang hanya boleh dibeli di Ameyoko
5 benda pilihan yang hanya boleh dibeli di Ameyoko

5 benda pilihan yang hanya boleh dibeli di Ameyoko

Update:

Ameyoko merupakan sebuah bandar membeli-belah yang berpusat lebih kurang 500 meter dengan kira-kira 400 buah deretan kedai yang merangkumi kawasan di antara stesen kereta api JR "Ueno" hingga ke stesen kereta api "Okachimachi." Mari membeli cenderamata yang hanya boleh didapati di Ameyoko.

Lukisan ukiyoe ZIPPO

Lukisan ukiyoe ZIPPO

Kedai Marui yang sudah 60 tahun ditubuhkan merupakan sebuah kedai dengan perniagaan utamanya adalah pen dakwat. Barangan yang disyorkan dibeli di sini adalah ZIPPO yang terukir lukisan Ukiyoe (sebuah lukisan tradisional Jepun yang menggambarkan kehidupan di zaman Edo). Hasil seni tangan yang sangat halus ini sangat sesuai dijadikan sebagai cenderamata dari Jepun. Ia pasti berguna sebagai peralatan yang kekal lama.

  • Marui Syouten
    マルイ商店
    • Address 6-4-4, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

Yamitsuki korokke (Kroket yang mengasyikkan)

Yamitsuki korokke (Kroket yang mengasyikkan)

"Niku no Ohyama" adalah sebuah restoran yang diuruskan terus oleh kedai perniagaan daging. Di bahagian hadapan kedai, terdapat makanan bergoreng yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. Antara yang disyorkan di sini adalah "yamitsuki korokke (kroket yang mengasyikkan)". Kemanisan kentang dengan rasa daging dalam kroket ini sangat menakjubkan!

  • Niku no Ohyama
    肉の大山 上野店
    • Address 6-13-2, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

Manisan Jepun

Manisan Jepun

Manisan yang selalu dimakan oleh orang Jepun boleh diperolehi di Nikinokashi. Jika datang ke sini, pasti terasa seperti ingin membeli secara "matomegai (membeli secara borong)". Terdapat 2 tanda harga yang berbeza, harga akan dikurangkan jika pembelian secara borong mengikut kuantiti yang tertulis dilakukan. Oleh kerana pejabat jualan pertama adalah bebas cukai, jadi amat sesuai untuk membeli cenderamata yang banyak untuk diberikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga di sini.

Denim berkonsepkan tradisional Jepun

Denim berkonsepkan tradisional Jepun

FREAK MARKET adalah kedai pakar dalam bidang kain yang berkonsepkan tradisional Jepun. Terdapat banyak jaket, denim serta t-shirt yang bergaya yang mempunyai sulaman bunga sakura serta ukiyoe yang mempamerkan kesenian Jepun. Sangat menggembirakan kerana kedai ini juga bebas cukai.

  • FREAK MARKET
    FREAK MARKET
    • Address Ameyokopuraza31.32, 6-10-7, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan

Sate buah-buahan

Sate buah-buahan

Jika bersiar-siar di Ameyoko, ada kemungkinan akan terserempak dengan orang yang memakan buah-buahan yang dicucuk dengan lidi kayu. Kedai yang menjual sate buah-buahan ini dikenali sebagai Hyakkaen. Ia sangat disukai oleh ramai orang, bukan sahaja para pelancong malah orang tempatan sendiri kerana mereka boleh menikmati potongan buah-buahan segar ini dengan mudah sambil bersiar-siar.

  • Hyakkaen
    百果園 上野第一店
    • Address 6-10-12, Ueno, Taito-ku, Tokyo, 110-0005, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini