HOME Bandar bersejarah
Bandar bersejarah

Bandar bersejarah

Last updated: 29 April 2017

Di Jepun, terdapat banyak bandar yang penuh dengan tinggalan sejarah. Bukan sekadar bandar seperti Kyoto dan Nara yang pernah muncul sebagai pusat pemerintahan sahaja, malah bandar-bandar yang terletak di kawasan pedalaman juga masih penuh dengan tinggalan sejarah.

Apakah itu bandar bersejarah

Apakah itu bandar bersejarah

Rumah tradiosional di Jepun kebanyakannya adalah binaan bahan pokok, dan menyusun genting yang diperbuat daripada tanah liat sebagai atap. Bagi petani terdapat juga rumah yang menggunakan kayu serta rumput sebagai atap (jerami), boleh dikatakan ia kelihatan seperti rumah tradisional Jepun. Bagi rakyat biasa, kebanyakan mereka tinggal di Nagaya, iaitu deretan rumah panjang 1 tingkat. Terdapat juga bandar yang masih terdapat bandar Nagaya ini seperti di Kyoto.

Bandar-bandar utama yang berkesempatan untuk melihat bandar bersejarah

Bandar-bandar utama yang berkesempatan untuk melihat bandar bersejarah

Di Kyoto dan Nara yang pernah menjadi ibu negara, ia mempunyai sejarah dengan kependudukan yang padat, suasana yang membayangkan keadaan ketika itu kini masih ada. Kawasan Gion yang terletak di Kyoto masih mengekalkan suasana tradisionalnya di mana "Maiko", iaitu penari yang persembahkan tarian semasa majlis jamuan besar masih boleh dilihat. Daerah HIgashi Chaya di Kanazawa, Ishikawa yang masih mengekalkan suasana Bandar Diraja telah dipilih sebagai Kawasan Pemuliharaan Bangunan-bangunan Bersejarah Penting, dan dipanggil sebagai "Shou Kyoto (Kyoto kecil)".

Bandar utama kecil yang boleh menikmati keindahan bandar bersejarah

Bandar utama kecil yang boleh menikmati keindahan bandar bersejarah

Suasana bandar lama masih banyak terdapat di setiap kawasan Jepun, selain di bandar-bandar besar. Di Takayama, Gifu pula terdapat deretan Machiya yang terdapat pintu kekisi yang berterusan. Manakala, pada zaman Edo terdapat bandar yang dipanggil "Shukubamachi" yang berfungsi sebagai tempat menginap dan berehat, Shukubamachi seperti ini masih terdapat di Kisogun, Nagano yang kelihatan terdapat Chouka (bandar perumahan) dengan deretan Tatami (tikar Jepun) batu. Di Tomonoura yang terletak di Fukuyama, Hiroshima juga merupakan kawasan yang masih terdapat kawasan tinggalan sejarah serta Chouka. Di Kawakoshi, Saitama juga masih terdapat kawasan yang kelihatan seperti bandar bersejarah yang dipanggil sebagai "Shou Edo (Edo kecil)"

Adab ketika melawat bandar bersejarah

Adab ketika melawat bandar bersejarah

Di Kyoto, para pelancong kerap cuba mengambil gambar Maiko tanpa kebenaran. Adalah diharap bahawa pelancong tidak begitu kerap menegur mereka, kerana pada kelazimannya, mereka adalah dalam perjalanan untuk urusan kerja. Pada masa yang sama, berhati-hati semasa mengambil gambar bersama bangunan lama supaya tidak menyentuhnya, kerana kebanyakannya sudah berada dalam keadaan mudah rosak.

Menikmati lawatan mengikut musim

Menikmati lawatan mengikut musim

Sekitar bulan April, para pelancong mungkin berkesempatan menikmati suasana bandar bersejarah bersama pemandangan bunga Sakura kerana ia akan bersamaan dengan waktu mekar bunga Sakura. Sekitar bulan Jun pula akan melalui keadaan kelembapan yang tinggi kerana musim hujan. Sekitar bulan Oktober pula berkesempatan menikmati "Koyo", iaitu musim daun-daun pokok bertukar warna merah serta kuning. Manakala di kawasan sejuk seperti Takayama, Gifu pula mungkin seronok juga dapat melihat suasana bandar bersejarah dalam keadaan diliputi salji.

Keadaan semasa bandar bersejarah

Keadaan semasa bandar bersejarah

Bandar bersejarah di Jepun dipulihara sebagai Kawasan Pemuliharaan Bangunan-bangunan Bersejarah Penting di bawah Undang-udang Penjagaan Warisan Kebudayaan. Di Jepun kini terdapat 110 kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan pemuliharaan seperti ini. Terdapat peraturan terperinci ringkas yang mengehadkan pengubahsuaian bentuk luaran bangunan serta larangan untuk tidak mempamerkan papan tanda kedai secara besar-besaran bagi menjaga landskap bandar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari