
Walaupun makanan Indonesia bukanlah makanan luar negara yang terkenal di kalangan orang Jepun, namun sejak kebelakangan ini, ramai orang Jepun yang melancong ke salah satu pulau di Indonesia iaitu Bali yang menyebabkan ada antara mereka yang tertarik dengan keunikan makanan Indonesia.
Sejarah makanan Indonesia

Walaupun makanan Indonesia itu sendiri tidak terkenal secara umumnya, namun menu "nasi goreng" sahaja telah dikenali oleh ramai orang Jepun sejak sekitar tahun 2000-an. Pada waktu tersebut juga, "ledakan Pulau Bali" telah tiba di Jepun. Peluang untuk penduduk Jepun terutamanya yang baru berkahwin mengunjungi Pulau Bali sebagai destinasi bulan madu juga semakin bertambah yang menjadi titik permulaan perkembangan makanan Indonesia di Jepun.
Nasi goreng

"Nasi goreng" adalah nasi yang digoreng bersama-sama dengan sos merah yang pedas. Di Jepun, terdapat sejenis makanan China yang digoreng bersama-sama dengan garam dan lada hitam yang dikenali sebagai "chahan" yang terkenal. Ia juga merupakan hidangan keluarga di rumah. Oleh kerana nasi goreng menyerupai chahan tersebut, orang Jepun menggelar nasi goreng sebagai "chahan ala Indonesia." Jika anda bertanya kepada orang Jepun "apakah contoh makanan Indonesia?", mereka pasti menjawab "nasi goreng."
Santan

"Santan" merupakan sejenis perasa yang digunakan dalam masakan Indonesia. Ia juga sering digunakan dalam masakan Indonesia di Jepun tetapi sejak sekitar tahun 2010, santan mengalami ledakan besar oleh kerana ianya baik untuk kecantikan dan kesihatan. Ia mendapat sokongan yang besar terutamanya daripada golongan wanita dan terdapat juga pusat membeli-belah yang menjual santan ini.
Makan di Jepun

Di Shibuya yang terletak di Tokyo, terdapat beberapa kedai makanan Indonesia. Selain itu, di Odaiba yang terletak di Tokyo juga terdapat kedai makanan Indonesia yang menawarkan makanan Indonesia yang asli. Ledakan Pulau Bali yang terjadi sejak akhir-akhir ini juga menjadi pemangkin kepada wujudnya izakaya (kedai minum ala Jepun) yang mempunyai suasana seperti di Pulau Bali di Tokyo iaitu di Shinjuku dan Ginza. Kedai tersebut bukan sahaja menghidangkan makanan Indonesia malahan muzik yang dimainkan dan reka bentuk dalamannya juga menyerupai Pulau Bali. Para pengunjung boleh berhibur di sini sambil merasai suasana dari Pulau Bali.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna