
Di Jepun terdapat pelbagai jenis penginapan. Artikel ini akan menghuraikan tentang ciri-ciri dan cara penggunaan jenis penginapan yang turut terkenal di luar negara, iaitu asrama belia dan rumah tetamu.
Apakah itu asrama belia?

Asrama belia pada mulanya dilahirkan di Jerman. Sejarahnya telah bermula lebih 100 tahun yang lalu. Ianya telah diperkenalkan di Tokyo dan Nikko di wilayah Kanto, serta di Fuji dan Izu di wilayah Tokai. Kini ianya telah berkembang ke seluruh Jepun, dari Hokkaido hinggalah ke Okinawa, dan mempunyai lebih kurang 200 buah kemudahan yang sedang beroperasi. Kemudahan ini dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan umur dan jantina.
Ciri-ciri asrama belia

Asrama belia yang telah tersebar secara luasnya ke seluruh dunia ini menerima ramai pengguna dari luar negara. Di Jepun juga terdapat ramai orang yang arif tentang pelancongan, jadi mereka dapat beramah mesra sambil bertukar-tukar maklumat ketika menginap di sini. Terdapat juga kemudahan yang menawarkan program untuk merasai pengalaman khusus dari kawasan tersebut. Di asrama belia di Jepun, pengurus kemudahan ini dipanggil "parent" dan kebanyakannya terdiri daripada warga tempatan. Malah mereka arif tentang maklumat tempatan dan akan menjawab segala pertanyaan anda dengan mesra.
Cara menggunakan asrama belia

Untuk mendapat lebih keuntungan ketika menggunakan asrama belia ini, lebih baik jika anda mendaftar sebagai ahli. Walaupun pengunjung biasa boleh menggunakannya, ahli yang berdaftar akan mendapat diskaun penginapan serta servis di kemudahan pelancongan yang berkaitan dengannya. Malah ianya memudahkan ahli untuk menggunakan asrama belia di luar negara juga. Bilik penginapan biasanya mengasingkan bilik asrama lelaki dan perempuan. Kelebihan asrama belia ini adalah pada harganya yang murah jika dibandingkan dengan hotel atau ryokan (penginapan ala Jepun).
Apakah itu rumah tetamu?

Rumah tetamu memiliki ciri-ciri yang mirip dengan asrama belia. Perbezaan yang ketara antara keduanya adalah berbanding dengan asrama belia yang menyasarkan pelbagai golongan pengguna, rumah tetamu pula dibina dengan menyasarkan pelancong perseorangan ataupun backpacker. Selain daripada itu, lokasinya juga lebih terhad kepada kawasan-kawasan yang digemari pelancong asing seperti di Tokyo, Kyoto, Okinawa, dan sebagainya. Ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi dikongsi bersama pengguna yang lain membolehkan pengunjung berkenalan sesama sendiri.
Cara menggunakan rumah tetamu

Setiap rumah tetamu mempunyai ciri-ciri serta servis yang sangat berbeza. Ia tidak menyediakan kemudahan seperti di hotel, jadi pengunjung perlu menyediakan sendiri berus gigi, tuala, dan sebagainya. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran deposit untuk menggunakan kemudahan ini. Sebahagian rumah tetamu mengamalkan sistem keahlian dan tidak mengenakan bayaran deposit kepada ahli.
Terdapat juga banyak kemudahan yang unik

Di antara asrama belia dan rumah tetamu yang kebanyakannya mempunyai gaya bebas, terdapat juga kemudahan yang unik. Kemudahan yang menggunakan kominka (rumah ala Jepun yang lama) contohnya terkenal di kalangan pengunjung asing kerana dapat merasai suasana Jepun. Kuil buddha dan shinto juga membolehkan pengunjung merasai suasana yang sama. Malah terdapat juga kemudahan yang menggunakan tapak tinggalan sekolah.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Satu Malam 4000 Yen! Rumah Tumpangan Yang Unik di Asakusa, Kuramae dan Ikebukuro
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno