Jepun mempunyai empat musim berbeza. Dalam musim-musim tersebut, perubahan dari musim sejuk ke musim bunga banyak mempengaruhi budaya dan kehidupan orang Jepun. Berikut akan diperkenalkan mengenai musim bunga di Jepun.
Pesta kanak-kanak perempuan
Pada 3 Mac setiap tahun akan diadakan “Hina Matsuri” yang merupakan pesta untuk merai dan mendoakan tumbesaran yang sihat kanak-kanak perempuan. Pada hari ini, orang Jepun akan menghiasi rumah mereka dengan patung “hina” dan mereka akan menjamah kuih yang dipanggil “hina arare”. Patung “hina” dipakaikan pakaian keluarga diraja. Patung ini dikatakan mampu yang membuang segala punca keburukan atau kesialan. Selepas era Edo, ianya telah menjadi hiasan secara meluas. Jika patung ini masih dihiasi selepas 3 Mac, dikatakan perkahwinan anak perempuan keluarga itu akan menjadi lambat.
Perpisahan dan permulaan masa
Di Jepun permulaan penggal persekolahan serta tarikh kewangan syarikat bermula dari April setiap tahun. Pada bulan sebelumnya iaitu Mac akan diadakan majlis konvokesyen, April pula akan diadakan majlis kemasukan ke sekolah atau syarikat. Oleh itu bulan Mac~April merupakan bulan perpisahan dan permulaan.
Bunga pada musim bunga dan “Hanami”(melihat-lihat bunga)
Pada permulaan musim bunga terdapat bunga ume, dituruti dengan bunga sakura, bunga fuji dan lain-lain lagi. Ramai orang mengunjungi taman-taman atau kebun-kebun untuk melihat bunga tersebut mengikut kesesuaian masa tertentu.
Sakura adalah bunga yang paling terkenal diantara bunga-bunga tersebut. Sakura ditanam disetiap kawasan di Jepun dan pada bulan April, acara tahunan “Hanami” amat dinantikan. Bukan sekadar menyaksikan keindahan bunga sakura, orang Jepun akan berkumpul dibawah pohon sakura sambil berkelah dengan menikmati minuman dan makanan.
Kafunsho (Demam disebabkan alergi debu bunga)
Kafunsho biasanya merebak pada musim bunga walaupun ia merupakan musim cantik bunga berkembang.
Sugi, Hinoki dan sebagainya merupakan debu bunga yang melekat pada hidung dan mata menjadi alergi menyebabkan bersin, hidung berair, mata gatal yang merupakan tanda bagi demam tersebut. Terutamanya debu bunga Sugi merupakan tajuk utama setiap tahun. Ia akan berterbangan sekitar bulan Januari~Mac dan banyak barang dijual untuk mengatasinya seperti topeng muka dan ubat-ubatan yang dijual di farmasi.
Tango no Sekku (Pesta kanak-kanak lelaki)
5 Mei adalah pesta untuk kanak-kanak lelaki yang dipanggil Tango no Sekku, dihiasi dengan “koinobori”(mengibarkan bendera ikan), “kabuto”(topi perang samurai) serta “gogatsu ningyo”(anak pahlawan), mengharapkan supaya anak-anak mendapat kesihatan dan pendidikan yang baik.
Golden week
Pada akhir bulan April sehingga Mei, hari cuti am adalah berterusan di Jepun. 29 April adalah “hari Showa”, 3 Mei adalah “hari memperingati perlembagaan”, 4 Mei adalah “hari Hijau”, 5 Mei adalah “hari kanak-kanak” dan sebagainya. Dalam jangkamasa tersebut jika ada hari cuti ganti atau hari Ahad, maka hari cuti akan menjadi lebih panjang. Ramai orang akan pergi ke tempat peranginan, oleh itu pada masa ini lebuhraya di setiap kawasan akan menjadi sangat sesak. Shinkansen (keretapi laju) kapal terbang dan sebagainya yang merupakan pengangkutan utama juga akan menjadi sangat sesak. Pada ketika ini juga, di setiap kawasan akan diadakan pesta dan acara tertentu.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Matsushima Bay
Landscapes
Sendai And Matsushima
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna