HOME Ningyo Joruri: Wayang Patung Tradisional
Ningyo Joruri: Wayang Patung Tradisional

Ningyo Joruri: Wayang Patung Tradisional

Last updated: 6 Mac 2017

Ningyo Joruri adalah merupakan satu persembahan patung tradisional Jepun di mana pelbagai jenis cerita ataupun hikayat dipersembahkan oleh patung yang setiapnya dikawal oleh 3 orang. Ningyo Joruri juga dikenali sebagai bunraku dan telah didaftarkan sebagai UNESCO Warisan Dunia Tidak Ketara pada tahun 2013. Ini adalah sebagai pengiktirafan atas sejarah tradisinya yang turun-temurun dan juga kepentingannya dari segi kebudayaan setempat.

Sejarah Ningyo Joruri

Sejarah Ningyo Joruri

Asal-usul Ningyo Joruri boleh dikesan seawal tahun 1684 dimana teater pertama bunraku dibina di Osaka oleh penglipurlara Joruri iaitu Takemoto Gidayu. Akan tetapi, Ningyo geki dan Joruri adalah suatu seni pementasan yang telah wujud jauh lebih awal lagi. Joruri, berasal dari Jorurigozen iaitu hikayat mengenai seorang puteri akan tetapi, lama kelamaan ianya berubah kepada Joruri yang membawa maksud, penceritaan suatu cerita mahupun hikayat oleh seorang penglipulara disertai dengan melodi ringan. Di sini, penambahan elemen Ningyogeki menyebabkan terhasilnya suatu genre baru yang dikenali sebagai Ningyo Joruri. Ningyo Joruri telah menjadi sebutan ramai dan telah tersebar dari Osaka hinggalah ke Edo dalam masa 100 tahun. Di samping itu, terdapat banyak cabang wujud hasil dari gaya penyampaian cerita individual yang berbeza dan ini menyebabkan lebih banyak kisah lagenda mahupun hikayat dapat disampaikan.

Peranan masing-masing di atas pentas

Peranan masing-masing di atas pentas

Jom kita lihat bagaimana Ningyo Joruri disampaikan kepada penonton. Pada asasnya, tiga orang yang mengawal sebuah patung menutupi muka masing-masing dengan kain hitam tetapi, terdapat juga situasi di mana mereka harus mendedahkan muka mereka. Sang penglipurlara dipanggil sebagai tayu. Tayu merupakan satu tugas yang amat penting kerana bukan sahaja mereka harus menghidupkan watak utama, tetapi mereka juga perlu menjelaskan setiap babak di dalam hikayat tersebut justera memberikan nafas kepada suatu cerita. Elemen muzik juga penting di dalam Ningyo Joruri dan pada kebiasaanya, muzik dimainkan oleh pemuzik shamisen.

Bagaimana untuk Nikmati Ningyo Jurori

Bagaimana untuk Nikmati Ningyo Jurori

Bunraku adalah suatu seni yang telah diwarisi sejak berkurun lagi, dan cara penyampaiannya juga masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Oleh kerana itu, ianya disampaikan dalam bahasa lama dan agak sukar untuk difahami. Di teater-teater utama, terdapat phamplet yang diedarkan kepada penonton yang menjelaskan secara ringkas tentang cerita yang bakal disampaikan di samping perkataan yang digunakan semasa persembahan. Juga ada disediakan earphone untuk memainkan penjelasan untuk cerita yang dipersembahkan. Juga terdapat teater yang menyediakan monitor bersertakan sari kata, akan tetapi perkara seperti ini perlulah dipastikan terlebih dahulu kerana tidak semua teater menyediakan kemudahan seperti ini.

Himpunan hikayat di dalam Ningyo Jurori

Himpunan hikayat di dalam Ningyo Jurori

Ningyo Jurori terbahagi kepada 3 iaitu jidaimono iaitu kisah sebelum zaman Edo, sewamono iaitu kisah berkisarkan kehidupan seharian rakyat jelata dan keigoto iaitu kisah yang lebih fokus terhadap muzik.Yoshitsune Senbonzakura adalah merupakan kisah yang cukup terkenal bagi jidaimono, manakala Sonezaki Shinju bagi sewamono dan Gojo Ohashi bagi keigoto.

Hmm, di mana kita boleh saksikan persembahan Ningyo Joruri?

Hmm, di mana kita boleh saksikan persembahan Ningyo Joruri?

Persembahan tradisional patung ini boleh disaksikan di bandar utama kelahiran Ningyo Joruri iaitu Osaka dan juga Tokyo. Seni persembahan ini juga ada dapat disaksikan ni teater-teater kawasan kampung mahupun dewan-dewan setempat. Di Teater Kebangsaan Bunraku yang terletak di Chuo-ku Osaka, bukan sahaja persembahan tradisional bunraku, malahan Noh juga dapat disaksikan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari