HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku Enam Kedai Kakigori (Ais Batu Campur) Terbaik di Tokyo!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Enam Kedai Kakigori (Ais Batu Campur) Terbaik di Tokyo!
Enam Kedai Kakigori (Ais Batu Campur) Terbaik di Tokyo!

Enam Kedai Kakigori (Ais Batu Campur) Terbaik di Tokyo!

Last updated: 5 Mac 2019

Ais yang dikisar dan sirap diletak diatasnya menjadi manisan yang perlu ada pada musim panas Jepun. Setiap kedai mempunyai cara masing-masing dalam menyediakan kakigori, termasuklah penggunaan jenis ais yang berbeza, pelbagai jenis sirap dan topping yang berbeza. Mari kita mencari 6 kedai kakigori yang terbaik di Tokyo!

Kakigori Daripada Ais Semulajadi Gunung Fuji

Kakigori Daripada Ais Semulajadi Gunung Fuji

Jika anda menyusuri salah satu daripada lorong-lorong belakang jalan Jizo Dori dalam Sugamo anda akan menjumpai cawangan kakigori ini. Ais yang digunakan untuk menghasilkan kakigori di sini dibuat menggunakan mata air semulajadi dari bawah tanah Gunung Fuji, dibekukan dengan teliti dalam tempoh tiga minggu. Melalui proses ini, ais yang dihasilkan mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding ais biasa, membolehkan air yang dikisar menjadi halus, nipis dan mempunyai rasa yang menakjubkan, terutamanya rasa gebu dan ringan pada lidah anda! Kami mencadangkan anda merasai perasa ubi keledek, yang boleh didapati dengan harga 700 yen. Keledek dari Kagoshima yang digunakan sangat manis dan dilecek menjadi pes yang kemudiannya ditambah di dalam sirap. Rasa buah pic istimewa menggunakan buah pic dari Nagano juga merupakan kakigori mempunyai rasanya yang tersendiri dan merupakan sebahagian daripada menu musim panas di kedai ini dengan harga 800 yen.

  • Kakigorikobo Sekka
    かき氷工房 雪菓
    • Address 3-37-6, Sugamo, Toshima-ku, Tokyo, 170-0002, Japan

Kakigori Mangga, berasal dari Taiwan!

Kakigori Mangga, berasal dari Taiwan!

Sebuah kedai mangga manis yang amat popular di Taiwan telah membuka cawangan pertamanya di Jepun. Menggunakan buah-buahan epal mangga terbaik Taiwan, nama dan menunya juga sangat unik. Salah satu hidangan yang terbaik adalah 「Mitsuna Kankei Goukaban」atau "Madu edisi Deluxe" dengan harga 2970 yen. Kakigori ini, diletakkan madu hitam ke atasnya, ditambah lagi dengan jumlah mangga yang banyak dan aiskrim mangga, serta marshmallow di dalamnya. Hidangan ini adalah begitu besar sesuai dijamah tiga hingga empat orang. Terdapat juga hidangan bersaiz kecil untuk seorang berharga 920 yen.

  • Mango Cha Cha
    マンゴーチャチャ
    • Address Harajuku Maple Square2F,4-25-35 Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001,Japn

Telah Muncul di Tokyo Kakigori Yang Terkenal di Wilayah Kagoshima

Telah Muncul di Tokyo Kakigori Yang Terkenal di Wilayah Kagoshima

Kakigori terdapat di sebuah restoran yang terkenal dengan menggunakan daging khinzir hitam yang istimewa dari Kagoshima yang sering digunakan untuk sajian shabu-shabu dan tonkatsu. Kakigori yang terkenal di Kagoshima ini dikenali sebagai 「Shirokuma」 (beruang polar) dan boleh dinikmati pada harga 800 yen. “Gunung ais” ini dihiasi dengan sedikit sirap, serta beberapa buah-buahan bermusim seperti anggur, oren, dan nanas. Hidangan bersaiz kecil yang dikenali sebagai 「Koguma」(anak beruang), boleh didapati dengan harga 500 yen.

  • Yushokutonsai Ichinisan
    遊食豚彩 いちにぃさん
    • Address 1-6-4 Chiyoda Bldg.2F, Yurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0006, Japan

Rasa Ais Semulajadi Yang Lembut!

Rasa Ais Semulajadi Yang Lembut!

Kakigori yang diperbuat daripada air mineral semulajadi di Nikko, Wilayah Tochigi merupakan antara kakigori yang sangat popular. Ais yang dihasilkan adalah halus dan gebu dengan rasanya yang agak lembut. Di sini, terdapat 20 jenis menu kakigori yang boleh dinikmati sepanjang tahun serta hidangan kakigori bermusim yang terhad. Kakigori yang terkenal di sini adalah kakigori yang enak dimakan bersama pes kacang merah yang berharga 1,000 yen. Dalam ais juga terdapat pes kacang merah dan kacang soya hitam. Kakigori yang di atasnya dihiasi dengan susu keledek ungu tebal juga sangat popular (700 yen bagi ais dari air tulen, 1,000 yen bagi ais dari mata air).

  • Wa Kitchen Kanna
    和kitchenかんな
    • Address 2F, 2-43-11 , Shimouma, Setagaya-ku, Tokyo, 154-0002,Japan

Kakigori Yang Dihasilkan Dari Bahan Terpilih

Kakigori Yang Dihasilkan Dari Bahan Terpilih

Kedai yang menawarkan kakigori dari bahan terpilih ini dikenali sebagai Gion Tokuya yang beribu pejabat di Kyoto. Kedai ini terkenal dengan penggunaan bahan terpilih dalam menunya seperti penggunaan tepung Warabi tempatan dan gula-gula tradisional Jepun yang biasa digunakan untuk penghasilan warabimochi, kacang merah Tanba Dainagon, dan oshiruko serta kacang merah manis. Kakigori buatan tempatan ini juga merupakan salah satu daripada menu istimewanya. Menu kakigori yang paling popular adalah menu yang diperkenalkan sejak musim panas tahun 2015, yang dipanggil "Wasanbongori" dijual pada harga 1,000 yen. Kakigori ini ditambah dengan agar-agar diperbuat daripada wasanbon dari Tokushima dan sirap yang kemudian dicurahkan ke atas kakigori memberikan rasa gula wasanbon yang terbaik.

  • Gion Tokuya Harajukuten
    ぎおん徳屋 原宿店
    • Address UNITED ARROWS FOR WOMEN 1F,2-31-12,Jingumae,Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001,Japan

Kakigori Yang Dihasilkan Dari Air Berperasa

Kakigori Yang Dihasilkan Dari Air Berperasa

Kedai yang terkenal dengan kakigori mangga yang popular di Taiwan, Ice Monster, telah membuka cawangannya pertamanya di Jepun! Kedai ini mencipta perasa asli dari bahan-bahan seperti buah-buahan atau teh hitam dalam "blok ais berperasa" mereka. Disebab setiap bahan membeku dalam cara yang tersendiri, rasa asal bahan tersebut disimpan dengan sangat baik! Kami mencadangkan anda mencuba kakigori teh susu, ditambah dengan sos karamel, panna cotta, dan ubi kayu panas, yang dipanggil "Tapioca Milk Tea Kakigori" yang berharga 1,000 yen. Kakigori mangga juga terkenal di Taiwan.

  • ICE MONSTER OMOTESANDO
    ICE MONSTER OMOTESANDO
    • Address 6-3-7, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari