Di setiap lokasi dalam Jepun terdapat aktiviti yang menggunakan keunikan alam semula jadi, dan juga aktiviti yang dapat merasai adat tradisi dan sejarah jepun.
Menghayati alam semulajadi ①~Mendaki gunung
Terdapat pelbagai jenis gunung, dari jenis gunung yang boleh didaki secara beriadah sehinggalah gunung yang perlu didaki secara bersungguh. Gunung tunggal yang dikatakan paling cantik di dunia iaitu gunung Fuji, boleh dilawati dengan bas jika menuju sehingga ke stesyen ke-5, dan anda boleh menikmati alam semulajadi dengan bebas. Melihat perubahan permukaan gunung-gunung dari musim ke musim dan haiwan-haiwan liar, merupakan keseronokan sebenar aktiviti mendaki gunung.
Berdekatan dengan kawasan Tokyo, gunung yang ada adalah Takao-san (Tokyo), Otake-yama (Tokyo), Nokogiri-yama (Chiba), Tsukuba-san (Ibaraki) dan lain lain. Gunung-gunung itu boleh dilawati dalam satu hari tetapi adalah bagus jika memeriksa cara pergi, cuaca dan lain lain sebelum pergi.
Menghayati alam semulajadi ➁~Snorkeling
Jepun ialah sebuah pulau dimana banyak aktiviti berkaitan lautan boleh dilakukan. Di kawasan seluruh Jepun anda boleh menikmati aktiviti selam snorkel, terutamanya Okinawa yang terkenal dengan kawasan perairan lautnya yang cantik, malah terdapat juga tempat di mana anda boleh melihat penyu laut. Di kawasan Kanto, kawasan seperti Izu juga sesuai untuk aktiviti snorkeling. Tambahan lagi, terdapat juga tempat yang dikenali sebagai "gua biru" iaitu gua dengan kepanjangan di dalamnya berjumlah 30 meter di mana anda boleh menikmati aktiviti selam snorkel di dalamnya. Tempat ini sangat terkenal sebagai tempat untuk menikmati selam snorkel yang penuh misteri.
Menghayati alam semulajadi ③~Rafting
Antara ciri-ciri sungai di Jepun adalah jumlah airnya yang banyak, aliran yang deras dan sungai yang sempit. Oleh kerana itu anda dapat merasai pengalaman menuruni sungai deras dengan bot yang lebih mendebarkan. Sudah semestinya ia tidak terhad kepada sungai yang deras sahaja, terdapat juga pakej yang membolehkan anda mengalaminya di sungai yang mengalir perlahan. Disebabkan sungai-sungai di Jepun berpunca dari cairan salji atau air titisan dari batu, airnya kelihatan sangat bersih dan jernih, sehinggakan anda boleh melihat bayangan ikan dari permukaan airnya. Kalau di kawasan berdekatan dengan Tokyo, ada boleh melakukannya di Okutama (Tokyo) ataupun Nagatoro (Saitama).
Menghayati Budaya①~Yakatanune
Yakatabune adalah bot bercirikan Jepun, bahagian dalam berbumbung yang luas, dan boleh digunakan sebagai dewan bankuet dan sebagainya. Pada zaman Heian ia digunakan oleh golongan bangsawan sebagai tempat bersuka-ria, dan turut dikatakan menjadi tempat untuk daimyo (pemerintah feudal) menikmati bunga api yang dilancarkan dari sungai pada zaman Edo. Pada masa kini, pakej untuk mengelilingi kawasan-kawasan pelancongan di Tokyo mendapat sambutan.
Menghayati Budaya➁~Pengalaman menjalani latihan di kuil
Pengalaman menjalani latihan di kuil merupakan aktiviti yang kian mendapat sambutan sekarang. Anda akan mengalami latihan yang dijalani oleh sami buddha dengan betul dan bersungguh-sungguh. Tambahan kepada ideologi dan agama di Jepun, anda akan dapat pelajari dengan teliti mengenai kedamaian dari sami buddha selain daripada latihan, etika makan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis tempoh pengalaman boleh dipilih, daripada sehari sehinggalah beberapa bulan.
Menghayati Budaya③~Kimono
Pengalaman untuk memakai pakaian tradisional Jepun seperti kimono dan yukata. Terutama sekali di Asakusa, banyak kedai yang menyewakan kimono. Sesetengah kedai juga menyediakan
servis pemandu pelancong atau mengambil gambar sebagai kenangan.
Menghayati Budaya③~Sado (Upacara the), Shodo (Kaligrafi Jepun)~
Pertama sekali, anda perlu membasuh tangan dan masuk melalui Nijiriguchi ( pintu kecil untuk masuk bilik upacara teh). Ini adalah merupakan pengalaman unik dan menarik menanti anda semasa Sado( Upacara teh). Anda dapat merasa tradisi jepun “omotenashi” (Hospitaliti cara Jepun). Semasa sesi latihan Shodo (Kaligrafi Jepun), anda dapat belajar menulis nama anda dalam Kanji (Tulisan karater cina) ataupun menulis karater yang anda suka. Apa yang anda tulis boleh dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang nanti.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Active AKIBA Batting Center
Other Activities
Akihabara
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ryokan (rumah inap)
-
Kad bank luar negara
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno