HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Depachika: Mencari Kuih dan Kek Buatan Jepun di Pusat Membeli Belah Bawah Tanah
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shibuya Depachika: Mencari Kuih dan Kek Buatan Jepun di Pusat Membeli Belah Bawah Tanah
Depachika: Mencari Kuih dan Kek Buatan Jepun di Pusat Membeli Belah Bawah Tanah

Depachika: Mencari Kuih dan Kek Buatan Jepun di Pusat Membeli Belah Bawah Tanah

Last updated: 16 Jun 2020

Depachika adalah istilah Jepun iaitu pusat membeli belah yang berada di bawah tanah dan menjadi ‘syurga’ gourmet, yang menyediakan pelbagai makanan yang lazat! Jika anda sedang mencari cenderamata unik "Made in Japan" yang berkualiti tinggi, dan makanan yang lazat, menuju terus ke Depachika adalah cara yang paling pantas dan terbaik. Anda pasti berasa teruja dan puas sekiranya berkunjung ke sini!

Shinjuku Takashimaya: Koleksi Manisan Tempatan di "Meika Hyaku-sen"

Shinjuku Takashimaya: Koleksi Manisan Tempatan di "Meika Hyaku-sen"

Meika Hyaku-sen atau "Seratus Jenis Kuih-Muih Pilihan" adalah sebahagian daripada keistimewaan Depachika Takashimaya Shinjuku, menawarkan banyak pilihan kuih-muih tempatan yang lazat dari seluruh Jepun. Manisan gourmet yang digemari ramai dari Tokyo, Kyoto, dan semua bandar-bandar seluruh Jepun diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Berikut akan diperkenalkan beberapa kuih-muih, kek dan manisan yang pasti menambat hati anda!

Hiyoko : Kuih Muih Comel dalam Kotak Terhad Shinjuku Takashimaya

Hiyoko : Kuih Muih Comel dalam Kotak Terhad Shinjuku Takashimaya

Dilahirkan pada tahun 1912 di Fukuoka, ‘Manju’ atau sejenis pastri roti kukus berbentuk burung comel, dipanggil Hiyoko merupakan hidangan yang klasik yang terkenal. Bahagian luar pastri yang lembut dibuat secara individu daripada tepung dicampur, telur, dan gula gred tinggi yang kemudiannya dibentuk seperti burung kecil dan dipenuhi dengan pes kacang merah yang manis. Lima biji burung gourmet kecil yang terletak di dalam kotak terhad Shinjuku Takashimaya hanya berharga 605 yen (termasuk cukai). Anda pasti teruja mendapati ada 5 ‘ekor’ burung apabila membuka kotak istimewa tersebut!

Kuih Yang Dibungkus Dengan Sapu Tangan Kecil

Kuih Yang Dibungkus Dengan Sapu Tangan Kecil

Kotak cenderamata kecil yang unik ini dipenuhi dengan kuih-muih yang unik, seperti gula-gula, biskut Bolo, ‘Konpeito’ atau gula-gula berbentuk bintang yang berwarna-warni dan kuih, gula-gula atau biskut lain yang tahan lama. Kotak sebesar 27cm × 27cm ini kemudiannya akan dibalut dengan kain atau sapu tangan kecil yang comel yang dinamakan "Mamegui,". Cenderahati ini datang dalam semua jenis reka bentuk dan rasa, yang disaluti budaya pembalut hadiah Jepun yang unik dimana ia menunjukkan bahawa sekecil-kecil hadiah pasti disukai dan diminati jika cara pembungkusan yang betul dititik beratkan. Satu kotak hanya berharga 1080 yen (termasuk cukai).

Shofuku Monaka : Manisan Bertuah Berbentuk Maneki Neko

Shofuku Monaka : Manisan Bertuah Berbentuk Maneki Neko

Maneki Neko yang juga dikenali sebagai kucing bertuah, dikatakan telah dilahirkan di makam Gotoku-ji di Daerah Setagaya, Tokyo. Kedai gula-gula Jepun, Kameya telah mengubah daya tarikan bertuah ini ke dalam saiz yang boleh dimakan lalu dipanggil Shōfuku Monaka, atau wafer yang bertuah! Satu kotak Shōfuku Monaka mengandungi sembilan ‘ekor’ kucing ini hadir dalam tiga rasa untuk 864 yen (termasuk cukai) iaitu pes merah kacang kasar, pes kacang manis, dan pes kacang putih yang membawa maksud ada banyak tuah boleh didapati dalam satu kotak! Memandangkan Maneki Neko adalah simbol terkenal dan mudah dikenali Jepun, ia juga disyorkan untuk dijadikan sebagai cenderahati.

Shinjuku Takashimaya
Masa: 10:00-20:00 (sehingga 20:30 pada hari Jumaat & Sabtu, waktu yang berbeza pada bulan Disember dan Tahun Baru)
Cuti: 1 Jan

Pusat Membeli Belah Toyoko Noren: Stesen Shibuya

Pusat Membeli Belah Toyoko Noren: Stesen Shibuya

Salah satu Depachika di Tokyo, yang terkenal dengan panggilan "Toyoko Noren", merupakan pasaraya tertua di Jepun dimana ia dikatakan bermula sejak Oktober 1950. Berikutan dengan ini, Toyoko Noren sentiasa dipenuhi dengan barangan makanan yang berkualiti tinggi dari seluruh Jepun, dimana kebanyakan manisan yang ada dijual di sini dibuat oleh kedai-kedai yang telah wujud sejak turun-temurun. Kedai-kedai ini amat menitik beratkan citarasa tradisional dan juga moden. Kualiti dan rasa yang enak ini adalah lebih menarik jika dapat dikongsi bersama-sama yang tersayang.

Kek Waguri : Kelebihan Buah Berangan Adachi Otoemon Diterjemah Melalui Penghasilan Kek

Kek Waguri : Kelebihan Buah Berangan Adachi Otoemon Diterjemah Melalui Penghasilan Kek

Salah satu daripada ciptaan yang paling popular di kedai pastri yang terkenal di Adachi Otoemon adalah Kek Waguri yang berharga 3726 yen (termasuk cukai). Kek Waguri ialah kek paun dibuat dengan menggunakan banyak buah berangan Jepun (Waguri). Waguri yang digunakan semuanya untuk ditanam dan diambil di Jepun. Ia kemudiannya dipanggang perlahan-lahan dan pada peringkat akhir dicampurkan sedikit brendi. Kemanisan halus kek ini kemudiannya dipertingkatkan dengan mentega dan gula Wasanbon, sesuai dengan rasa buah berangan. Kelebihan rasa manisan Jepun juga pasti dapat disampaikan dengan kelebihan kek Waguri ini.

Set Hoshi & Cookie Sorairo: Sudu Cookie untuk Dinikmati bersama Pes Kacang

Set Hoshi & Cookie Sorairo: Sudu Cookie untuk Dinikmati bersama Pes Kacang

Kuya adalah sebuah kedai pastri di Ginza, yang kini diusahakan oleh generasi kelima Yamaguchi Hikoyuki. Kini, ia telah melancarkan jenama terbaru yang dipanggil Sorairo. Sorairo adalah berdasarkan konsep "Anko Jem Kacang”. Anko adalah istilah Jepun untuk pes manis yang dibuat daripada kacang Azuki. Sorairo yang dihasilkan juga sesuai dijamah oleh pengunjung dari luar negara yang tidak berapa menggemari makanan manis.
Ia terdiri daripada empat balang kecil dipenuhi dengan pelbagai jenis pes kacang manis, merah dan putih, licin dan kasar. Selain itu, biskut yang dibentuk menjadi sudu kecil adalah termasuk dalam set ini, dimana anda terus boleh makan ia bersama jem atau bersama roti! Satu set (satu balang dan sudu) boleh dinikmati dengan hanya 1113 yen (termasuk cukai).

Penciptaan Coklat Luar Biasa Mon Loire

Penciptaan Coklat Luar Biasa Mon Loire

Mon Loire merupakan coklat yang sangat terkenal dari Kobe. Di kedai, keseluruhan coklat yang sebesar pizza saiz besar ini dipaparkan bahagian hadapan stor. Jika anda ingin membeli sebahagian sahaja, maka Mon Loire ini akan dipotong mengikut permintaan anda. Satu lagi tarikan kedai ini adalah anda boleh memilih antara lapan perisa yang berbeza! 160g daripada tiga perisa yang berlainan hanya berharga 1080 yen (termasuk cukai).

Jalan Toyoko Noren
Masa: 10:00-21:00
Cuti: 1 Jan

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari