Pengenalan kepada prosedur imigresen untuk warga asing yang berkunjung ke Jepun.
Visa, perlu atau tidak perlu?

Pertama sekali, untuk berkunjung ke Jepun anda mestilah mempunyai pasport yang tempohnya masih sah. Selain passport, visa juga mungkin diperlukan bagi negara-negara tertentu.
・Pengecualian visa diberikan kepada warga asing yang menetap tidak melebihi tempoh 90 hari dan bertujuan melancong dari negara-negara seperti Amerika, England, Perancis, Australia, Taiwan, Malaysia serta Korea Selatan.
・Pengecualian visa kepada warga asing yang menetap tidak melebihi tempoh 15 hari dan bertujuan melancong dari negara-negara seperti Indonesia, Thai serta Brunei.
・Negara-negara yang memerlukan visa;
China, Rusia, negara-negara Komanwel, Georgia serta Filipina
※Sila periksa terlebih dahulu syarat-syarat lain bagi setiap kategori di atas
Pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa

Di kaunter imigresen, warga asing yang datang dari negara yang memerlukan visa perlu menunjukkan pasport yang telah dilekatkan bersama visa tersebut dan kad rekod imigresen. Kad tersebut ada disediakan di balai ketibaan atau diedarkan ketika di dalam pesawat, pastikan anda isikan maklumat-maklumat yang berkenaan.
Pegawai imigresen akan memeriksa gambar yang ada dalam pasport dan rekod kemasukan ke Jepun.Sila ambil perhatian, bahawa permohonan anda akan ditolak jika tempoh sahlaku pasport berbaki kurang dari peraturan yang ditetapkan, Pemeriksaan dilakukan dengan mengambil gambar dan cap jari kedua-dua jari telunjuk dengan menggunakan mesin pengimbas yang ada disediakan di kaunter tersebut. Kemudiannya semakan akan dibuat berdasarkan senarai Jabatan Imigresen.
Prosedur keluar dari Jepun

Sebelum anda keluar dari Jepun, anda akan diperiksa terlebih oleh pegawai imigresen di lapangan terbang atau pelabuhan. Semasa pemeriksaan dibuat, pasport, pas masuk kapal terbang dan kad imigresen perlu diserahkan kepada pegawai jabatan imigresen yang bertugas. Pasport akan dicop setelah pengesahan untuk keluar dari Jepun dibuat.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
ANO-NE Kids Club
Other Sightseeing
Ginza
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Sunflower terminal (Osaka) Terminal 1
Other Sightseeing
USJ, Nanko Port
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
-
Mesin jualan automatik
-
Mencuba pakaian
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Ryokan (rumah inap)












