Kepentingan "sarapan pagi" hanyalah disedari sejak akhir-akhir ini. Sudah pasti kita akan bersemangat sepanjang hari jika kita memulakan pagi hari dengan memakan makanan yang enak. Kali ini, saya akan memperkenalkan kedai makan yang menawarkan sarapan pagi dari seluruh dunia di Tokyo. Marilah kita bertenaga dari pagi lagi!
Rasa klasik NY (New York) di Tokyo! "eggcellent"
"eggcellent" terletak di Roppongi Hills. Kita boleh menikmati masakan enak berasaskan telur organik segar yang di hantar terus dari ladang ke kedai setiap pagi. Hati akan teruja dengan suasana kedai makan yang bergaya dan comel di samping motif telur yang terdapat pada barang-barang di dalam kedai
Sarapan pagi klasik dari New York iaitu "egg benedict" merupakan makanan yang menggunakan kesedapan dan kesegaran telur ke tahap maksima. Saya mengesyorkan egg benedict "half & half." Anda boleh menikmati 2 jenis rasa iaitu egg benedict klasik yang menggunakan muffin Inggeris dan juga egg benedict yang menggunakan quinoa. Egg benedict yang menggunakan quinoa juga bagus untuk kesihatan dan mengandungi khasiat yang banyak! Muffin Inggeris yang dihasilkan sendiri juga lembut dan enak. Egg benedict di restoran ini kaya dengan rasa telur ditambah dengan gabungan daging bakon dan roti, menjadikannya amat harmoni.
Marilah merasai suasana New York di kedai makan yang lapang dan cantik ini!
-
eggcellenteggcellent
- Address 1F Hollywood plaza, 6 Chome-11-1 Roppongi, Minato, Tokyo 106-6108
Suasana Hawaii di "ISLAND VINTAGE COFFEE"
Kafe "ISLAND VINTAGE COFFEE" daripada Hawaii juga merupakan salah satu kedai makan yang menjadi perhatian. Sandwic dan salad bersaiz besar yang terdapat seperti di Hawaii juga boleh dinikmati di Jepun. Ia juga sesuai dinikmati bersama Kopi Kona dari Hawaii yang amat lazat!
"Acai Bowl" yang menggunakan madu organik dan granola (campuran bijirin) organik yang diterbangkan dari Hawai merupakan menu yang terkenal di kedai ini. Sekiranya anda bersendirian, separuh saiz hidangan sudah memadai. Acai dalam bentuk sherbet yang telah disejukkan, ditambahkan granola, pisang, beri biru dan strawberi. Tekstur granola yang rangup juga menyeronokkan! Granola organik akan menghasilkan rasa yang lebih enak jika semakin dikunyah. Semasa pulang, sudah pasti anda akan merasakan seperti "saya mahu makan lagi!"
Sekiranya datang ke kedai Aoyama, makanan yang paling saya inginkan ialah "Island Waffle." Ia amat kaya dengan buah-buahan segar dan rasa acai yang menyegarkan. Bahagian luar yang rangup tetapi lembut di bahagian dalam, sekali makan pasti ingin lagi.
Menikmati Aloha mood (perasaan seperti berada di Hawaii), menyebabkan perasaan juga menjadi seronok!
-
ISLAND VINTAGE COFFEE AoyamaISLAND VINTAGE COFFEE 青山店
- Address 1F Aoyama Oval Bild, 5-52-2, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
Pilihan sarapan pagi daripada 18 buah negara di "hanami"
"hanami" terletak di jalan belakang Omotesando. Di kedai ini, kita boleh merasai sarapan pagi daripada 18 buah negara. Kedai yang berimej seperti di bahagian dalaman hotel mewah ini mempunyai suasana terbuka dan segar. Sarapan pagi yang tidak terbayang oleh kita hanya dengan melalui nama negara seperti Portugal, Morocco, dan Norway, tersusun kemas dan menarik perhatian.
Sekiranya ragu-ragu tidak tahu apa yang harus dipilih, saya mengesyorkan "Manhattan." Bagel, telur hancur, daging bakon, salmon salai dengan krim keju dan salad adalah sarapan pagi yang asas. Kedai ini menggunakan bagel NY (New York) yang jarang didapati di Jepun. Salmon salai dan krim keju juga amat bersesuaian digandingkan dengan telur hancur.
Sekiranya mahu makan sesuatu yang berat dari pagi, silalah cuba sarapan pagi Argentina. 300g daging stik di pagi hari, kuantiti dan impaknya pasti amat hebat!
Untuk mereka yang inginkan kelainan, bagaimana pula dengan sarapan pagi dari Portugal? Egg benedict ala Portugal adalah telur dan sotong kurita yang diletakkan di atas muffin yang rangup permukaannya. Sotong kurita rebus dan mentah adalah 2 rasa berlainan yang pastinya menyeronokkan! Anda pasti teruja dengan kepelbagaian menu dan rasa yang dihidangkan di kedai makan ini. Anda pasti akan berasa seperti bersarapan pagi di negara yang amat ingin dilawati!
-
Hanamihanami
- Address 5-3-8, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
Sarapan pagi dari seluruh dunia amatlah memuaskan dari segi rasa dan kuantitinya! Sudah pasti kita akan bersemangat dengan hiasan kedai yang cantik juga. Cubalah untuk menikmati sarapan pagi yang terbaik!
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Mencuba pakaian
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo