HOME Bubur dan sup nasi
Bubur dan sup nasi

Bubur dan sup nasi

Last updated: 28 April 2017

Bubur dan sup nasi kedua-duanya adalah sejenis hidangan berasaskan beras yang ditanak dengan lembut menggunakan air atau sup. Baik untuk penghadaman dan tidak memberi tekanan kepada perut kerana tiada penggunaan minyak.

Perbezaan antara nasi, bubur dan sup nasi

Perbezaan antara nasi, bubur dan sup nasi

Ketika menanak nasi, air ditambah dengan jumlah yang banyak daripada jumlah air untuk menanak nasi biasa disebut sebagai "bubur". "Sup nasi" pula merujuk kepada nasi yang ditanak menggunakan air rebusan dan diperasakan.

Makanan kegemaran orang Jepun

Makanan kegemaran orang Jepun

Bubur mula muncul sejak dari sekitar abad ke-11. Ia dijadikan sebagai makanan untuk bayi ataupun sering dibuat ketika sakit.

Secara asasnya, bubur adalah nasi putih kosong

Secara asasnya, bubur adalah nasi putih kosong

Secara asasnya "bubur nasi putih" tidak diperasakan. Mengikut sukatan beras dan air, bubur mempunyai pelbagai jenis kekerasan. Sama ada ia lebih lembut daripada nasi atau sehingga tiada lagi butiran nasi dalam bentuk pes. "Bubur nasi putih" kebanyakannya dimakan bersama-sama dengan hidangan sampingan yang mempunyai rasa kuat, antaranya adalah "jeruk mangga" yang telah dikeringkan selepas direndam dalam larutan garam.

Bubur nasi putih dan hidangan sampingan yang sesuai

Bubur nasi putih dan hidangan sampingan yang sesuai

Hidangan sampingan yang sering dimakan dengan bubur nasi putih adalah seperti rumpai laut masin dan tsukemono (acar atau jeruk). Tsukemono adalah sayur-sayuran yang diperap dengan garam atau dedak beras.

Bubur tujuh daun herba

Bubur tujuh daun herba

Sejak dari dahulu terdapat satu adat di Jepun iaitu memakan bubur nasi dengan tujuh daun herba pada 7 Januari untuk kesihatan sepanjang tahun. Bubur tujuh daun herba merujuk kepada beras yang ditanak bersama-sama dengan tujuh jenis sayuran iaitu "seri", "nazuna", "gogyo", "hakobera", "hotokenoza", "suzuna" dan "suzushiro". Ia bagus dimakan untuk merehatkan perut yang lemah akibat terlalu banyak makan dan minum semasa tahun baru.

Bubur yang mengandungi kacang merah

Bubur yang mengandungi kacang merah

Di Jepun, pada 15 Januari terdapat adat memakan "bubur kacang merah" iaitu beras dan kacang merah yang ditanak dengan lembut. Sejak dari dahulu terdapat legenda yang mengatakan bahawa kacang merah mempunyai kuasa azimat dan dapat mengelak anasir jahat atau penyakit berjangkit apabila memakan bubur kacang merah. Jika hari tersebut adalah pada hari bulan penuh dalam kalendar lunar, memakan bubur pada hari yang diinginkan pula dipanggil "mochi kayu".

Bubur teh

Bubur teh

Bubur teh yang sering dimakan di Nara-ken dibuat daripada nasi yang ditanak dengan air rebusan "Houji cha" yang diperbuat daripada teh Jepun (teh hijau). Pada asalnya sami dikawasan itu telah memakan bubur tersebut selama lebih daripada seribu tahun. Ia disejukkan dan dimakan pada musim panas dan dimasukkan pelbagai jenis sayur, kentang dan kekacang.

Gaya stimbot Jepun adalah diakhiri dengan sup nasi

Gaya stimbot Jepun adalah diakhiri dengan sup nasi

Setelah selesai memakan bahan-bahan stimbot, ramai orang Jepun membuat "sup nasi" iaitu nasi yang diletakkan di dalam lebihan stok. Kebiasaannya di restoran yang menjual stimbot, boleh menambah pesanan "set sup nasi (set nasi, campuran telur dan bawang).

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari