HOME Farmasi (Drug store)
Farmasi (Drug store)

Farmasi (Drug store)

Last updated: 12 April 2017

Penerangan tentang farmasi (drug store) yang menjual pelbagai jenis barangan seperti ubat-ubatan, kosmetik dan barangan keperluan harian seperti makanan akan diberikan.

Sejarah farmasi (drug store)

Sejarah farmasi (drug store)

Farmasi di Jepun muncul sejak tahun 1970-an. Ia bermula apabila kemudahan farmasi (drug store) di Amerika ditiru. Oleh kerana barangan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding farmasi biasa lain, ia mendapat sambutan menggalakkan, terutama dikalangan surirumah.

Permintaan farmasi (drug store)

Permintaan farmasi (drug store)

Ia beroperasi hingga lewat malam dan terdapat pelbagai barangan keperluan harian. Selain itu, ia dilengkapi dengan kepakaran yang dapat memberi pandangan mengenai ubat-ubatan dan makanan kesihatan . Kebelakangan ini semakin ramai pelancong luar negara membeli-belah di farmasi (drug store).

Barangan buatan Jepun yang berkualiti

Barangan buatan Jepun yang berkualiti

Barangan buatan Jepun yang berkualiti tinggi dan selamat menjadi popular dikalangan pelancong luar negara. Di antaranya adalah lampin bayi buatan Jepun dibeli dengan jumlah yang banyak dan dibawa pulang ke negara masing-masing. Pada masa yang sama, barangan lupus juga mendapat permintaan yang tinggi sebagai cenderamata, oleh kerana dapat dibeli dengan harga yang berpatutan.

Produk Jepun yang sangat berguna

Produk Jepun yang sangat berguna

Produk yang kelihatan jelas idea bernasnya juga mendapat penilaian yang baik. "Eye Mask", iaitu produk yang dapat memanaskan mata yang keletihan, serta "Cooling Sheet" yang dapat menghilangkan rasa panas pada kaki yang keletihan, sangat disukai oleh orang ramai kerana dapat memberi kelegaan dengan ringkas dan mudah.

Makanan ringan Jepun yang boleh dibeli dengan harga murah

Makanan ringan Jepun yang boleh dibeli dengan harga murah

Makanan ringan klasik Jepun boleh dibeli dengan harga yang murah di farmasi (drug store). Makanan ringan Jepun yang dikatakan sedap itu sangat popular sebagai cenderamata. Jualan murah yang berbeza mengikut hari dan kedai tidak boleh dilepaskan.

Bagi golongan wanita pula, kosmetik adalah barangan yang tentu ingin dibeli untuk dibawa pulang. Kosmetik dari kilang dapat dibeli dengan harga diskaun. Oleh kerana pakar kakitangan kecantikan sering berada di kedai besar, ia amat membantu pelanggan semasa ragu-ragu untuk membeli barangan di situ. Ia juga menjadi daya tarikan kerana pelanggan boleh mencubanya sendiri.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari