HOME “Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” koleksi sebutan nombor
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” koleksi sebutan nombor

“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” koleksi sebutan nombor

Last updated: 14 Disember 2017

Walaupun Bahasa Jepun adalah sukar, tetapi nombor dan angka adalah lebih mudah. Jika anda tahu tentang sebutan nombor, pelbagai perkara boleh menjadi mudah contohnya sewaktu membeli-belah,ketika melancong, semasa berada di restoran dan juga pusat karaoke. Senarai yang kami akan perkenalkan selepas ini pasti akan dapat membantu anda sepanjang tempoh berada di Jepun.

Kita mulakan dari asas : dari 1 hingga10

Contohnya;
1
一 (ichi)
2
二 (ni)
3
三 (san)
4
四 (shi, yon)
5
五 (go)
6
六 (roku)
7
七 (shichi, nana)
8
八 (hachi)
9
九 (kyū)
10
十 (jū)

Kemudian nombor dengan unit yang besar

Kemudian nombor dengan unit yang besar

Walaupun nombor bertambah dari satu digit ke dua digit, dengan menggabungkan nombor yang disenaraikan di atas ia boleh dinyatakan dalam sebutan. Contohnya untuk nombor 20, ia disebut dengan menggabungkan bunyi 2 dan 10. Untuk nombor 30, 3 dan 10 dibunyikan, jika untuk nombor 85, 8 dan 10 dan 5 dibunyikan. Dengan kata lain,secara amnya, 40 disebut sebagai 「yonjuu」, 70 disebut sebagai 「nanajuu」

100
百 (hyaku)
300
三百 (san byaku)
600
六百 (roppyaku)
800
八百 (happyaku)
1000
千 (sen)
10,000
一万 (ichi man)
20,000
二万 (ni man)
100,000
十万 (jū man)
1 juta
百万 (hyaku man)
10 juta
千万 (sen man)
100 juta
一億 (ichi oku)
1 trillion
一兆 (icchou)
10 trillion
十兆 (jū chou)

Peraturan yang sama diaplikasi walaupun ianya untuk kes 3 digit. Contohnya, bagi kes nombor 473, gabungkan dan sebut 4 dan 100 dan 3. Untuk nombor 50 ‘man’ pula 5 dan 10 dan ‘man’ digabungkan dan disebut.

Jika asas nombor dalam Bahasa Jepun berjaya dipelajari, bilangan digit yang boleh disebut adalah hingga ke infiniti!

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari