HOME Hiburan
Hiburan

Hiburan

Last updated: 3 Ogos 2017

Pengenalan kepada hiburan di Jepun seperti rakugo, manzai dan sebagainya yang telah bertapak sekian lama hingga hiburan terkini.

Rakugo

Rakugo

Cerita kelakar tentang kehidupan rakyat semasa zaman Edo, pengakhirannya akan dimasukkan babak lucu. Pelawak akan duduk di atas alas tempat duduk sambil membuat suara yang melakonkan watak 2 orang. Digunakan juga kipas tangan lipat, sapu tangan dan sebagainya. Jika di Tokyo, anda boleh menikmatinya di Asakusa Engi Hall atau Shinjuku Suehirotei.

Filem

Filem Jepun seperi anime, filem CG, filem lakonan sebenar dan sebagainya digemari oleh masyarakat antarabangsa. Filem anime seperti “Sen to chairo no kamikaku” (2001) dan sebagainya yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Pengarah filem lakonan sebenar seperti Kurosawa Akira, Otzu Yasujiro, Kitano Takeshi yang mengarahkan filem “HANA-BI”, Kawase Naomi yang mengarahkan filem “Karimogari no mori” mempunyai peminat yang ramai terutamanya di Eropah.

Muzik

Muzik

Lagu yang lahir di Jepun dinamakan “hougaku”. Dimainkan bersama penceritaan lagu atau “minyou” yang telah menjadi tradisi turun temurun dikalangan orang biasa dan mempunyai sejarah 500 tahun lebih dan masih bereterusan hingga kini. Muzik yang lahir selepas zaman Showa adalah seperti “ue o muite arukou (sukiyaki song)” dan sebagainya terkenal di seluruh dunia.

Persembahan

Muzikal dan opera mendapat sambutan hebat di Jepun. Anda boleh menyaksikannya di Shin Kokuritsu Gekijou, Tokyo. Kumpulan persembahan yang lahir di Jepun adalah seperti Takarazuka Gekidan yang hanya dianggotai oleh perempuan bujang, Lion King, CATS dan sebagainya yang membuat persembahan terkenal dari luar negara, terutamanya yang membabitkan kumpulan dari syarikat Shiki.

Pertunjukan

Pertunjukan

Artis yang terkenal di seluruh dunia juga hebat semasa pertunjukan secara langsung. Pertunjukan secara langsung mereka adalah kerjasama daripada pencipta muda. Kumpulan bernama Perfume yang terkenal di Jepun dengan aksi di atas pentas, penerima anugerah pingat perak di Cannes Lions iaitu Raizomatics, Kyariipa Myupamyu yang diarahkan oleh Masuda Sebasuchan juga amat terkenal.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari