Pada bulan Jun, pelbagai perayaan musim panas yang mempamerkan tradisi lama akan diadakan di setiap Jinja (kuil Shinto) dalam kawasan Tokyo. Semua orang boleh melawatnya, kerana terdapat pelbagai acara yang boleh menghiburkan semua lapisan masyarakat, tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Sannosai (Sannosai Festival)
< 7 Jun (Selasa) - 17 Jun (Jumaat) >
Perayaan Hie Jinja adalah upacara pemujaan Dewa Penjaga Tokyo dari zaman dahulu. Ia adalah perayaan terbesar di Tokyo, yang dikira mewakili Tokyo sebagai 3 perayaan terbesar di Jepun selain Gion Matsuri (Gion Festival) di Kyoto dan Tenjin Matsuri (Tenjin Festival) di Osaka.
Pada 10 Jun, anda dapat merasai pengalaman seolah-olah kembali ke zaman Edo setelah dapat melihat perarakan Mikoshi (kuil berarak) dan kereta berhias yang berarak ke kawasan seperti kediaman istana, Ginza dan Marunouchi. Pada malam 13 - 15 Jun pula, terdapat acara nyanyian lagu dan tarian bagi pesta Noryo yang akan diadakan di Hie Jinja. Acara ini akan terus diadakan walaupun hujan kerana lantai perancah akan dibina dalam khemah. Pada 10, 12, 14 dan 15 Jun pula, "Satokagura" dan "Kagurabayashi" yang merupakan upacara tradisional Jepun bagi penyembahan tuhan akan diadakan.
-
-
Address
2-10-5, Nagatacho, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0014
View Map -
Nearest Station
Akasaka Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3581-2471
-
Address
2-10-5, Nagatacho, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0014
Torikoe Matsuri (Torikoe Festival)
<11 Jun (Sabtu) - 12 Jun (Ahad) >
Torikoe Matsuri merupakan perayaan yang dikatakan telah bermula pada tahun 651 Masihi. Ia merupakan perayaan dimana orang ramai akan mengusung Mikoshi (kuil berarak) yang dikatakan terberat di Tokyo iaitu Sengan Mikoshi bersama-sama dan berarak mengelilingi kawasan pekan Torikoe dengan gagah dan berani. Perayaan ini akan sampai ke kemuncaknya pada waktu malam dengan bara api dinyalakan pada tanglung. Acara ini disebut sebagai "Torikoe no Yomatsuri (Perayaan Malam Torikoe)", dimana orang ramai berkesempatan melihat suasana yang menakjubkan.
-
-
Address
2-4-1, Torigoe, Taitou-ku, Tokyo, 111-0054
View Map -
Nearest Station
Asakusabashi Station (Toei Asakusa Line / JR Sobu Line)
8 minutes on foot
- Phone Number 03-3851-5033
-
Address
2-4-1, Torigoe, Taitou-ku, Tokyo, 111-0054
Tsukiji Shishi Matsuri (Tsukiji Shishi Festival)
<10 Jun (Jumaat) - 12 Jun (Ahad)>
Ia merupakan perayaan yang disambut berterusan dari zaman Edo, dimana ia disambut dengan berarak mengelilingi pekan dengan mengusung Shishigashira, iaitu patung buatan kayu yang menyerupai kepala singa. Ia dianjurkan oleh kuil Namiyoke Inari Jinja. Pada 11 Jun, "Edo-Satokagura", iaitu salah sebuah pertunjukan tradisional Jepun akan diadakan di Shaden (bangunan utama Jinja). Pada 12 Jun, orang ramai akan berarak mengelilingi pekan dengan mengusung "Benzaiten Ohaguro Shishi", iaitu patung singa betina dengan ketinggian lebih kurang 2 meter dan beratnya 700 kg. Terdapat juga kawasan yang hanya membenarkan kaum wanita sahaja untuk mengusung singa ini, oleh kerana ia merupakan kepala singa betina.
-
Namiyokeinari Jinja波除稲荷神社
- Address 6-20-37,Tukiji,Chuo-ku,Tokyo,104-0045,Japan
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Kad bank luar negara
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"
-
Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!
-
Sekiranya ingin melihat bunga-bungaan yang melambangkan musim panas di Tokyo, pastikan anda berkunjung ke Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi) dan Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern)
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak