HOME Lembah, alur, sungai dan tasik
Lembah, alur, sungai dan tasik

Lembah, alur, sungai dan tasik

Last updated: 29 April 2017

Jepun adalah negara yang kaya dengan alur, lembah, sungai-sungai dan juga tasik. Di negara Jepun yang mempunyai empat musim, kawasan-kawasan ini mempamerkan keindahan yang berbeza pada setiap musim. Malah ia turut menjadi kawasan untuk menjalankan pelbagai aktiviti oleh masyarakat Jepun.

Apakah itu lembah dan alur sungai di Jepun

Apakah itu lembah dan alur sungai di Jepun

Jepun iaitu sebuah negara yang kaya dengan gunung-ganang. Lembah-lembah dan alur-alur sungai ini terhasil dari fenomena alam seperti aktiviti gunung berapi dan juga hakisan. Antara keunikan lembah gunung dan alur sungai di Jepun adalah bentuk unik batu semulajadi yang terbentuk dalam masa yang panjang, serta air bersihnya yang terus mengalir sejak dari zaman dahulu. Musim bunga yang dipenuhi kehijauan, musim panas yang nyaman, serta musim luruh yang indah dengan perubahan warna daun mempamerkan keunikan setiap musim yang tersendiri.

Lembah dan alur sungai yang popular

Lembah dan alur sungai yang popular

Oirase-keiryu yang terletak di Aomori-ken sepanjang 14km ini mempunyai keunikan air terjun yang terletak di tengah-tengahnya. Manakala di Irikawa-keikoku yang terletak di Chichibu, Saitama-ken pula terdapatnya tinggalan "hutan primer” yang masih terjaga dan tidak disentuh, sesuai untuk menjadi tempat terapi diri. Selain itu, di tengah bandar di Tokyo, Jepun terdapat juga lembah yang dikenali sebagai Todoroki-keikoku. Ia boleh dikunjungi dengan berjalan kaki selama 5 minit dari Stesen Todoroki di laluan Tokyu Oimachi-sen.

Cara menikmati lembah dan alur sungai

Cara menikmati lembah dan alur sungai

Antara aktiviti-aktiviti popular di lembah dan alur sungai adalah berjalan merentas lembah serta merentas jeram di alur sungai dengan menaiki bot kecil. Nagatoro Line Kudari yang terletak di Nagano-ken merupakan antara tempat yang menjadi tarikan untuk melakukan aktiviti merentas jeram. Alur sungai ini turut menjadi habitat kepada ikan-ikan seperti ikan Iwana (Salvelinus) dan ikan Yamame (Yamame trout). Oleh itu ramai juga yang berkunjung ke sini untuk memancing. Tetapi sesetengah tempat memerlukan kebenaran memancing terlebih dahulu, jadi pastikan anda periksa sebelum memancing.

Apakah itu sungai dan tasik di Jepun

Apakah itu sungai dan tasik di Jepun

Jepun adalah negara kepulauan yang dikelilingi lautan. Sungai-sungai kecil akan bergabung dengan sungai-sungai besar dan seterusnya mengalir ke laut. Manakala tasik pula terdiri daripada pelbagai jenis, daripada tasik semulajadi yang dikelilingi gunung-ganang, hinggalah ke tasik buatan yang terhasil daripada pembinaan empangan. Di kawasan Okutama yang terletak sejauh 2 jam perjalanan menggunakan kereta api dari pusat bandar Tokyo, pengunjung dapat menikmati pemandangan di empangan serta keindahan tasik dikelilingi gunung-ganang yang berbeza mengikut perubahan musim.

Sungai dan tasik yang popular

Sungai dan tasik yang popular

Tasik yang terbesar di Jepun adalah Tasik Biwa-ko yang terletak di Shiga-ken. Ia mempunyai keluasan kira-kira 670km persegi. Selain itu, di sekitar Gunung Fuji yang merentangi Shizuoka-ken dan Yamanashi-ken pula terdapat lima tasik seperti Tasik Motosu-ko dan Tasik Shoji-ko yang turut dikenali sebagai "Fuji-go-ko" (lima tasik Fuji).

Cara menikmati sungai dan tasik

Cara menikmati sungai dan tasik

Di negara empat musim seperti Jepun, pemandangan dan warna pepohon akan berubah mengikut musim. Menikmati kontras perubahan ini dengan sungai atau tasik adalah merupakan salah satu cara unik dalam masyarakat Jepun. Selain itu, terdapat ramai juga yang bermain aktiviti seperti berkayak dan berkanu. Anda juga boleh merasai pengalaman berkayak di Tasik Shiromaru-ko serta di tasik-tasik di pinggir bandar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari