
Sejak dari dahulu lagi, separuh daripada penduduk Jepun berkecimpung dalam bidang pertanian menjadikan Jepun sebagai salah sebuah negara pertanian yang terbesar. Walaupun terdapat penurunan penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sara diri seiring dengan arus pemodenan, namun masih terdapat banyak tempat yang mempunyai pemandangan indah sawah padi yang mengeluarkan beras sebagai makanan ruji orang Jepun.
Perkampungan pertanian di Jepun

Kebiasaannya, para petani mendirikan rumah mereka berdekatan dengan tanah pertanian ataupun tinggal berdekatan dengan sawah padi. Kemudahan asas seperti bekalan air dan pembentungan, sekolah dan pejabat pos juga disediakan di perkampungan pertanian ini. Jenis tanaman adalah berbeza bagi setiap tempat. Contohnya di Hokkaido, ubi kentang diusahakan dengan meluas di kawasan rata. Di sekitar kawasan Kanto pula, selain daripada aktiviti pertanian yang berkembang maju di Tochigi-ken dan Ibaraki-ken, terdapat juga penanaman buah-buahan seperti biwa (gambar) dan kacang tanah di kawasan Boso, Chiba-ken yang memanfaatkan cuaca panasnya.
Perkampungan pertanian pada zaman dahulu

Bidang pertanian di Jepun bermula seawal tahun 300 sebelum masihi. Pada zaman tersebut, kebanyakannya mendirikan penempatan di pinggiran sungai yang membolehkan pengaliran air sungai. Selepas zaman Edo, pertanian berkembang dengan pembinaan aliran air yang lebih terancang dan sawah padi yang meluas yang menghasilkan pemandangan luar bandar yang indah. Di Shirakawago (gambar) yang terletak di Gifu-ken, terdapat pemandangan indah perkampungan pertanian Jepun yang terpelihara sejak dari zaman dahulu lagi. Atap rumbia yang berbentuk segi tiga dikenali sebagai "tenohira tzukuri (binaan telapak tangan seperti berdoa)" merupakan salah satu keunikannya. Selain itu, terdapat juga binaan rumah yang masih menggunakan atap rumbia adalah seperti di Higashiya yang terletak di Miyoshi-shi, Tokushima-ken.
Pemandangan menarik di perkampungan pertanian

Beras yang menjadi makanan ruji bagi penduduk Jepun pada kebiasaannya akan mula ditanam pada bulan Mei dan dituai pada bulan September. Semasa musim penanaman padi bermula, biji benih padi akan disemai ke petak sawah yang telah dipenuhi dengan air. Menjelang bulan Julai, pemandangan pokok padi yang tumbuh menghijau dapat dilihat dan apabila tiba bulan September pula, pokok padi yang menguning dengan biji beras boleh dilihat. Selain itu, bukan sahaja di tanah rata malahan pokok padi juga boleh ditanam di kawasan condong yang dikenali sebagai sawah padi berteres. Ia boleh dilihat di bahagian selatan kawasan Tokai seperti Fukushima Shinden di Nagano-ken dan Yotsuya Senmaida di Aichi-ken.
Perkampungan pertanian pada masa kini

Pada masa kini, pertanian di Jepun diteruskan oleh penduduk yang berusia manakala di daerah perkampungan pergunungan pula pengurangan pendudukan semakin berterusan. Kawasan yang diduduki oleh lebih 50% penduduk berusia lebih daripada 65 tahun dikenali sebagai "penempatan kritikal" semakin meningkat. Terdapat pelbagai masalah yang timbul daripada situasi ini seperti peningkatan rumah kosong yang tidak diduduki dan kesukaran untuk pergi mendapatkan rawatan atau pun membeli-belah.
Peningkatan pekerjaan sampingan petani dan migrasi setempat

Sejak kebelakangan ini, "pekerjaan sampingan petani" yang merupakan sumber pendapatan sampingan petani selain daripada aktiviti pertanian dikatakan melebihi 70% daripada jumpah penduduk yang menjalankan aktiviti pertanian tersebut. Pekerjaan sampingan para petani adalah dengan bekerja di syarikat-syarikat. Mereka hanya akan melakukan aktiviti pertanian pada hari minggu. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang memperolehi pendapatan dengan menguruskan rumah sewa sambil bertani. Selain itu, terdapat juga antara mereka yang keluar ke kota mencari pendapatan apabila tiada tanaman yang boleh ditanam terutamanya pada musim sejuk. Memandangkan kemerosotan aktiviti pertanian dan perikanan serta penurunan penduduk di kawasan tersebut, kerajaan telah memperbanyakkan bantuan dan kerjasama dengan kawasan-kawasan tersebut. Oleh itu, semakin banyak golongan muda yang mula bermigrasi ke kawasan luar bandar dan meminati serta mengusahakan aktiviti pertanian.
Pelancongan di perkampungan pertanian

Perkampungan pertanian di Jepun kebanyakannya terletak di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Oleh itu, bergerak ke sana dengan menggunakan kereta adalah lebih mudah. Di samping itu, terdapat "stesen jalan raya" disediakan di setiap kawasan. Ia merupakan tempat persinggahan bagi para pemandu di mana terdapat pelbagai produk tempatan dijual. Selain itu, terdapat juga rumah petani yang menyediakan tempat penginapan. Oleh kerana itu, sila gunakan perkhidmatan ini jika ingin mengetahui tentang perkampungan pertanian dengan lebih lanjut.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya