
Dalam hotel di Jepun, pelbagai kelengkapan dan ameniti disediakan. Bagaimana agaknya cara untuk menggunakan barangan tersebut.
Ameniti yang disediakan di bilik penginap

Untuk dijadikan contoh, ameniti pakai buang seperti tuala mandi, tuala muka, berus dan ubat gigi, alat cukur, sikat rambut dan sebagainya adalah kerap disediakan, dan adalah dibenarkan untuk dibawa pulang.
Kelengkapan bilik penginap di hotel yang umum

Bagi kelengkapan bilik penginap di hotel, antara yang umum ialah TV LCD, Wi-Fi ataupun LAN berwayar, alat pengering rambut, mesin air panas atau cerek elektrik, gelas dan cangkir teh, tisu tandas, tisu muka dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga hotel dengan yukata (pakaian tidur) atau kitab Injil disediakan di dalam laci meja. Barang-barang tersebut biasanya adalah dilarang untuk dibawa pulang.
Terdapat juga pengagihan atau khidmat pinjaman secara percuma di kaunter hadapan

Terdapat juga hotel yang tidak meletakkan ameniti di bilik penginap, sebaliknya mengagihkannya di kaunter hadapan. Selain itu, mungkin juga terdapat barangan seperti alat pelembap udara atau pembersih udara, mesin penekan seluar, kabel LAN dan sebagainya disediakan untuk pinjaman secara percuma di kaunter hadapan, oleh itu anda digalakkan untuk membuat pertanyaan di kaunter hadapan.
Servis berbayar dan percuma di hotel

Secara lazimnya, khidmat dobi, urut, pinjaman komputer, servis bilik dan sebagainya adalah berbayar. Sebaliknya, untuk ais pula terdapat mesin ais di setiap tingkat, dan payung untuk disewa secara percuma juga didapati. Untuk servis yang tidak dinyatakan di bahagian panduan, jika munasabah ianya boleh diuruskan, maka jika terdapat sebarang kemusykilan anda digalakkan untuk membuat pertanyaan di kaunter hadapan.
Terdapat juga servis percuma sarapan dan minuman

Bagi hotel di Jepun, sarapan disediakan atau tidak adalah bergantung kepada pelan. Berhati-hati jika memilih pelan yang tidak termasuk sarapan, kerana anda mungkin perlu untuk membuat tempahan berasingan untuk sarapan. Secara lazimnya, apabila berkeinginan untuk menambah sarapan permintaan boleh dibuat semasa daftar masuk atau dikenakan caj terus pada hari sarapan di tempat tersebut. Terdapat juga sebahagian hotel yang menyediakan servis sarapan ringkas secara percuma.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
MARUNOUCHI HOTEL
Hotels
Tokyo Station
-
THE GATE HOTEL TOKYO by HULIC
Hotels
Ginza
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Rooms
Prostyle Ryokan Tokyo Asakusa
Hotels
Asakusa
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak