Di Jepun terdapat banyak kafe yang membolehkan kita memegang dan mendekati pelbagai jenis binatang seperti kucing dan arnab. Dicadangkan untuk ke sini kerana rasa lebih bebas daripada pergi ke zoo dan boleh menyentuh mereka.
Berinteraksi bersama dengan burung-burung yang jinak!
Di kawasan tumpuan pelancongan yang terkenal iaitu Asakusa, terdapat kafe yang membolehkan kita berinteraksi bersama lebih daripada 100 ekor burung seperti burung hantu, burung kakak tua dan helang. Oleh kerana ia dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak daripada anak burung lagi, semua burung ini sangat jinak dan menunjukkan gaya yang comel.
-
Torinoiru Café鳥のいるカフェ浅草店
- Address 1-12-8, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032, Japan
Bermain dengan arnab yang gebu
Di dalam kedai ini terdapat lebih kurang 20 ekor arnab yang boleh diusap, diberi makanan dan bermain dengan sepuas hati. Walaupun setiap arnab mempunyai personaliti yang berbeza tetapi pasti anda akan berjumpa dengan arnab yang bersesuaian dengan anda. Ada kemungkinan juga arnab yang suka makan yang akan naik ke lutut anda.
-
Ra.a.g.fRa.a.g.f
- Address 6-14-15, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001, Japan
Kambing yang terkenal di kejiranan
Kafe bergaya yang terkenal ini mempunyai 2 ekor kambing di kawasan teres bangunan. Terdapat juga menu minuman dan makanan di sini, kawasan di dalam kedai yang luas ini sentiasa meriah. Anda boleh bersantai di kerusi kafe yang menghadap kandang kambing sambil memerhatikan gerak geri kambing.
-
Sakuragaoka Café桜丘カフェ
- Address 23-3, Sakuragaokacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0031, Japan
Kafe kucing dengan suasana yang anggun
Di dalam kedai yang membolehkan melihat keseluruhan bandar Shibuya, terdapat lebih kurang 30 ekor kucing mesra akan menyambut anda dengan penuh semangat. Bukan setakat rekaan dalaman yang bergaya, tetapi kawasan untuk kucing bebas bermain juga dihiasi dengan baik.
-
MoCHAMoCHA 猫カフェMoCHA
- Address 32-12, Udagawacho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042, Japan
Ikan emas berwarna-warni berenang
Kafe yang bermula daripada kedai pemborong ikan emas kira-kira 350 tahun dahulu. Sambil melihat ikan emas berenang-renang dengan anggunnya, anda boleh menikmati teh dan hidangan makanan. Sudah semestinya anda boleh mendapatkan barangan bermotifkan ikan emas, juga anda boleh mebeli ikan emas di dalam akuarium yang terletak di luar kafe. Jangan terkejut, anda juga boleh memancing ikan emas di sini.
-
-
Address
5-3-15, Hongo, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0033
View Map -
Nearest Station
Hongo-Sanchome Station (Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Oedo Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3815-7088
-
Address
5-3-15, Hongo, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0033
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Mesin jualan automatik
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Kad bank luar negara
-
Tempat yang 'hidup' di Ikebukuro walaupun selepas jam 9 malam
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Bergaya dan pelbagai fungsi! 4 kafe pilihan di Shibuya
-
Penuh dengan raksasa? Makan parfait (sejenis pencuci mulut) di dalam kafe KAWAII yang telah menjadi bahan bualan