"Kobore Ikura-don" adalah suatu sajian yang dinamik. Sajian yang mempunyai bentuk yang menarik ini juga pernah menghiasi muka depan majalah-majalah.
Kelazatan dari Hokkaido yang juga dipersetujui oleh para gourmet!
Kedai pertama adalah "Nouka to Ryoshi no Daidokoro Hokkaido Shiretoko Gyojo" yang terletak di Ikebukuro Higashi-guchi (pintu timur Stesen Ikebukuro). Kedai yang bertemakan Hokkaido ini menyediakan pelbagai sumber laut yang dihantar dari Shiretoko. Salah satu menu yang menarik ialah "Naresore!! Nammara Kobore Ikura-don", menu yang mengandungi butiran besar ikura (telur ikan salmon) yang sangat segar.
Para penggemar gourmet pasti teruja apabila rasa asli sajian tempatan dapat dinikmati dengan harga yang berpatutan. Malah yang lebih mengejutkan adalah, tiram yang dihantar terus daripada nelayan dari bandar Akkeshi, Hokkaido ini pula berharga 100 JPY sebiji pada sepanjang tahun! Kedai ini telah merealisasikan harga yang berpatutan setanding dengan harga di tempat asalnya iaitu Hokkaido.
-
Noukatoryoushino Daidokoro Hokkaido Shiretokogyojou農家と漁師の台所 北海道知床漁場
- Address B1 Izumiya Build, 1-13-21, Minamiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0022
Pelbagai bahan pilihan istimewa ketua tukang masak
Kedai kedua, "Totoshigure Shibuya", pula terletak di susuran Meiji-doori. Menu utamanya, "Otsubu Ikura no Kobore-meshi", mengandungi "ikura" yang begitu banyak sehingga melebihi kuantiti nasi. "Ikura" yang digunakan dipilih dengan teliti oleh ketua tukang masak makanan Jepun ini, dan mementingkan bukan sahaja kuantiti tetapi kualiti bahan makanannya. Bahan makanan ini diperolehi dengan cara beliau yang tersendiri dan membolehkannya dijual pada harga yang berpatutan. Pengunjung dapat menikmati hidangan ini pada waktu tengah hari dan juga waktu malam.
Menu "Totoshigure no Toro Takuan Zeppin Uni Nose" yang mengandungi toro (keratan lemak tuna), lobak, dan uni juga disyorkan. Cubalah bersama dengan "Otsubu Ikura no Kobore-meshi".
-
Totoshigure Shibuyatenととしぐれ 渋谷店
- Address Five cardinal virtues building B1,3-13-7, Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo,150-0002
Meriah dengan pertunjukan yang menarik!
Kedai ketiga adalah kedai "Iroriya Higashi-ginza" terletak di Higashi-ginza. Menu "Senjo Meshi" di "Iroriya" ini pernah menjadi popular pada suatu ketika apabila berpeluang menghiasi muka hadapan sebuah majalah di Jepun. "Kobore Ikura-don" ini merupakan sajian yang terkenal di kalangan peminatnya.
Cara kedai ini menghidangkan sajiannya adalah dengan meletakkan "ikura" yang dihantar terus oleh nelayan di Shiretoko, Hokkaido ke atas nasi sambil bersorak, "yoisho~!yoisho~!", hinggalah ianya melimpah keluar. Pertunjukan yang mementingkan interaksi antara pekerja dan pelanggan ini sudah semestinya akan memeriahkan lagi suasana di majlis makan! Senyuman pelanggan pastinya akan menceriakan suasana majlis.
-
Iroriya Higashiginzatenいろり家 東銀座店
- Address Ginza third hall 2 B1,3-11-11, Ginza, Chuo-ku, Tokyo,104-0061
Penuh dengan ruangan selesa!
Kedai keempat, "En Funabori" ini terletak dalam jarak 1 minit berjalan kaki dari stesen kereta api Toei Shinjuku, Funabori-eki. "Kobore Ikura-don" di kedai ini menggunakan "ikura" dari Hakodate yang dipilih sendiri oleh pemilik kedai. Pemilik kedai ini akan memasukkan sendiri "ikura" ke atas nasi sehingga melimpah di depan pelanggan.
Kedai ini sanggup menerima risiko kerugian demi pelanggan supaya pelanggan dapat menikmati kesedapan makanan Hokkaido. Ruangan dalaman kedai yang kelihatan retro ini juga membuatkan pelanggan selesa walaupun berseorangan. Menjamu selera di dalam suasana yang tenang sebegini semestinya akan menjamin kelegaan perut dan hati.
-
En Funaboriten炎 船堀店
- Address Crystal Funabori 1F,1-7-17, Funabori, Edogawa-ku, Tokyo,134-0091
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Naritasan Shinshoji Temple
Temples
Narita
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
Koshitsudeajiwaunihonshu-to SengyoFukuyoshi Shinjukunishiguchi
Sashimi
Shinjuku
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Apakah itu Tokyo Ika Center yang menawarkan sotong segar yang terbaik
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo