"Monozukuri" adalah istilah Jepun yang bermakna "membuat sesuatu". Hasil gabungan indah ketukangan tradisional dan seni estetika moden dalam penghasilan pelbagai jenis barangan Jepun ini sebati dalam kehidupan setiap masyarakat Jepun. Mari sama-sama kita mengenali barangan istimewa tersebut.
Cenderamata Koko Lumine/NEWoMan
Koko Lumine adalah projek yang dicipta oleh pasaraya besar Lumine yang bertujuan untuk mempamerkan produk hasil pertukangan tradisional yang menakjubkan yang dihasilkan di seluruh Jepun. Projek ini juga bertujuan menyokong perniagaan dan komuniti serantau. Terdapat sebuah kedai Koko Lumine terletak di kawasan pintu keluar arah selatan Stesen NEWoMan Shinjuku, yang menjual pelbagai barangan dan makanan yang dihasilkan dari seluruh pelusuk Jepun. Malah, di sini juga terdapat barangan yang dijual merupakan hasil asli dari Koko Lumine yang dipanggil "Shinjuku Miyage," atau cenderamata Shinjuku. Antara tarikan lain yang boleh didapati di Koko Lumine adalah Steamcream iaitu krim penjagaan kulit semula jadi yang dibuat dengan kuasa wap. Kotak tin penjagaan kulit ini dihiasi dengan ciri-ciri Buatan Jepun dengan adanya cetakan bercirikan Jepun, seperti gambar Gunung Fuji atau kucing bertuah yang terkenal iaitu Manekineko, dijual pada 1,500 yen setiap satu (harga tanpa cukai).
Kedai NEWoMan Koko Lumine
Waktu perniagaan : 8:00-22:00
Cuti : sentiasa dibuka
※ Tiket keretapi diperlukan untuk mengakses kedai
Alamat
5-24-55 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo-to 151-0051
-
NEWoMan KOKO LUMINE STORENEWoMan ココルミネストア
- Address 5-24-55 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo-to 151-0051
Koiki : Tuala / Sapu Tangan Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord
Jepun juga terkenal dengan budaya yang kaya dengan penhasilan tuala atau sapu tangan tradisional yang dikenali sebagai "tenugui". Boleh dikatakan hampir setiap orang di negara ini membawa sehelai tenugui bersama mereka, bertujuan untuk mengelap tangan, anggota-anggota badan dan juga mengelap peluh ketika hari panas. Kedai yang menjual tuala atau sapu tangan ini kebiasaanya dipanggil Koiki. Koiki bukan sahaja menjual reka bentuk tenugui yang cantik dan kreatif, malah ia juga menjual produk yang berkualiti tinggi, yang menggunakan teknik pencelupan tradisional dari zaman Meiji. Ia memerlukan tukang yang mahir dalam seni pembuatan ini.
Koiki
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu perniagaan : 10:00-21:00
Ditutup: sentiasa dibuka
Nippon CHACHACHA : Dompet Gamakuchi Yang Comel / Odakyu Shinjuku Mylord
Nippon Cha Cha Cha adalah kedai cenderamata yang unik bertujuan untuk mempamerkan budaya Jepun melalui cenderamata. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis barangan buatan Jepun yang unik. Antaranya ialah produk-produk seperti Gamakuchi iaitu dompet syiling yang comel. Bahagian logam Gamakuchi ini dibuat di Kyoto dan reka bentuk kain Jacquard pula direka di Yamanashi. Tukang-tukang yang mahir dari seluruh Jepun bekerjasama bagi menyiapkan untuk satu dompet syiling, sekaligus menjadikan cenderamata ini sangat unik. Kebanyakan cenderamata ini dihiasi dengan bercirikan Jepun seperti corak Sumo, Ninja, atau Gunung Fuji. Gula-gula dan sapu tangan yang dijual di Nippon Cha Cha Cha juga tidak boleh ditinggalkan!
Nippon ChaChaCha
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu Perniagaan: 10:00-21:00
Ditutup: sentiasa dibuka
Makanai Kosume (Kosmetik Makanai) - Kosmetik Semulajadi dari Jepun / Odakyu Shinjuku Mylord
Makanai Kosume (Makanai Cosmetics) yang menggunakan bahan semulajadi ini lahir dengan tujuan asalnya bagi melindungi kulit wanita-wanita yang bekerja sebagai pembuat daun emas dengan memastikan kulit mereka sentiasa lembap dalam persekitaran kerja yang agak panas. Bahan-bahan ini termasuk perkara-perkara yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, seperti beras bran, konnyaku (atau akar arum), kertas Jepun, dan kacang merah. Bahan-bahan ini telah dipilih dengan teliti dengan lebih 100 tahun bagi menghasilkan produk yang luar biasa. Di kedai Makanai, anda akan mendapat peluang untuk mencuba beberapa produk untuk diri sendiri, sebagai contoh, demonstrasi span konnyaku pada kulit anda sendiri.
Makanai Kosume
(Lorong Odakyu Shinjuku Mylord Mosaic)
Waktu Perniagaan: 10:00 a.m. – 9:00 p.m.
Ditutup: Tiada jadual tetap (bergantung pada Odakyu Shinjuku Mylord)
Penyepit yang unik dan indah oleh Ginza Natsuno / Tokyo Soramachi
Ginza Natsuno adalah sebuah kedai yang menjual penyepit khas yang terkenal dengan pilihan lebih daripada 1,000 produk yang unik. Penghasilan setiap penyepit adalah menggunakan teknik pertukangan tradisional, termasuk penyemburan lekar, dimana setiap sepasang penyepit yang dihasilkan memerlukan seni dan kemahiran pertukangan. Apa kata menjadikan sepasang penyepit berkualiti tinggi dari Natsuno sebagai cenderati dari Jepun?
Ginza Natsuno
(Bandar Tokyo Skytree Solamachi 4F)
Waktu perniagaan: 10:00-21:00
Cuti : Tiada jadual tetap
Alami Ketajaman Pisau di TOWER KNIVES TOKYO / Tokyo Soramachi
Jepun mempunyai reputasi untuk ketajaman pisau yang luar biasa - jadi mengapa tidak mendapatkan pisau yang wujud sebagai cenderahati? Tokyo Knives Tower (Menara Pisau Tokyo) adalah sebuah kedai khusus yang tidak hanya menjual pisau tradisional dapur Sakai, tetapi juga pengetip kuku dan aksesori lain.
Pemilihan pisau yang terbaik boleh dikatakan sukar. Namun, tidak perlu bimbang, kerana di sini, kakitangan kedai yang fasih berbahasa Inggeris akan berada di sisi anda bagi memberikan anda nasihat mengenai kedua-dua pemilihan dan penyelenggaraan pisau Jepun yang unik dan terbaik!
Tokyo Knives Tower (Menara Pisau Tokyo)
(Bandar Tokyo Skytree Solamachi 4F)
Waktu perniagaan : 10:00-21:00
Cuti : Tiada jadual tetap
Perhiasan rambut tradisional Jepun, Kanzashiya Wargo / Tokyo Soramachi
Kanzashiya Wargo membawa tradisi lama Jepun yang indah ke masa kini dengan cara yang sangat kreatif. Kanzashi, merupakan pin hiasan rambut tradisional Jepun. Dalam menyampaikan seni estetika tradisional Jepun, kanzashi dibuat dengan teliti dan diadunkan seni moden yang sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja pada masa kini. Jika anda tidak tahu cara memakainya, jangan bimbang kerana kakitangan kedai ini sentiasa bersedia untuk mengajar anda cara memakai yang betul!
Kanzashiya wargo
(Tokyo Soramachi 4F)
Waktu perniagaan : 10:00 a.m. – 9:00 p.m.
Cuti : Tiada jadual tetap
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
seibu shibuya
Department Stores
Shibuya
-
Daimaru Tokyo
Department Stores
Tokyo Station
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Senso-ji Temple
Temples
Asakusa
-
Kappabashi Street
Old Towns (Shitamachi)
Asakusa
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mencuba pakaian
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Mengisi masa lapang ketika melancong! Bumbung teres di "Ginza"
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Depachika: Mencari Kuih dan Kek Buatan Jepun di Pusat Membeli Belah Bawah Tanah