
"Pusat beli-belah" adalah sebuah bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti kedai beli-belah, restoran dan pelbagai tarikan hiburan seperti pawagam dan sebagainya. Di Jepun, pusat beli-belah yang berskala besar semakin bertambah dan ia menjadi tempat hiburan yang terkenal di kalangan keluarga dan pasangan kekasih.
Sejarah pusat beli-belah di Jepun

Sejak tahun 1990, kemudahan yang menempatkan kedai-kedai pelbagai genre telah semakin bertambah. Tetapi sejak sekitar tahun 2000, ia semakin diperbesar dan pusat beli-belah mula berkembang dengan pesat. Di kawasan Tokyo, terutamanya, semasa proses pembinaan semula stesen kereta api, pusat beli-belah telah digabungkan bersama dengan bangunan stesen tersebut. Di samping itu, pembinaan pusat beli-belah turut meningkat apabila ia turut dibina sebagai tarikan pelancongan yang baharu.
Jenis pusat beli-belah

Pusat beli-belah yang tipikal kebiasaannya mempunyai zon membeli-belah seperti kedai berjenama, kedai barangan, dan zon medan selera seperti restoran. Sejak kebelakangan ini, pusat beli-belah yang mempunyai "kompleks pawagam" yang mempunyai banyak skrin besar juga semakin bertambah. Selain itu, terdapat juga pusat beli-belah yang mempunyai "kemudahan spa" seperti onsen (kolam mandi air panas), ganbanyoku (spa batuan panas) dan sauna. Bagi pusat beli-belah yang tinggi dan mempunyai banyak tingkat, ia bukan sahaja menempatkan zon beli-belah dan medan selera, malahan terdapat juga aras yang menempatkan pejabat dan kediaman.
Tempat yang mempunyai pusat beli-belah

Terdapat juga pusat beli-belah yang bersambung terus dengan stesen kereta api seperti Shibuya Hikarie yang terletak di Tokyo. Selain itu, terdapat juga pusat beli-belah yang dibina di kawasan pelancongan seperti di TOKYO SKYTREE(R) dan Tokyo Dome. Di Roppongi yang terletak di Tokyo, terdapat pusat beli-belah yang terkenal iaitu Roppongi Hills dan Tokyo Midtown yang terletak bersebelahan. Selain itu, Garden Place yang dibina di tapak tinggalan kilang yang terletak di Ebisu, Tokyo turut terkenal.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik