HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Jika Anda Sedang Mencari Hasil Kraftangan Tradisi dan Estetika Jepun, Maka Di Sinilah Tempatnya!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Jika Anda Sedang Mencari Hasil Kraftangan Tradisi dan Estetika Jepun, Maka Di Sinilah Tempatnya!
Jika Anda Sedang Mencari Hasil Kraftangan Tradisi dan Estetika Jepun, Maka Di Sinilah Tempatnya!

Jika Anda Sedang Mencari Hasil Kraftangan Tradisi dan Estetika Jepun, Maka Di Sinilah Tempatnya!

Date published: 29 Disember 2018
Last updated: 16 Jun 2020

"Monozukuri" adalah istilah Jepun yang bermakna "membuat sesuatu". Hasil gabungan indah ketukangan tradisional dan seni estetika moden dalam penghasilan pelbagai jenis barangan Jepun ini sebati dalam kehidupan setiap masyarakat Jepun. Mari sama-sama kita mengenali barangan istimewa tersebut.

Cenderamata Koko Lumine/NEWoMan

Cenderamata Koko Lumine/NEWoMan

Koko Lumine adalah projek yang dicipta oleh pasaraya besar Lumine yang bertujuan untuk mempamerkan produk hasil pertukangan tradisional yang menakjubkan yang dihasilkan di seluruh Jepun. Projek ini juga bertujuan menyokong perniagaan dan komuniti serantau. Terdapat sebuah kedai Koko Lumine terletak di kawasan pintu keluar arah selatan Stesen NEWoMan Shinjuku, yang menjual pelbagai barangan dan makanan yang dihasilkan dari seluruh pelusuk Jepun. Malah, di sini juga terdapat barangan yang dijual merupakan hasil asli dari Koko Lumine yang dipanggil "Shinjuku Miyage," atau cenderamata Shinjuku. Antara tarikan lain yang boleh didapati di Koko Lumine adalah Steamcream iaitu krim penjagaan kulit semula jadi yang dibuat dengan kuasa wap. Kotak tin penjagaan kulit ini dihiasi dengan ciri-ciri Buatan Jepun dengan adanya cetakan bercirikan Jepun, seperti gambar Gunung Fuji atau kucing bertuah yang terkenal iaitu Manekineko, dijual pada 1,500 yen setiap satu (harga tanpa cukai).

Biskut Tradisi dari Wilayah Iwate : Nanbu Senbe "Mamegoro" (1,080 yen, termasuk cukai)
Arak Jepun dibotolkan didalam botol kaca yang cantik ini merupakan produk kerjasama Saitama bir, dimana ianya boleh digunakan semula setelah habis diminum. Berharga 350 yen bagi yang di sebelah kanan, 300 yen untuk yang di sebelah kiri, tanpa cukai.

Kedai NEWoMan Koko Lumine
Waktu perniagaan : 8:00-22:00
Cuti : sentiasa dibuka
※ Tiket keretapi diperlukan untuk mengakses kedai
Alamat
5-24-55 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo-to 151-0051

  • NEWoMan KOKO LUMINE STORE
    NEWoMan ココルミネストア
    • Address 5-24-55 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo-to 151-0051

Koiki : Tuala / Sapu Tangan Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord

Koiki : Tuala / Sapu Tangan Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord

Jepun juga terkenal dengan budaya yang kaya dengan penhasilan tuala atau sapu tangan tradisional yang dikenali sebagai "tenugui". Boleh dikatakan hampir setiap orang di negara ini membawa sehelai tenugui bersama mereka, bertujuan untuk mengelap tangan, anggota-anggota badan dan juga mengelap peluh ketika hari panas. Kedai yang menjual tuala atau sapu tangan ini kebiasaanya dipanggil Koiki. Koiki bukan sahaja menjual reka bentuk tenugui yang cantik dan kreatif, malah ia juga menjual produk yang berkualiti tinggi, yang menggunakan teknik pencelupan tradisional dari zaman Meiji. Ia memerlukan tukang yang mahir dalam seni pembuatan ini.

Kebiasaanya, keindahan pemandangan setiap musim-musim di Jepun dan semangat Jepun artistik dicetak pada tuala atau sapu tangan yang berukuran 33 cm x 90 cm. Anda boleh menggunakannya mengikut citarasa anda sendiri seperti menggantungkannya di dinding sebagai gambar hiasan atau menggunakannya sebagai alas meja. (Harga bermula dari 800 yen kepada 1800 yen, sebelum cukai)

Koiki
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu perniagaan : 10:00-21:00
Ditutup: sentiasa dibuka

Nippon CHACHACHA : Dompet Gamakuchi Yang Comel / Odakyu Shinjuku Mylord

Nippon CHACHACHA : Dompet Gamakuchi Yang Comel / Odakyu Shinjuku Mylord

Nippon Cha Cha Cha adalah kedai cenderamata yang unik bertujuan untuk mempamerkan budaya Jepun melalui cenderamata. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis barangan buatan Jepun yang unik. Antaranya ialah produk-produk seperti Gamakuchi iaitu dompet syiling yang comel. Bahagian logam Gamakuchi ini dibuat di Kyoto dan reka bentuk kain Jacquard pula direka di Yamanashi. Tukang-tukang yang mahir dari seluruh Jepun bekerjasama bagi menyiapkan untuk satu dompet syiling, sekaligus menjadikan cenderamata ini sangat unik. Kebanyakan cenderamata ini dihiasi dengan bercirikan Jepun seperti corak Sumo, Ninja, atau Gunung Fuji. Gula-gula dan sapu tangan yang dijual di Nippon Cha Cha Cha juga tidak boleh ditinggalkan!

Dompet syiling Gamaguchi dengan cetakan bercirikan Jepun ini biasanya dijual pada harga 1080 yen, termasuk cukai.
Pelbagai jenis lencana pin yang comel dan bergaya dijual pada harga 540yen (termasuk cukai)

Nippon ChaChaCha
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu Perniagaan: 10:00-21:00
Ditutup: sentiasa dibuka

Makanai Kosume (Kosmetik Makanai) - Kosmetik Semulajadi dari Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord

Makanai Kosume (Kosmetik Makanai) - Kosmetik Semulajadi dari Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord

Makanai Kosume (Makanai Cosmetics) yang menggunakan bahan semulajadi ini lahir dengan tujuan asalnya bagi melindungi kulit wanita-wanita yang bekerja sebagai pembuat daun emas dengan memastikan kulit mereka sentiasa lembap dalam persekitaran kerja yang agak panas. Bahan-bahan ini termasuk perkara-perkara yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, seperti beras bran, konnyaku (atau akar arum), kertas Jepun, dan kacang merah. Bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti dengan lebih 100 tahun bagi menghasilkan produk yang luar biasa. Di kedai Makanai, anda akan mendapat peluang untuk mencuba beberapa produk untuk diri sendiri, sebagai contoh, demonstrasi span konnyaku pada kulit anda sendiri.

"Resipi Rahsia" krim tangan bernilai 1,500 yen, span kering konnyaku pula berharga 700 yen, dan tuala kertas Jepun dijual pada harga 1200 yen setiap satu, tidak termasuk cukai.
Topeng muka dan sabun daun emas yang akan membuat kulit anda cantik dan bersinar!

Makanai Kosume
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu Perniagaan: 10:00 a.m. – 9:00 p.m.
Ditutup: Tiada jadual tetap (bergantung pada Odakyu Shinjuku Mylord)

Penyepit yang unik dan indah oleh Ginza Natsuno / Tokyo Soramachi

Penyepit yang unik dan indah oleh Ginza Natsuno / Tokyo Soramachi

Ginza Natsuno adalah sebuah kedai yang menjual penyepit khas yang terkenal dengan pilihan lebih daripada 1,000 produk yang unik. Penghasilan setiap penyepit adalah menggunakan teknik pertukangan tradisional, termasuk penyemburan lekar, dimana setiap sepasang penyepit yang dihasilkan memerlukan seni dan kemahiran pertukangan. Apa kata menjadikan sepasang penyepit berkualiti tinggi dari Natsuno sebagai cenderati dari Jepun?

Penyepit asli dihiasi oleh taburan emas dan perak yang dipanggil "haku-chirashi" dihasilkan di Kyoto. Bagi yang dihiasi dengan emas, perak, mutiara, dan hiasan lain berharga 3,000 yen, tidak termasuk cukai.
Penyepit buluh yang nipis dan halus ini dijual pada harga 3,000 yen, tidak termasuk cukai. Penyepit jenis ini dibuat daripada buluh Leopard dari Kyoto, dimana setiap penyepit mempunyai keunikan dan coraknya yang tersendiri.

Ginza Natsuno
(Bandar Tokyo Skytree Solamachi 4F)
Waktu perniagaan: 10:00-21:00
Cuti : Tiada jadual tetap

Alami Ketajaman Pisau di TOWER KNIVES TOKYO / Tokyo Soramachi

Alami Ketajaman Pisau di TOWER KNIVES TOKYO / Tokyo Soramachi

Jepun mempunyai reputasi untuk ketajaman pisau yang luar biasa - jadi mengapa tidak mendapatkan pisau yang wujud sebagai cenderahati? Tokyo Knives Tower (Menara Pisau Tokyo) adalah sebuah kedai khusus yang tidak hanya menjual pisau tradisional dapur Sakai, tetapi juga pengetip kuku dan aksesori lain.
Pemilihan pisau yang terbaik boleh dikatakan sukar. Namun, tidak perlu bimbang, kerana di sini, kakitangan kedai yang fasih berbahasa Inggeris akan berada di sisi anda bagi memberikan anda nasihat mengenai kedua-dua pemilihan dan penyelenggaraan pisau Jepun yang unik dan terbaik!

Pisau Jepun yang sememangnya diakui berkualiti tinggi. Pisau Sakai di belakang (21,000 yen), pisau Echizen di tengah-tengah (26,000 yen), dan pisau Seki di hadapan ( 39.900 yen ), cukai termasuk dalam semua harga).

Tokyo Knives Tower (Menara Pisau Tokyo)
(Bandar Tokyo Skytree Solamachi 4F)
Waktu perniagaan : 10:00-21:00
Cuti : Tiada jadual tetap

Perhiasan rambut tradisional Jepun, Kanzashiya Wargo / Tokyo Soramachi

Perhiasan rambut tradisional Jepun, Kanzashiya Wargo / Tokyo Soramachi

Kanzashiya Wargo membawa tradisi lama Jepun yang indah ke masa kini dengan cara yang sangat kreatif. Kanzashi, merupakan pin hiasan rambut tradisional Jepun. Dalam menyampaikan seni estetika tradisional Jepun, kanzashi dibuat dengan teliti dan diadunkan seni moden yang sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja pada masa kini. Jika anda tidak tahu cara memakainya, jangan bimbang kerana kakitangan kedai ini sentiasa bersedia untuk mengajar anda cara memakai yang betul!

Dua rekaan Kanzashi yang berbeza iaitu Tokyo Skytree (R), yang pasti akan membuat rambut anda berkilau dan elegan! (Merah jambu & ungu, 6900 yen setiap satu, tidak termasuk cukai)
Kami sangat menggalakkan anda mencuba dua atau tiga kanzashi yang berbeza

Kanzashiya wargo
(Tokyo Soramachi 4F)
Waktu perniagaan : 10:00 a.m. – 9:00 p.m.
Cuti : Tiada jadual tetap

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari