"Washoku"(makanan Jepun) telah diiktiraf sebagai salah satu warisan sejarah pada tahun 2013. Mari kita menyingkap tirai zaman dahulu dengan menikmati "Wa no Gohan" (makanan Jepun) di kedai-kedai lama yang masih disayangi ramai sehingga kini.
"Komakata Dozeu" yang masih lagi disayangi melebihi 200 tahun
Dari Stesen Asakusa, berjalan menuju ke Stesen Kuramae melalui Edo-dori sambil menyusuri Sungai Sumida. Selepas kira-kira 5 minit perjalanan, di sebelah kanan anda akan kelihatan sebuah kedai yang penuh dengan ciri-ciri zaman Edo, "Komakata Dozue". Di sini, anda berpeluang menikmati "dozue nabe" yang dipenuhi daun bawang.
"Dojo" (sejenis ikan) yang disediakan ini kaya dengan kalsium, zat besi, dan kolagen menjadikan ianya satu rasa "rakyat biasa Edo" yang menyihatkan. Ianya boleh dikatakan antara makanan Jepun yang semakin mendapat tumpuan di seluruh dunia.
Di tingkat aras tanah, anda boleh merasai suasana kedai yang dikekalkan seperti ketika kedai ini mula beroperasi menerusi "Irekomi Zashiki" (bilik tatami). Kana ita"(papan besi) yang diletak sebaris di atas "tatami"(tikar yang diperbuat dari jerami) ini berfungsi sebagai meja untuk meletakkan "nabe"(pot). Selain dari itu, anda boleh menikmati suasana Zaman Edo dengan menikmati pemandangan "naka niwa" (taman).
-
Komagata Dozeu駒形どぜう
- Address 1-7-12, Komagata, Taito-ku, Tokyo, 111-0043
"Sakura nabe Nakae", restoran tradisional Jepun yang melakar nama di dalam sejarah
"Sakura nabe Nakae" ialah kedai yang dibuka pada tahun 1905 di "Yoshiwara Oomon"(pintu besar Yoshiwara). Sakura nabe ialah masakan nabe yang menggunakan daging kuda. Masakan ini dikatakan mula diperkenalkan pada Zaman Meiji. Pada masa itu, untuk mendapatkan duit yang mencukupi untuk berfoya-foya, pelanggan Yoshiwara telah membeli daging kuda di kedai yang berhampiran dan menggunakan daging tersebut untuk dijadikan hidangan. Ianya merupakan satu episod yang bertepatan dengan sikap rakyat Edo yang pada masa itu akan menghabiskan duit yang telah dikumpul pada hari yang sama.
Walaupun suasana asal kedai sudah tiada, bangunan yang mempunyai ciri-ciri pembinaan zaman Taisho ini telah diiktiraf sebagai salah satu warisan sejarah negara, dan di bahagian dalam restoran anda akan dapat melihat pelbagai jenis perhiasan bersejarah termasuk artikel dari penulisan seorang novelis Jepun iaitu "Mushanokoji Saneatsu".
Daging kuda bukan sahaja rendah kalori dan kurang lemak, malah kaya dengan kolagen yang boleh memberi kelembapan kepada kulit. Kemungkinan disebabkan inilah "Ookami" (mistress) di sini telah mendapat reputasi "kulit cantik dan tidak nampak tua"! Sila nikmati makanan yang menyimpan rahsia kulit cantik berseri ini.
-
Sakuranabe Nakae桜なべ 中江
- Address 1-9-2, Nihonzutsumi, Taito-ku, Tokyo, 111-0021
"Kanda Yabusoba" yang disayangi oleh rakyat Edo
"Soba" adalah makan yang tidak asing lagi apabila diperkatakan tentang makanan yang digemari oleh rakyat Edo. Restoran "Kanda Yabusoba" ini terkenal sebagai restoran yang sering dikunjungi oleh penulis gourmet terkenal iaitu Ikenami Shotaro. "Yabusoba" ini terkenal dengan kuahnya yang sedikit pedas dan mampu untuk membuka selera anda sehinggakan soba ini diberi nama "Edo Sandai Soba"(tiga soba ternama Edo) kerana soba yang dihasilkan cukup berkualiti sebaris dengan "sarashina soba" dan "sunaba soba". Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, anda bolehlah mencabar diri anda dengan menu yang pelbagai seperti "kamo nuki" iaitu soba daging itik tanpa mee soba.
Seterusnya ialah restoran yang terletak di Kanda yang masih lagi dikunjungi ramai sejak dahulu lagi walaupun telah mengalami pengubahsuaian. Di dalam kedai ini akan bergema suara Ookami yang menyebut "korezo, Yabusoba!" yang akan membuatkan pelanggan berasa gembira. Kedai yang mempunyai ramai pelanggan tetap ini masih disayangi ramai sejak sekian lama kerana keenakan masakan dan layanan istimewanya yang tidak pernah berubah
-
Kanda Yabusobaかんだやぶそば
- Address 2-10, Kandaawajicho, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0063
"Asakusa Mugitoro", rasa enak yang pasti menambat hati
"Asakusa Mugitoro" ialah restoran yang terletak berdekatan Sungai Sumida dan Komagata-do di Asakusa yang masih mengekalkan penyediaan masakan mugitoro sejak awal penubuhannya pada tahun 1929. "Mugitoro" ialah masakan nasi oat panas yang disiram dengan keladi yang direbus sehinga menjadi stok sos rahsia. Keladi yang digunakan ialah 100% hasil keluaran Jepun. Menu ini terkenal di kalangan golongan wanita kerana kandungan seratnya yang tinggi dan mampu memberikan rasa kenyang.
Selain dari ciri-ciri keadaan setempat yang dikunjungi ramai pelancong, restoran ini juga mempunyai kedai buah tangannya yang tersendiri. "Tororinto" yang dihasilkan daripada gula merah keluaran Okinawa dan juga keladi Jepun ini memberikan tekstur makanan yang gebu dan rasanya yang tidak terlalu kuat, pasti membuatkan anda mengunyah tanpa henti.
-
Asakusa Mugitoro浅草むぎとろ
- Address 2-2-4, Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo, 111-0034
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Menu
Ganso Kamameshi Haru
Japanese cuisine
Asakusa
-
NIIGATASADONOSYUNTOJIZAKENODOGURONOAKUBIOKACHIMACHI
Japanese cuisine
Ueno
-
Dynamic Kitchen & Bar Hibiki
Japanese cuisine
Shinjuku
-
NIHONRYOURIJAPANIHZUKYUIJIHNUSAKURAGAOKA
Japanese cuisine
Shibuya
-
Nichigekka Ginza
Japanese cuisine
Ginza
-
MATOIGINZA
Japanese cuisine
Ginza
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
4 Restoran Dengan Lokasi Terbaik Untuk Menikmati Pemandangan
-
Seakan-akan Dunia Yang Berbeza. Restoran Terkenal Dengan Bilik Ala-Jepun & Taman Jepun Yang Indah
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Seni masakan mewah di Tokyo