HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 5 pilihan pameran yang akan diadakan di Tokyo pada bulan Jun dan Julai
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 5 pilihan pameran yang akan diadakan di Tokyo pada bulan Jun dan Julai
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku 5 pilihan pameran yang akan diadakan di Tokyo pada bulan Jun dan Julai
5 pilihan pameran yang akan diadakan di Tokyo pada bulan Jun dan Julai

5 pilihan pameran yang akan diadakan di Tokyo pada bulan Jun dan Julai

Last updated: 28 Jun 2017

Terdapat beberapa galeri dan muzium di kawasan metropolitan Tokyo, di mana pameran yang diadakan penuh dengan keunikan. Mari kita lihat pameran yang telah menjadi satu topik yang anda mungkin mahu melawat jika anda merancang untuk melawat ke Tokyo pada bulan Jun atau Julai.

「黄金のアフガニスタン」

「黄金のアフガニスタン」

<April 12 (Selasa) hingga 19 Jun (Ahad)>
Sejak zaman purba, Afghanistan berkembang pesat di persimpangan tamadun di Asia Tengah dan diwarnai dengan pelbagai budaya tersendiri. Pameran ini bertajuk " Perjuangan Afghanistan dalam Mempertahankan Khazanah Tersembunyi di Jalan Sutera (Silk Road)". Pameran yang menunjukkan beberapa budaya indah yang berkembang dari sekitar 2100 SM hingga abad ke-3 dengan memperkenalkan khazanah tersembunyi yang digali di empat tapak purba di Afghanistan. Pameran ini merupakan pameran jelajah, untuk dipamerkan di 10 buah negara di seluruh dunia termasuk Metropolitan Museum of Art dan Muzium British, dan setakat ini lebih daripada 1.7 juta orang telah melawat ke pameran ini.
Ornament for the neck of a robe
Second_quarter of the 1st century A.D. , Tillya Tepe, Gold, turquoise, garnet, pyrites
National Museum of Afghnistan
©NMA / Thierry Ollivier

  • Hyokeikan,Tokyo National Museum
    東京国立博物館 表慶館
    • Address 13-9 Ueno Park, Taito-ku, Tokyo, 110-8712, Japan

"Rosanjin Kitaoji Revolusi dalam seni masakan Jepun"

"Rosanjin Kitaoji Revolusi dalam seni masakan Jepun"

<12 April (Selasa) hingga 26 Jun (Ahad)>
Rosanjin Kitaoji (1883-1959) mencipta banyak kejayaan dalam pelbagai seni seperti bidang kaligrafi, ukiran, lukisan, dan membuat Lakuer . Rosanjin yang juga tukang masak, membuat barang tembikar berdasarkan perspektif bahawa "mangkuk adalah pakaian kepada masakan" . Beliau mencari tembikar ideal untuk hidangan beliau. Di antara hasil kerja tembikar beliau yang telah disimpan dengan teliti di restorannya, kira-kira 120 karyanya dipamerkan di pameran ini.
Basket-styl Oribe Vase c.1950 Adachi Museum of Art

  • Mitsui Memorial Museum
    Mitsui Memorial Museum
    三井記念美術館
    • Address The seventh floor of the Mitsui Main Building, 2-1-1, Nihonbashimuromachi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0022
    • Nearest Station Mitsukoshimae Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-5777-8600

"Lima Puluh Tiga Hentian Sepanjang Tokaido dan Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji"

"Lima Puluh Tiga Hentian Sepanjang Tokaido dan Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji"

<Penggal pertama 29 April (Jumaat / Cuti Umum) hingga 26 May (Khamis) , Penggal kedua 1 Jun (Rabu) hingga 26 Jun (Ahad)>

Utagawa Hiroshige (1797-1858) adalah salah seorang artis ukiyo-e (lukisan tradisional Jepun) terkemuka ketika zaman Edo. Dalam pameran ini, karya beliau yang menjadi hit terbesar adalah "Lima Puluh Tiga Hentian Sepanjang Tokaido" dan "Tiga Puluh Enam Pemandangan Gunung Fuji" yang dipamerkan bersama-sama. Di samping itu, karya yang lain termasuk "Pemandangan Terkenal di Wilayah Enam-Ganjil" dan "Satu Ratus Pemandangan Edo" juga dipamerkan. Muzium ini mempunyai koleksi kira-kira 14,000 hasil karya dari era Edo sehingga ke era Meiji khusus dalam ukiyo-e (lukisan tradisional Jepun) .
Utagawa Hiroshige “Fifty-three Stations of the Tōkaidō Road: A Sudden Shower at Shōno” (Exhibited in the 2nd Term)

Pameran "Roppongi Crossing 2016"

Pameran "Roppongi Crossing 2016"

< 26 Mac (Sabtu) hingga 10 Julai (Ahad)>
Dianjurkan oleh Muzium Seni Mori setiap 3 tahun sejak 2004, "Roppongi Crossing" adalah pameran yang menggabungkan seni kontemporari Jepun. Pameran yang ke-5 ini, bertajuk "Badan saya, Suara Anda" dan hasil seni yang dihasilkan oleh 20 kumpulan artis yang dipilih oleh 4 kurator dari Jepun, Korea Selatan dan Taiwan akan dipamerkan.
Hasegawa Ai
(Im)possible Baby: The Annunciation 2015
2015
Digital print
150 x 225 cm

  • Mori Art Museum
    • Address 6-10-1, Roppongi Roppongi Hills forest tower 53F, Minato-ku, Tokyo, 106-6153
      View Map
    • Nearest Station Roppongi Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line)
    • Phone Number 03-5777-8600

"Ryan McGinley BODY LOUD!"

"Ryan McGinley BODY LOUD!"

<16 April (Sabtu) hingga 10 Julai (Ahad)>
Ryan McGinley mengadakan pameran solo pada umur yang masih muda iaitu ketika berusia 25 tahun di Muzium Whitney di mana merupakan salah satu muzium yang mewakili seni moden dan kontemporari Amerika Syarikat. Beliau adalah artis termuda dalam sejarah muzium itu yang mengadakan pameran solo dan beliau telah dinilai sebagai salah seorang jurugambar yang terpenting di Amerika Syarikat. Pameran ini merupakan pameran solo yang diadakan di sebuah muzium Jepun buat kali pertama, dan kira-kira 50 jenis karya yang dipilih oleh beliau sendiri dari awal penglibatannya hingga karya terkini akan dipamerkan.
《Taylor (Black & Blue)》
c-print 2012
Courtesy the artist and Tomio Koyama Gallery

  • Tokyo Opera City Art Gallery
    東京オペラシティアートギャラリー
    • Address 3-20-2 Nishi-shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 163-1403, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari