HOME Stesen Tokyo Saya telah cuba kumpulkan barangan fesyen ciptaan Jepun di Marunouchi!
Saya telah cuba kumpulkan barangan fesyen ciptaan Jepun di Marunouchi!

Saya telah cuba kumpulkan barangan fesyen ciptaan Jepun di Marunouchi!

Update:

Kawasan Marunouchi yang berhampiran dengan Stesen Tokyo merupakan salah satu kawasan perniagaan terbesar di Jepun, tetapi sebenarnya ia juga merupakan kawasan membeli-belah yang telah menjadi elegan. Pekerja syarikat di Jepun biasanya singgah membeli-belah di Marunouchi selepas pulang dari kerja. Kali ini, kami telah cuba melawat tiga buah kedai barangan fesyen ciptaan Jepun di Marunouchi.

Facial Index New York

Facial Index New York

Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan cermin mata yang dibuat dengan teknologi bertaraf tinggi Jepun. Ia adalah kedai Facial Index New York di Tokyo. Kedai ini yang terperosok di sudut Marunouchi Naka-dori menawarkan cermin mata yang tulen dan mewah dengan harapan ingin memperkenalkan kecanggihan teknologi Jepun ke mata dunia.

Kacamata yang dihasilkan dengan teknologi terkini dan teknik pakar

Kacamata yang dihasilkan dengan teknologi terkini dan teknik pakar

Kualiti cermin mata buatan Jepun adalah setanding dengan Amerika Syarikat dan Eropah. Keunikan cermin mata ini ialah kesempurnaan dan ketahanan bingkai cermin mata yang sangat tinggi dengan kerosakan yang sangat kurang. Berbeza dengan pengeluaran dalam jumlah yang banyak, ia merupakan buatan tangan yang dihasilkan secara kaedah tradisional dengan penuh ketelitian oleh tenaga-tenaga pakar.

Penggunaan teknologi sepenuhnya

Penggunaan teknologi sepenuhnya

Sebaliknya, penghasilan kanta dilakukan dengan membuat ukuran menggunakan teknologi maju jauh ke hadapan. Cermin mata yang dihasilkan dengan gabungan teknologi maju dan kaedah tradisional merupakan cermin mata gred tinggi yang tiada tandingannya di atas rak ini.

Cermin mata yang turut mendapat sambutan warga asing

Cermin mata yang turut mendapat sambutan warga asing

Cermin mata buatan tangan adalah sangat popular di kalangan orang asing yang berpengetahuan luas mengenai Jepun, kebanyakan pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat menjejakkan kaki ke kedai ini semata-mata untuk mencari cermin mata berkualiti sebegini. Selain kualiti tahap tinggi yang ditawarkan, sudah tentu penerangan mengenai cermin mata diberi dengan penuh sopan oleh pekerja kedai, memberi layanan mesra untuk pelanggan seperti menyimpan data mengenai pembuatan cermin mata untuk rujukan pelancong asing serta menyediakan penerangan dalam bahasa Inggeris. Perkhidmatan penghantaran ke luar negara turut disediakan. Perkara ini menjadikan ramai pelanggan membeli berulang-kali.

  • Facial Index New York Tokyo store
    フェイシャル・インデックス・ニューヨーク東京店
    • Address 2-2-3, Marunochi , Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005, Japan

Ke kedai berlian buatan Jepun

Ke kedai berlian buatan Jepun

Seterusnya, memperkenalkan aksesori. Oriental Diamond Marunouchi, sebuah kedai yang mengekspresikan kepekaan Jepun pada barangan kemas. Di sini, sebuah kedai didirikan di hujung selatan berhampiran Marunouchi Naka-dori. Kedai ini terutamanya menjual perhiasan yang bersifat konservatif. Bahan utamanya ialah berlian dan jongkong emas. Penghasilannya sangat mementingkan ekspresi kepekaan Jepun dan kualiti pembuatannya.

Barang kemas yang mementingkan tempat yang tidak kelihatan juga

Barang kemas yang mementingkan tempat yang tidak kelihatan juga

Tanpa perlu dinyatakan lagi, rupa luaran bagi barang kemas adalah penting. Tetapi di kedai ini, ia sangat mementingkan pembuatannya sampai ke "bahagian yang terselindung". Walaupun lubang batu untuk menggenggam batu permata "tidak dapat dilihat", tetapi ia digilap dan disiapkan dengan cukup sempurna. Terdapat pemeriksaan piawaian dalam syarikat, ia tidak boleh dijual sekiranya tidak melepasi piawaian tersebut, dan mementingkan kualiti yang sangat tinggi. Jenama barang kemas lain nampaknya tiada yang setanding dengan jenama ini yang memberi perhatian terperinci hingga ke pemegang batu permata.

Kecantikan lengkungan yang menjadi kebanggaan jenama Jepun

Kecantikan lengkungan yang menjadi kebanggaan jenama Jepun

Reka bentuk dilakukan oleh pereka bentuk warga Jepun. Kehebatannya adalah menimbulkan kecantikan lengkungan yang jarang ditonjolkan pada barang kemas berjenama dari Eropah atau Amerika Syarikat. Dengan teknologi itu, kerlipan bintang atau laut juga dapat ditunjukkan. Contohnya, "hoshi-no-suna" (pasir bintang). Seperti namanya, dengan menggunakan platinum dan 'fine melee diamond' ia memberi ekspresi terang bintang yang berkelipan di langit malam. Ia bukan sahaja mementingkan penggunaan bahan yang berkualiti, malah terhadap reka bentuknya juga.

Cincin pertunangan yang memberi rasa kewujudan yang tidak terikat

Cincin pertunangan yang memberi rasa kewujudan yang tidak terikat

Seterusnya memperkenalkan cincin pertunangan. Ini adalah cincin yang menggunakan "194 cut diamond". Garisan yang kelihatan seolah-olah mengalir dan garisan moden yang mengeluarkan keunikan yang timbul nyata adalah meritnya. Siri ini yang mempunyai kewujudan yang tidak terikat dan boleh memukau persekitarannya mendapat sambutan yang tinggi dari dalam dan luar negara. Katakanlah jika anda sedang melancong dengan kekasih hati yang anda berniat untuk mengahwininya, bukankah menempah sebentuk cincin di Jepun tempat lawatan anda juga akan menjadi kenangan terindah seumur hidup anda.

Rantai leher sempena ulang tahun ke 35

Rantai leher sempena ulang tahun ke 35

Kemudian, kedai Oriental Diamond Marunouchi yang menyambut ulang tahun ke 35 pada tahun 2016. Turut muncul rantai leher sempena ulang tahun tersebut. Pada 5 buah bulatan yang merupakan bahagian gelang tersebut terdapat taburan berlian yang memancarkan sinaran cantik dan jelas . Anda boleh mengubah arah kedudukannya sama ada menegak atau melintang, bergantung dengan cara anda memasukkan rantai, dan rekaannya membolehkan anda menikmati gaya dengan memadankan fesyen pada hari itu.

Servis tipikal Jepun yang mesra dan sopan santun

Servis tipikal Jepun yang mesra dan sopan santun

Warga asing yang datang melawat ke kedai ini datang dari pelbagai negara seperti China dan Taiwan, Eropah, Amerika Syarikat dan sebagainya. Di bahagian dalaman kedai yang kelihatan tenang, di mana orang dewasa juga boleh membeli-belah dengan tenteram adalah daya tarikannya. Sangat mengejutkan apabila pelanggan yang telah membeli turut mendapat hadiah kosmetik berlian. Layanan servis yang ramah sebegini juga mungkin merupakan salah satu sebab ia popular di kalangan warga asing.

  • Oriental Diamond Marunouchi store
    オリエンタルダイヤモンド丸の内店
    • Address 1-12-1, Yurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0006, Japan

Kedai dan genten Marunouchi

Kedai dan genten Marunouchi

Di tempat dipenui perhiasan barang kemas dan cermin mata yang cantik, akhir sekali ingin memperkenalkan kedai dan genten Marunouchi. Jenama dan genten merupakan jenama baru yang dibuat untuk golongan lelaki yang dikembangkan dari jenama wanita sedia ada "genten". Perkataan "dan" merujuk kepada kanji yang bermaksud lelaki dari perkataan "dansei". Ia menjual pakaian lelaki, kasut, beg dan barangan kecil.

Mengecapi rasa kulit asli yang berubah dimamah usia

Mengecapi rasa kulit asli yang berubah dimamah usia

Keistimewaan kedai ini adalah ia menjual banyak barangan diperbuat daripada kulit asli yang semakin menonjol rasa uniknya apabila semakin kerap dipakai. Malah, sebarang bahan kimia tidak digunakan atas dasar penjagaan alam sekitar dan mementingkan konsep tempoh pemakaian yang lama. Beg sandang kulit sepenuhnya adalah popular di kalangan warga Jepun mahupun asing, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Banyak barang menggunakan kulit kambing, ia ringan dan lembut serta mudah digunakan. Ia adalah barang yang mendapat sokongan penuh dari kalangan orang yang mensasarkan barangan asli.

Taksub dengan "made in Japan"

Taksub dengan "made in Japan"

Dengan rekaan yang cuma ada pada jenama Jepun dan mempunyai poket yang banyak, penggunaannya sangat mesra pelanggan. Sudah tentu ia menggunakan bahan kulit buatan Jepun dan kebanyakan yang dihasilkan di dalam Jepun pastinya "made in Japan" tanpa dicurigai lagi.

Menghasilkan barangan terbaik dari bahan semulajadi dengan teknik pakar

Menghasilkan barangan terbaik dari bahan semulajadi dengan teknik pakar

Bahan mentah semulajadi yang cantik dan berkualiti tinggi yang tumbuh secara semulajadi diolah oleh tangan-tangan pakar di mana tekstur bagi setiap bahan tersebut digunakan sebaik mungkin lalu mengubahnya menjadi menjadi barang yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Apabila anda cuba membeleknya, anda dapat rasakan kehebatan teknik tenaga pakar pada setiap inci barang tersebut yang dihasilkan dengan penuh teliti dan kemas. Ia merupakan satu-satunya barang yang ada di dunia hasil gabungan bahan mentah semulajadi yang penuh daya tarikan dan teknik hebat milik tenaga pakar.

  • dan genten Marunouchi store
    dan genten丸の内店
    • Address 1-5-1, Marunochi , Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005, Japan

Marilah berjalan-jalan ke Marunouchi!

Marilah berjalan-jalan ke Marunouchi!

Marunouchi yang terletak di tengah bandar metropolitan. Di situ penuh dengan ketaksuban terhadap barangan original, terdapat banyak deretan barangan cantik berjenama yang dihasilkan dengan teknik dan kepakaran para pekerja yang boleh dikatakan keistimewaan Jepun. Apa kata jika anda cuba menjejakkan kaki ke Marunouchi bagi mendapatkan pengalaman merasai kualiti barang "asli sebenar" yang menjadi kebanggaan Jepun?

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini