Tsukiji yang bersebelahan dengan Ginza iaitu bandar yang terkenal dikalangan golongan dewasa merupakan kawasan tarikan para pelancong. Berikut adalah 10 tips pelancongan yang disenaraikan yang mesti dilakukan apabila melawati bandar ini.
Berjalan dan makan di Tsukiji Outer (Jyogai) Market
Anda dinasihatkan untuk pergi ke Tsukiji pada awal pagi.
Ia dibuka pada awal pagi dan tutup juga awal, jadi kawasan itu akan menjadi sepi selepas jam 13:00. Alang-alang anda sudah tiba di Tsukiji, anda patut memilih sushi atau sashimi sebagai sarapan pagi. Warga asing tidak akan menghadapi masalah kerana kebanyakan menu terdapat dalam bahasa asing dan disertai dengan gambar.
Melawati bangunan-bangunan lama
Pada tahun 1872, bandar Ginza telah musnah dalam satu kebakaran yang besar. Mengambil pengajaran daripada perkara yang telah terjadi itu, bandar itu telah dibaikpulih dengan pembinaan bangunan-bangunan daripada batu-bata merah di sekitar jalannya yang dikenali sebagai "Ginza Brick Town" untuk mewujudkan sebuah bandar yang kalis api. Sehingga kini, masih terdapat banyak bangunan yang mempunyai suasana retro tersebut.
Menikmati sushi mewah di Ginza
Anda boleh menikmati pelbagai jenis masakan lazat dari seluruh dunia di Ginza. Tetapi, oleh kerana anda melancong ke Jepun, jadi marilah kita menikmati sushi yang amat lazat. Dari zaman dahulu lagi, "jika bercakap tentang sushi yang mewah, tentulah dari Ginza." yang sinonim dengan kedai sushi yang serba sempurna walaupun harganya agak mahal. Salah satu perniagaan sushi yang telah lama wujud adalah "Ginza Kyubei" yang merupakan sebuah restoran mewah yang turut dikunjungi oleh orang kenamaan warga asing. Hampir separuh daripada pelanggan adalah warga asing dan terdapat juga chef di restoran ini yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Warga asing mempunyai peluang untuk berbual dengan chef sambil menikmati sushi di meja kaunter. Walau bagaimanapun, tempahan tidak boleh dibuat dari luar negara, oleh itu pengunjung perlu meminta bantuan daripada hotel penginapan masing-masing untuk membuat tempahan bagi pihak mereka. ※Gambar sebagai hiasan sahaja.
Bertemu dengan patung malaikat di Ginza
Anda akan menemui patung malaikat di sudut kedai barang barang kemas dan jam tangan "Ginza Tenshodo" di sepanjang jalan di Ginza 4 Chome. Ia dibina sebagai lambang kepada Tenshodo yang berurusan dengan perhiasan pengantin. Pasangan yang terkena panahan oleh malaikat ini dikatakan akan menjadi pasangan bahagia selama-lamanya.
-
Ginza Tensyodo銀座天賞堂
- Address 4-3-9 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061, Japan
Terkejut dengan Bangunan Chugin
"Chungin Capsule Tower" yang terletak di Ginza 8 Chome merupakan sebuah bangunan unik yang dibina pada tahun 1972. Ia merupakan sebuah apartmen berbentuk kapsul yang pertama dikomersilkan di dunia dan telah menarik banyak perhatian pada masa tersebut. Ia telah direka bentuk oleh Kisho Kurokawa yang telah mendapat penganugerahan French Medal of Arts. Struktur binaannya adalah satu kapsul untuk satu bilik. Pembinaan semula bangunan itu dicadangkan disebabkan kerana bangunan sudah tua. Sekarang mungkin merupakan satu-satunya peluang untuk melihatnya. Walau bagaimanapun, pengunjung dilarang dengan keras untuk masuk ke dalam bangunan itu dan hanya boleh menikmati pemandangan dari luar bangunan sahaja.
-
Nakagin Capsule Tower中銀カプセルタワービル
- Address Ginza Nakagin 16 building, 8-4-6 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061, Japan
Mencari cenderamata di kedai alatan seni yang sudah lama ditubuhkan
Sebuah kedai alatan seni dikenali sebagai "Gekkoso" yang mempunyai suasana retro terletak di jalan "Hanatsubaki-dori" di dalam kawasan Ginza 8 Chome. Ia telah dibuka pada tahun1917. Selain dikunjungi oleh ramai pelancong, kedai ini juga mempunyai 90 jenis poskad yang comel yang memaparkan lukisan daripada pelukis moden dan puisi yang boleh didapati di ruangan bawah tanah.Selain itu, para pelanggan boleh menulis mesej dan alamat pada kad yang dibeli dan ia akan dihantar kemudian selepas memasukannya ke dalam "Gekkoso Post" yang terdapat di dalam kedai. Lukisan cat air asli Gekkoso juga boleh dilakukan perkara yang sama. Bagaimana jika anda menyampaikan kenangan di Ginza kepada seseorang yang penting kepada anda suka di negara asal merentasi lautan melalui mesej pada poskad?
-
-
Address
Nagatoshi Building B1~1 floor, 8-7-2, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
View Map -
Nearest Station
Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
7 minutes on foot
- Phone Number 03-3572-5605
-
Address
Nagatoshi Building B1~1 floor, 8-7-2, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
Menonton persembahan Kabuki
"Kabukiza" yang terletak di kawasan Higashi-Ginza telah merupakan tempat persembahan Kabuki diadakan lebih daripada 120 tahun dahulu sejak penubuhannya pada tahun 1889. Silakan menonton seni persembahan tradisional dari Jepun yang unik ini. Sebagai permulaan, anda boleh memilih tempat duduk "ichimakumiseki" yang membolehkan anda untuk menonton satu persembahan sahaja dan mempunyai alat panduan sari kata dalam bahasa Inggeris. Tidak ada keraguan bahawa anda akan kagum dengan persembahan Kabuki walaupun hanya menonton dari luar bilik sahaja. Walaupun tidak terdapat tiket teater di kawasan membeli belah di bawah tanah, pengunjung boleh mendapatkan cenderamata yang berkaitan dengan kabuki di sini.
-
-
Address
4-12-15, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
View Map -
Nearest Station
Higashi-Ginza Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Asakusa Line)
- Phone Number 03-3545-6800
-
Address
4-12-15, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
Merasai suasana kelab malam yang mewah
"Namiki-dori" yang terdapat di jalan Ginza merupakan bandar neon yang dipenuhi dengan bar dan kelab malam. Anda mungkin mempunyai peluang untuk terserempak dengan pelayan pelanggan dan pemilik bar yang cantik berjalan-jalan si sekitar kawasan ini pada malam hari bekerja. Tidak mengapa jika anda tidak masuk ke bar-bar tersebut, namun begitu amat digalakkan supaya anda berjalan di sepanjang Namiki-dori pada waktu malam dan rasakan suasana dunia yang berbeza.
Melawat galeri di Ginza
Ginza adalah tempat yang paling bersesuaian untuk melihat lukisan kerana terdapat banyak galeri di sini. Bagi mereka yang ingin membeli dan membawa pulang lukisan sebagai memori dari Jepun, "Galeri Shibata Etsuko" yang terletak di Ginza 1 Chome merupakan tempat yang paling sesuai. Banyak lukisan dipamerkan di sini seperti lukisan tradisional Jepun, lukisan tumbuh-tumbuhan dan lukisan kontemporari. Pemilik galeri, Etsuko Shibata juga amat mesra semasa mengalu-alukan kedatangan pelawat ke galerinya walaupun baru pertama kali bertemu.
-
Shibata Etsuko Gallery柴田悦子画廊
- Address 2nd floor of Daisan Taiyo Building, 1-5-1 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061, Japan
Makan buah-buahan di Ginza Senbikiya
Apabila anda terasa ingin berehat sebentar, mari ke "Ginza Senbikiya-Ginza Fruit Parlor" untuk menikmati buah-buahan yang berkualiti tinggi. Ginza Senbikiya telah beroperasi untuk jangka masa yang panjang dan buah-buahan mereka telah digunakan sebagai hadiah mewah di Jepun sejak lebih 121 tahun dahulu.
-
Ginza Senbikiya Ginza Honten Fruits parlor銀座千疋屋 銀座本店 フルーツパーラー
- Address 5-1-1 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061, Japan
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Kad bank luar negara
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mesin jualan automatik
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Shibuya, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Keretapi Shibuya
-
10 cara untuk lebih arif tentang Shinjuku
-
Jom terokai Ikebukuro buat kali pertama!
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
10 cara untuk menjadi arif tentang Roppongi
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik