![Empat musim](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/basic/a0000283_main.jpg?20201013074645&q=80)
Jepun mempunyai "empat musim", iaitu, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Salah satu daya tarikan Jepun ialah perubahan alam sekitarnya, sebagai contoh, ceri berbunga pada musim bunga dan musim daun luruh pada musim luruh. Mari kita pelajari empat musim Jepun yang berbeza.
Empat musim Jepun
![Empat musim Jepun](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819be75481e.jpg?20201013074645&q=80)
Satu tahun dibahagikan kepada empat musim di Jepun. Tempoh dari bulan Mac hingga bulan Mei dipanggil Musim Bunga, dari Jun hingga Ogos dipanggil Musim Panas, dari September hingga November dipanggil Musim Luruh dan dari Disember hingga Februari dipanggil Musim Sejuk, masing-masing. Terdapat perubahan yang ketara dari segi suhu dan iklim di antara musim musim yang berbeza.
Musim Bunga
![Musim Bunga](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c177f016.jpg?20201013074645&q=80)
Ia adalah musim yang selesa untuk tinggal, kesejukan yang menyenangkan, dan secara beransur-ansur udara menjadi hangat.
Sering kali, angin bertiup kuat, tetapi ia adalah musim terbaik untuk perjalanan di seluruh Jepun.
Perayaan Musim Bunga
![Perayaan Musim Bunga](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c1269370.jpg?20201013074645&q=80)
Bercakap tentang landskap di Jepun yang melambangkan musim bunga, tiada lain hanya Bunga Sakura. Acara tontonan Bunga Sakura berlaku di merata rata tempat. Masa yang terbaik untuk menikmati Bunga Sakura di Tokyo biasanya antara akhir Mac dan awal April.
Musim Panas
![Musim Panas](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c36a12af.jpg?20201013074645&q=80)
Hujan turun berterusan dari akhir Jun hingga pertengahan Julai. Dalam tempoh ini, buat sementara suhu akan jatuh, dan penduduk akan berasa sejuk. Tempoh masa ini di panggil “Tsuyu”. Pada akhir tempoh Tsuyu dipanggil "Tsuyu-ake". Apabila musim hujan ini berakhir, suhu meningkat secara tiba-tiba, dan musim panas yang sebenar tiba. Cahaya matahari juga semakin kuat.
Suhu panas di Jepun pada musim panas
![Suhu panas di Jepun pada musim panas](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c7067064.jpg?20201013074645&q=80)
Musim panas Jepun mempunyai ciri-ciri bukan sahaja cahaya matahari yang kuat dan suhu yang tinggi, tetapi juga kelembapan yang tinggi. Jika anda merancang untuk perjalanan di seluruh Jepun, anda perlu awasi dan bersedia dengan suhu tinggi dan mengambil langkah langkah yang perlu terhadapnya.
Perayaan Musim Panas
![Perayaan Musim Panas](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c73bc4cb.jpg?20201013074645&q=80)
Acara acara musim panas biasa Jepun termasuk perayaan musim panas dan perayaan bunga api. Perayaan musim panas disambut di seluruh Jepun dari Julai hingga akhir Ogos dan penduduk penduduk tempatan mengadakan perarakan di bandar dengan membawa kuil mudah alih. Bunga api yang dipamerkan di pantai dan tebing sungai, menghiasi langit malam dengan berwarna-warni.
Musim Luruh
![Musim Luruh](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c792f07a.jpg?20201013074645&q=80)
Haba musim panas semakin berkurangan, dan juga kelembapan. Walaupun udara kering pada musim luruh tetapi ia amat selesa untuk tinggal. Ramai orang melawat tempat-tempat yang terkenal dengan luruhan daun seperti Kyoto, Nara, Nikko dan kawasan-kawasan lain untuk menikmati warna warni daun itu, sama saperti musim bunga sakura.
Perayaan Musim Luruh
![Perayaan Musim Luruh](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c7c4fd5e.jpg?20201013074645&q=80)
Pada bulan November, di Tokyo daun di pokok pokok dimana daunnya yang akan luruh beralih menjadi merah dan kuning. Orang ramai boleh menikmati dan mengalami warna musim luruh di pergunungan dan tepi jalan. Dalam tempoh masa ini, pelbagai acara kebudayaan diadakan.
Musim Sejuk
![Musim Sejuk](https://rimage.gnst.jp/livejapan.com/public/article/detail/a/00/00/a0000283/img/ms/a0000283_parts_59819c84e6887.jpg?20201013074645&q=80)
Pada bulan Disember, suhu jatuh lebih jauh, dan orang mulai merasa kesejukannya. Permulaanya musim sejuk yang amat dilihat sekitar akhir Disember. Dari Januari hingga awal Mac, ia tidak hairan yang suhu akan jatuh di bawah sifar darjah Celsius.
Kawasan Hokuriku, Tohoku dan Hokkaido diselimuti dengan salji.
Di Tokyo pun di turuni salji tebal, mungkin sekali atau dua kali setahun.
Perayaan Musim Sejuk
31hb Disember dipanggil "Omisoka (malam tahun baru)" dan tepat pada jam 12 tengah malam orang orang Jepun akan makan Soba (mi soba) yang merupakan adat resam mereka. Pada haribulan 1, 2 dan 3 Januari dipanggil "Shogatsu". Orang Jepun menyambut tahun baru dengan makan makanan hidangan tahun baru yang dipanggil "Osechi Ryori" dan minuman wain beras dipanggil "Sake".
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Sapporo Ramen Yokocho
Ramen
Sapporo / Chitose
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Menu
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo