Salah satu perkara penting dalam memilih sesebuah restoran adalah sama ada restoran tersebut menyediakan ruang dan suasana yang selesa. Memandangkan anda sedang melancong di Jepun, apa kata anda menjamu selera di ruang yang memberikan peluang kepada anda untuk mengalami suasana "Wa" ataupun kejepunan. Di sini diperkenalkan restoran terkenal yang dilengkapi dengan bilik "washitsu" ataupun bilik gaya Jepun, dan juga taman Jepun yang direka dengan teliti dan penuh dengan emosi.
Nikmati Hidangan Wagyu Mewah Di Dalam Bilik Persendirian Gaya Jepun Asli
Pengunjung berpeluang menikmati hidangan sukiyaki gaya Kanto dari 9,720 yen di restoran ini, yang juga dipaparkan dalam majalah gourmet yang terkenal di dunia. Restoran ini disyorkan untuk pengunjung yang berminat untuk menjamu selera sambil bersantai, di mana kesemua tempat duduk “zashikiseki” ataupun di atas karpet lantai ditempatkan di dalam bilik persendirian. Di sini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman klasik Jepun di dalam bilik gaya Jepun yang dibina dengan seni bina sukiya yang kaya dengan pelbagai budaya.
Hidangan Chaseki Premium Yang Terhad Kepada Hanya Satu Pasangan Dalam Sehari
Kobikichou Oono merupakan restoran terkenal di Yotsuya, di mana restoran ini menghidangkan hidangan terhad hanya kepada satu pasangan sehari, untuk memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman menjamu selera yang terbaik. Hidangan “chakaiseki” yang dihidangkan semasa majlis teh yang juga dikenali sebagai “chanoyu” dan telah wujud sejak zaman Rikyu, ditawarkan dari harga 10,000 yen (tidak termasuk cukai). Pengunjung pasti akan dapat merasai keseronokan sebenar “chanoyu” semasa menjamah santapan istimewa ini. Selepas menikmati hidangan kaiseki, pengunjung berpeluang merasai hidangan teh di dalam bilik teh (tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal).
-
Oono木挽町 大野Has Health & Safety Measures
-
Address
3-6, Yotsuya, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0004
-
Nearest Station
Yotsuya-Sanchome Station (Tokyo Metro Marunouchi Line)
- Phone Number 03-3353-5455
-
Address
3-6, Yotsuya, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0004
Pengalaman Merasai Suasana Jepun Di Ruangan Gaya Jepun Mirip Bilik Teh
Kagurazaka merupakan satu bandar yang mempunyai permukaan jalan yang diliputi dengan batu-bata, sesuai dengan penampilannya sebagai kawasan yang dipenuhi dengan restoran gaya Jepun. Hidangan “omakase” yang mana chef akan menentukan kandungan kesemua menu ditawarkan pada harga 16,000 yen (tidak termasuk cukai). Setiap menu dihidangkan bersama dengan “nihonshu” (arak Jepun). Pengujung dapat menikmati hidangan mewah ini di dalam bilik teh yang menyerupai ruangan gaya Jepun sambil merasai keindahan ruangan berunsurkan Jepun.
Nikmati Hidangan Istimewa "Mizutaki" Di Dalam Ruangan Dalaman Taman Yang Kaya Dengan Budaya
Dengan hanya mengambil satu langkah ke dalam taman ini, pengujung berpeluang untuk merasai ruangan yang berbeza. Taman Jepun yang dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi pati akan memberikan gambaran yang mendalam kepada pengunjung ke taman ini. Hidangan “mizutaki” (hidangan stew Jepun) boleh dinikmati di ruangan dalaman taman yang kaya dengan budaya dari harga 18,000 yen (tidak termasuk cukai). Sebagai penutup, sup untuk penyediaan hidangan “zousui” ataupun bubur akan disediakan untuk pengunjung.
Lapan Buah Bilik Persendirian Yang Direka Dengan Keunikan Yang Tersendiri
Restoran yang menghidangkan makanan “washoku” ataupun hidangan Jepun ini terletak di Meguro Gajoen. Restoran ini mempunyai lapan bilik persendirian yang dihiasi dengan karya seni dan pemandangan indah taman. Suasana ini merupakan konsep berbeza berbanding dengan restoran lain, untuk membolehkan pengunjung merasai pengalaman Jepun yang berbeza. Hidangan malam ditawarkan dari harga 14,256 yen. Nikmatilah hidangan Jepun gaya moden yang disediakan dengan teknik tradisional.
-
TOFUTEI日本料理 渡風亭Has Health & Safety Measures
-
Address
1-8-1, Shimomeguro, Meguro-ku, Tokyo, 153-0064
-
Nearest Station
Meguro Station (JR Yamanote Line / Tokyo Metro Namboku Line / Toei Mita Line / Tokyu Meguro Line)
-
Address
1-8-1, Shimomeguro, Meguro-ku, Tokyo, 153-0064
Hidangan Kaiseki Yang Boleh Dinikmati Di Atas Tempat Duduk Lantai (“Zaseki”)
Pengunjung disyorkan untuk mencuba hidangan “kaiseki” (hidangan mewah Jepun) asli di restoran ini yang digemari oleh ramai pengunjung. Hidangan kaiseki ditawarkan dari harga 11,000 yen (tidak termasuk cukai) di restoran ini yang terletak di Yushimatenjin, sesuai dengan latar belakang bandar ini. Terdapat tiga buah bilik persendirian dengan tempat duduk atas lantai yang dihiasi dengan hiasan hasil peninggalan era Edo di restoran ini.
Nikmati rasa istimewa tofu terkenal di dalam bilik gaya Jepun sambil merasai pengalaman di zaman Edo
Pengunjung akan berasa seakan-akan mereka memasuki dunia yang berbeza selepas melangkah ke dalam pintu masuk. Taman Jepun yang menjanjikan pemandangan yang berbeza bergantung kepada musim akan menyambut pengunjung di sini. Pengunjung dapat merasai pengalaman seolah-olah berada di zaman Edo dengan menikmati tofu terkenal sambil berjalan di jalan pejalan kaki yang diliputi dengan lapisan lacquer yang indah. Nikmatilah budaya zaman Edo dengan lima deria anda dengan sepenuhnya. Hidangan ditawarkan dari harga 10,800 yen.
Nikmati budaya seni kulinari di dalam bilik gaya Jepun yang kaya dengan sejarah
Restoran klasik yang telah wujud sejak zaman Edo yang menghidangan makanan gaya Jepun ataupun "washoku". Pengunjung dapat menikmati hidangan atas meja "kotatsu" sambil merasai peninggalan bersejarah sejak zaman dahulu di dalam bilik persendirian dan keindahan taman di luar. Dengan harga 7,000 yen (tidak termasuk cukai), pengunjung dapat menikmati hidangan mewah "kaiseki" Jepun sambil merasai rasa istimewa hidangan yang diwarisi sejak turun-temurun.
Bilik gaya Jepun yang memberikan pemandangan indah Sungai Sumidagawa
Pengunjung dapat menikmati hidangan warisan zaman Edo di ruangan peribadi restoran lama ini, yang dilengkapi dengan bilik persendirian. Pemandangan Sungai Sumidagawa boleh dilihat dari kesemua bilik. Hidangan mewah "kaiseki" Jepun boleh dinikmati dari harga 10,000 yen yang membolehkan pengunjung merasai hidangan yang disediakan sepadan dengan musim semasa. Pengalaman menikmati hidangan sambil melihat kapal pelancongan di luar merupakan suatu pengalaman yang menarik dan harus dicuba oleh semua.
Written by: 山下 貴將
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
4 Restoran Dengan Lokasi Terbaik Untuk Menikmati Pemandangan
-
Nikmati Hidangan Jepun Yang Asli Di Restoran Yang Terkenal
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
4 kedai lama masakan tradisonal Jepun yang boleh dinikmati di Tokyo
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?