
Di Jepun, semakin banyak peluang untuk anda makan masakan Korea. Kawasan di mana tertumpunya restoran Korea sangat popular dan akan dibanjiri dengan pelawat di kala hujung minggu. Terdapat banyak kedai yang pemiliknya serta kakitangannya adalah orang Korea, dan anda boleh makan masakan yang menggabungkan rasa sebenar Korea dan masakan yang diubah suai mengikut selera orang Jepun.
Sejarah masakan Korea di Jepun

Pada tahun 2000, di mana tercetusnya drama daripada Korea Selatan, pelbagai perkara daripada Korea Selatan "Kanryu Boom" menjadi popular di Jepun. Masakan Korea juga mendapat perhatian, dan telah meningkatkan peluang untuk menikmati masakan Korea di Jepun terutamanya dengan pembukaan kedai makan masakan Korea yang tumbuh dengan banyaknya. Kemudian, ia telah menjadi satu masakan asing yang popular, di kedai adalah pasti, malah ia juga turut dimasak dan dimakan di rumah.
Menu asas di Jepun

Imej makanan Korea di Jepun yang kuat adalah "Yakiniku" iaitu masakan menggunakan daging hiris yang dibakar di atas plat besi . Menu popular adalah " Samgyeopsal" iaitu daging babi yang besar dan tebal dibakar, dipotong kecil dan dimakan begitu sahaja. "Kimchi" iaitu sayur-sayuran yang diperap dengan kuah pedas pula popular sebagai makanan yang dinikmati di rumah. "Kimchi Jjigae" iaitu kimchi yang direbus di dalam periuk juga popular. Selain itu "Bibimbap" iaitu nasi yang dimasukkan ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan "Namul" iaitu sayur-sayuran yang telah dijerukkan dan juga "Chijimi" iaitu lempeng yang diperbuat daripada adunan tepung dan air serta dicampur dengan makanan laut dan sayur-sayuran kemudian dimasak di atas plat besi juga merupakan antara menu yang digemari.
Cara menikmatinya di Jepun

Restoran Korea yang menyediakan yakiniku (daging bakar) sebagai menu utama tertumpu di Shin-Okubo, Tokyo dan Tsuruhashi, Osaka. Terdapat barisan yang panjang untuk kedai yang popular. Ramai pekerjanya adalah orang Korea. Selain daripada yakiniku cara Korea, "Ishiyaki Bibimbap" iaitu nasi campur yang dimasak di atas plat yang panas juga popular. Di samping itu, "Makgeolli" yang merupakan minuman keras Korea juga boleh didapati di sana.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
MadanUmedahankyuhigashidori
Other Korean Food
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
WAGYU YAKINIKU&KOREAN FOOD ZEN
Other Korean Food
Namba, Dotonbori, Shinsaibashi
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik