
Dengan menyewa kereta, semakin banyak tempat pelancongan yang boleh kita lawati. Berikut kami akan memperkenalkan cara-cara menyewa dan memulangkan semula kereta yang disewa. Jika anda mempunyai lesen memandu, jom memandu.
Memilih syarikat kereta sewa

Syarikat sewa kereta ada di kebanyakkan lapangan terbang. Terdapat juga syarikat sewa kereta yang bekerjasama dengan hotel dan menawarkan potongan harga. Sekiranya sudah membuat keputusan untuk menyewa kereta, anda disyorkan untuk membuat tempahan melalui internet. Anda boleh memilih kereta yang ingin disewa samaada kelas mewah, kelas pertengahan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian bajet anda.
Pilih berapa hari untuk menyewa kereta

Pertama sekali, anda perlu membuat keputusan berapa hari anda mahu menyewa kereta. Terdapat syarikat sewa kereta yang menawarkan perkidmatan di mana anda boleh menyewa kereta di cawangan yang lain dan memulangkan kereta di cawangan yang lain. Perkhidmatan ini amat memudahkan pengguna, sebagai contoh, anda bertolak dari hotel penginapan ataupun dari mana-mana tempat pelancongan, kemudian anda boleh memulangkan kereta sewa tersebut di cawangan yang berhampiran dengan lapangan terbang dan boleh terus pulang menaiki kapal terbang.
Lain-lain pilihan yang disediakan

Semasa menyewa kereta, pastikan anda membeli insurannya sekali. Sekiranya berlakunya kemalangan, anda tidak akan terbeban dengan pembayaran dalam jumlah yang besar dengan adanya insuran tersebut,. Disamping itu, pastikan ada tempat duduk khas untuk kanak-kanak sekiranya anda membawa kanak-kanak dan jika anda tidak mahir dengan selok belok sesuatu tempat, alat navigasi kereta pasti dapat membantu.
Pemeriksaan sebelum bertolak

Sebelum bertolak, anda dinasihatkan supaya memeriksa kereta yang anda sewa bersama-sama pekerja dari syarikat sewa kereta, sama ada terdapat kesan calar atau kemek.
Sekiranya ada sebarang kesangsian, bertanyalah dengan syarikat sewa kereta tersebut sebelum bertolak.

Anda juga dinasihatkan supaya bertanya kepada pekerja syarikat sewa kereta tersebut sekiranya anda ada sebarang persoalan tentang cara pemanduan dan peraturan jalan raya. Terutamanya berkenaan penggunaan alat navigasi kereta yang perlu anda tahu sebelum memulakan perjalanan.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa memulangkan kereta

Kebanyakkan syarikat sewa kereta menetapkan peraturan supaya kereta yang disewa itu diisi dengan minyak yang penuh sebelum ia dipulangkan. Anda dinasihatkan supaya bertanya kepada pekerja syarikat sewa kereta tersebut tentang lokasi stesen minyak sebelum beredar. Jangan lupa untuk mengambil resit selepas mengisi minyak. Resit ini mungkin diperlukan semasa memulangkan kereta untuk memeriksa stesen minyak manakah yang telah digunakan.
Pemulangan kereta sewa selepas mengisi minyak
Pulangkan kereta sewa selepas mengisi minyak dengan penuh. Kemudian, periksa semula kereta tersebut bersama-sama pekerja syarikat berkenaan dan sekiranya tiada sebarang masalah, maka selesailah urusan menyewa dan memulangkan kereta.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
NISSAN CROSSING
Adventure Activities
Ginza
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Hato Bus Tokyo city tours
Adventure Activities
Tokyo Station
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?