HOME Kerja Logam
Kerja Logam

Kerja Logam

Last updated: 29 Mac 2017

Kita akan memperkenalkan teknik-teknik tradisional dan sejarah kinko (kerja logam) yang telah dipelihara sejak bertahun dahulu di Jepun.

Teknik-teknik Tradisional Kerja Logam

Teknik-teknik Tradisional Kerja Logam

Kinko ialah perkataan Jepun untuk kerja logam yang merujuk kepada industri seni kraftangan logam dan juga ahli tukang logamnya. Untuk kerja logam, terdapat pelbagai unsur digunakan seperti emas, perak, besi dan gangsa. Teknik kerja logam diklasifikasikan kepada tiga iaitu tankin (mengetuk), chukin (menuang) dan chokin (mengukir).

Apa itu Tankin?

Apa itu Tankin?

Tankin ialah proses mengubah bentuk logam melalui proses mengetuk. Ketika ia mula diperkenalkan di Jepun pada zaman pemerintahan Yayoi, teknik ini digunakan untuk mencipta cermin-cermin tembaga, pedang-pedang besi dan zirah [baju perisai]. Pada era Asuka, ia juga digunakan untuk menghasilkan mazbah untuk menyembah Buddha.

Apa itu Chukin?

Chukin ialah teknik di mana logam cair dituang ke dalam acuan yang dipanggil igata dan ditinggalkan untuk disejukkan bagi mengeraskan logam tersebut. Apabila logam itu dikeluarkan daripada acuan, permukaannya digilap untuk membuatkannya berkilat.
Penuangan digunakan terutamanya untuk merekabentuk cerek teh, pasu bunga dan tugu masyarakat Buddha. Tugu Buddha di Nara dihasilkan menggunakan teknik ini.

Apa itu Chokin?

Apa itu Chokin?

Chokin ialah teknik yang menggunakan sejenis pahat yang dipanggil tagane untuk mengukir logam. Pengukiran kebiasaannya digunakan untuk kerja seni yang halus seperti aksesori dan perhiasan lain.
Pada zaman pertengahan feudal, corak-corak yang diukirkan dan gambar pada tsuba (penyekang) yang terletak antara katana (bilah pedang) dan e (hulu pedang) dianggap sebagai buatan yang popular untuk menunjukkan citarasa keindahan si pemilik, dan kini tsuba sebegini tinggi nilainya disebabkan oleh reka bentuknya yang canggih.

Asal Usul Kerja Logam

Asal Usul Kerja Logam

Kerja logam telah diperkenalkan buat kali pertamanya ke Kyushu daripada benua China dan semenanjung Korea. Pada mulanya, ia digunakan untuk membentuk loceng-loceng tembaga dan cermin-cermin sebagai peralatan upacara amal. Agak lama setelah diperkenalkan, seiring dengan perkembangan budaya teh Jepun, kerja logam diutamakan untuk merekabentuk cerek bagi mendidih air.

Kerja Logam pada Zaman Pemerintahan Edo

Kerja Logam pada Zaman Pemerintahan Edo

Pada zaman pemerintahan Edo, manusia mula mencipta pelbagai barangan dan peralatan rumah dengan menggunakan teknik-teknik kerja logam. Ini menjadikan kehidupan seharian mereka lebih rancak memandangkan hasil kerja logam seperti tugu-tugu, alatan merokok iaitu kiseru dan cerek-cerek besi direkabentuk dengan menarik.

Kerja Logam Masih Mendapat Perhatian

Kerja Logam Masih Mendapat Perhatian

Kini, logam buatan tangan masih menjadi seni kraf yang popular di Jepun dan juga dieksport ke negara lain. Antara kerja logam yang pelbagai itu, buatan logam yang paling ketara ialah Nambu-tekki (cerek besi yang dihasilkan di kawasan Nambu di rantau Timur Laut ).
Cerek yang sebegini menghalang air mendidih di dalamnya daripada cepat sejuk dan besi panas daripada barangan besi itu bercampur dengan air yang sedang mendidih itu. Barangan yang menyihatkan dan berguna ini hanya satu daripada kesan sejarah kerja logam Jepun yang panjang.

*Maklumat ini adalah dairpada masa artikel ini diterbitkan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari