HOME Masakan Mexico dan Amerika tengah
Masakan Mexico dan Amerika tengah

Masakan Mexico dan Amerika tengah

Last updated: 12 April 2017

Walaupun peluang untuk orang Jepun merasai masakan Mexico adalah sedikit, makanan seperti "taco" dan "sos salsa" cukup dikenali. Taco yang memberi imej sebagai snek sangat popular. Orang Jepun juga gemar meminum arak "tequila".

Sejarah masakan Mexico dan Amerika tengah di Jepun

Sejarah masakan Mexico dan Amerika tengah di Jepun

Taco sudah dikenali di Jepun sejak dari dahulu lagi. Ia mula dijual sebagai snek pada tahun 1990-an dan masih dijual sehingga kini. Hal ini memberi kesan dan di Jepun terdapat tanggapan bahawa "taco = masakan Mexico". Sejak tahun 2010 kedai taco semakin bertambah, kedai cawangan taco terkemuka Amerika telah berkembang ke Shibuya dan Higashi-Shimbashi di Tokyo pada 2015. Tequila juga dikenali sebagai "arak yang mengandungi kandungan alkohol tinggi", telah menjadi salah satu arak kegemaran orang Jepun.

Taco

Taco

Taco dimakan dengan mengapitkan daging dan sayur pada roti nipis yang diperbuat daripada jagung (tortilla). Oleh kerana taco dianggap sebagai snek bagi orang Jepun, ramai menyangka bahawa taco adalah tortilla yang digoreng. Berbanding taco lembut jenis Mexico, taco rangup jenis Amerika yang keras lebih dikenali di Jepun.

Sos salsa

Sos salsa

Sos salsa adalah tomato, bawang, lada benggala dan ketumbar cincang yang direndam di dalam tabasco yang merupakan bahan perasa penting bagi masakan Mexico dan juga dikenali di Jepun. Di Mexico rasanya lebih pedas, namun kepedasannya dikurangkan bersesuaian dengan citarasa orang Jepun. Di Jepun, pada asalnya sos pedas "tabasco" Mexico dituang ke atas pizza atau pasta, tetapi ada juga yang menggunakannya untuk membuat sos salsa di rumah.

Makan di Jepun

Makan di Jepun

Terdapat kedai asli masakan Mexico di Shimokitazawa, Tokyo, selain daripada taco, tequila juga turut dihidangkan. Kedai cawangan masakan Mexico juga dibuka di Shinjuku dan Ikebukuro, Tokyo. Masakan serantau Mexico boleh dinikmati di sini. Pada tahun 2015 lebih 50 buah kedai cawangan masakan Mexico dibuka di seluruh dunia. Kedai pertama yang dibuka di Jepun adalah di Harajuku dan semakin mendapat perhatian.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari