HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Taman untuk menikmati keindahan bunga ros & tempat menarik untuk daun musim Luruh Kokia dan Cosmos
Taman untuk menikmati keindahan bunga ros & tempat menarik untuk daun musim Luruh Kokia dan Cosmos

Taman untuk menikmati keindahan bunga ros & tempat menarik untuk daun musim Luruh Kokia dan Cosmos

Last updated: 7 September 2020

Pemilihan teliti dilakukan untuk taman-taman di dalam bandar Tokyo dimana pengunjung dapat menikmati keindahan bunga ros. Disamping itu di kawasan luar bandar, di dalam wilayah Ibaraki, anda dapat melihat pemandangan menakjubkan daun musim Luruh Kokia dan bunga Cosmos di Taman Kokueihitachikaihin-kōen

Bunga ros mewarnai oasis di kawasan perniagaan

Gambar diperoleh daripada Tokyo Metropolitan Park Association
Gambar diperoleh daripada Tokyo Metropolitan Park Association

Dibuka pada tahun 1903 sebagai taman moden pertama yang bertemakan ala-barat. Seperti yang terdapat di Kasumigaseki dan Ginza, ia telah menjadi popular sebagai oasis bandar perniagaan. Untuk menikmati keindahan bunga ros, terdapat batas bunga pertama dan batas bunga kedua. Terdapat 400 jenis tanaman yang ditanam termasuk jenis 「Izu no odoriko」yang berwarna kuning terang, jenis bunga yang diberikan nama sempena nama Presiden Amerika yang ke-16「Mr. Lincoln」, dan juga bunga-bunga yang tumbuh mekar berwarna merah jambu, oren, kuning yang menerangi dan mewarnai kawasan tersebut. Setiap tahun, diantara bulan Oktober dan bulan November adalah waktu bunga-bunga ini berkembang dengan mekarnya.

Bayaran masuk percuma, dibuka 24jam sepanjang tahun

  • Hibiya Park
    • Address 1-6, Hibiyakouen, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0012
      View Map
    • Nearest Station Hibiya Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Toei Mita Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3501-6428

Penanaman 500 pokok bunga ros daripada lebih kurang 100 jenis spesis

Penanaman 500 pokok bunga ros daripada lebih kurang 100 jenis spesis

Siap sepenuhnya pada tahun 1906. Dengan keluasan sebesar 583,000 meter persegi, taman ini dibahagikan kepada 3 kawasan; taman yang berlatar belakang negara Perancis, taman yang berlanskapkan negara British, dan taman yang bertemakan chisenkaiyuushiki(salah satu konsep taman Jepun) mewakili negara Jepun. Anda boleh melihat keindahan bunga ros yang kembang mekar pada taman yang bertemakan negara Perancis. Kelihatan 500 pokok bunga ros daripada 110 spesis kembang mekar seolah-olah berlawanan di antara satu sama lain menjadikan ia satu pemandangan menakjubkan. Jenis yang popular adalah 「Double Delight」dan 「Freesia」. Pada 22 dan 23 Oktober akan diadakan acara tahunan iaitu 「Rose Guide Walk」yang mana ia adalah percuma. Anda akan menghargai bunga ros apabila anda mendengar penerangan berkaitan kaedah penanaman bunga ros supaya ia kembang mekar, sejarah mengenai bunga ros dan bagaimana menikmati keharuman bunga ros.

Bayaran masuk 200 yen dikenakan, dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang, ditutup setiap hari Isnin(jika bersamaan dengan cuti umum, akan ditutup pada hari seterusnya dalam minggu bekerja), dan juga akan ditutup setiap hujung tahun dan awal tahun baru.

240 spesis seperti Blue Bajou yang bewarna ungu kekelabuan

Gambar diperoleh daripada Tokyo Metropolitan Park Association
Gambar diperoleh daripada Tokyo Metropolitan Park Association

Taman yang berkeluasan 400,000 meter persegi ini terdapat di Setagaya. Di dalam taman ini terdapat halaman rumput yang cantik, taman burung, dan juga muzium. Taman bunga ros berada di kawasan yang terletak di bahangian yang mencerun ke arah timur daripada dataran olahraga. Terdapat 240 pokok yang terdiri daripada 20 spesis seperti Princes Aiko yang bewarna merah jambu, Blue Bajou yang bewarna ungu kekelabuan yang ditanam di sini. Setiap tahun, pertengahan bulan Oktober adalah waktu bunga-bunga ini berkembang dengan mekarnya. Di pertengahan bulan Oktober, pada Sabtu dan Ahad, dalam tempoh 2 hari yang terhad ini akan diadakan 「Rose Observing Event」. Sambil anda mendengar penerangan daripada anggota badan sukarela pengurusan bunga ros, anda juga dapat memasuki kawasan bunga ros yang mana pada kebiasaan tidak dibenarkan masuk.

Bayaran masuk percuma (sebahagian tempat dikenakan bayaran), dibuka 24jam sepanjang tahun

  • Kinuta Park
    砧公園
    • Address 1-1 Kinutakoen, Setagaya-ku, Tokyo 157-0075

Pemandangan memukau bangunan lama Eropah dan keindahan bunga ros

Pemandangan memukau bangunan lama Eropah dan keindahan bunga ros

Taman Kyu-Furukawa yang mempunyai bangunan ala-barat berdiri megah di atas bukit kecil Musashinodaichi. Pada asalnya, rumah ini merupakan rumah percutian Mutsu Munemitsu yang merupakan seorang menteri luar yang sangat aktif di zaman pemerintahan Meiji. Apa yang menariknya di sini ialah di kawasan cerun bukit terdapat taman bertemakan ala-barat dan di kawasan landai pula terdapat taman yang bercirikan Jepun. Bunga ros yang menghiasi bangunan ala-barat ini adalah terdiri daripada 199 pokok dari 100 jenis spesis seperti First love, Princess Michiko dan Inca. Kemuncak musim adalah pada pertengahan bulan October setiap tahun, apabila mendekati musim tersebut akan diadakan 「Autumn Rose Festival」dimana anda dapat menikmati keharuman bunga ros di laman rumput menghijau yang pada kebiasaan tidak dibenarkan masuk, dan juga dapat menikmati bunyi instrumen muzik bertali.

Bayaran masuk 150 yen, dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang (waktu masuk adalah sehingga jam 4:30 petang), taman akan ditutup 3 hari, di sebelah petang di antara bulan Disember dan bulan Februari, dan juga ditutup pada hujung tahun dan awal tahun baru.

Tempat menarik di dalam bandar Tokyo dengan skala dan kualiti yang terbaik

Tempat menarik di dalam bandar Tokyo dengan skala dan kualiti yang terbaik

Pada asalnya tempat ini adalah tapak semaian untuk pokok-pokok yang akan ditanam di tepi-tepi jalan raya, tetapi pada tahun 1961, kawasan ini telah dibuka sebagai satu-satunya Taman Botani di dalam bandar Tokyo. Terkenal sebagai tempat yang mesti dilawati untuk melihat keindahan bunga ros, dan pada thaun 2009 telah menerima anugerah daripada World Rose Federation of Societies Award of Garden Excellence diatas kecemerlangannya. Terdapat lebih kurang 5000 pokok daripada 300 spesis bunga ros yang ditanam dalam taman batuan sedimen yang direka berbentuk simetri, dan adalah sungguh menakjubkan pemandangannya pada musim kemuncaknya. Keindahan memukau ini dapat dinikmati di pertengahan bulan Oktober. Akan diadakan acara seperti light –up dan konsert sempena 「Rose festival」dari pertengahan bulan Oktober hingga hujung bulan.

Dikenakan 500 yen untuk bayaran masuk, dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 5:00 petang, ditutup pada hari Sabtu (jika bersamaan dengan cuti umum, akan ditutup pada hari seterusnya), dan juga ditutup setiap hujung tahun dan awal tahun baru.

Kemerahan Kokia dan Cosmos yang indah buat tatapan

Kemerahan Kokia dan Cosmos yang indah buat tatapan

Dengan jarak perjalanan lebih kurang 2 jam menggunakan pengangkutan awam sepeti keretapi, anda akan sampai ke Taman Kokueihitachikaihin-kōen yang terletak di dalam wilayah Ibaraki, di dalam bandar Hitachinaka-shi. Ia mempunyai keluasan sebesar 200 hektar. Di sini anda dapat menikmati bunga setiap musim seperti tulip, daffodil, dan nemophila. Pada musim Luruh terkenal dengan keindahan Cosmos yang ditanam sebanyak 20,0000 pokok. Hasil karya berlatarkan Lautan Pasifik, sebanyak 32,000 pokok Kokia ditanam di 「Miharashi no oka」 memjadikan ia tempat yang mesti dikunjungi. Setiap tahun pada hujung bulan September, warna akan mula bertukar dan pada awal bulan Oktober di bahagian bukit akan menjadi warna kemerahan. Di dalam kawasan taman, terdapat juga tarikan lain seperti Ferris Wheel dan Roller Coaster yang terletak di kawasan Pleasure Garden (bayaran dikenakan)

Bayaran masuk dikenakan 410 yen, dibuka dari 9:30 pagi hingga 5:00 petang, dan ditutup pada setiap Isnin(jika bersamaan dengan cuti awam, akan ditutup pada hari seterusnya).

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari