Tokyo atau juga dikenali sebagai "Edo", menjadi tempat perkembangan bagi bidang akademik, lukisan, hiburan dan pelbagai bidang kebudayaan lain. Di sini, kami akan memperkenalkan tradisi dan sejarah yang dapat dirasai di muzium percuma yang terletak di bandar.
Muzium Sumida Edo Kiriko
Terdapat "Muzium Sumida Edo Kiriko" di jalan Kuramaebashi menghala ke TOKYO SKYTREE(R) yang terletak 5 minit perjalanan kaki dari Stesen JR Yurakucho. Edo Kiriko merupakan kraftangan tradisional yang dikatakan bermula dari hasil kerja tangan diaplikasikan pada produk kaca yang dibawa masuk dari luar negara pada zaman Edo. Mangkuk dibuat dengan melekatkan kaca bewarna biru indigo dan merah pekat pada kaca lut sinar dan pemotongan kaca diperincikan dengan corak yang halus. Corak geometri dengan lakaran garisan lurus dan lengkung yang menggambarkan perwatakan dan keindahan alam semula jadi pada zaman Edo yang terdapat pada perhiasan lampu, kaca berwarna dan sebagainya selain pinggan mangkuk masih kekal diminati hingga kini. Selain penjualan Edo Kiriko, di sini turut dijalankan pameran sejarah kiriko dan hasil kerja Kiriko Meister. Selain itu, anda juga boleh memilih gelas dan menyelami pengalaman membuat Kiriko. Marilah menghasilkan satu-satunya Kiriko asli di dunia ini dengan sentuhan teknik tradisional.
-
-
Address
2-10-9, Taihei, Sumida-ku, Tokyo, 130-0012
View Map -
Nearest Station
Kinshicho Station (JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / Tokyo Metro Hanzomon Line / JR Sobu Line)
6 minutes on foot
- Phone Number 03-3623-4148
-
Address
2-10-9, Taihei, Sumida-ku, Tokyo, 130-0012
Pusat Maklumat Alkohol Jepun
Bersama-sama dengan ledakan populariti makanan Jepun di luar negara, antara yang meningkat kepopularitiannya ialah sake (alkohol) Jepun. Sake yang dibuat dengan acuan enzim, air dan beras dari hasil bumi bertuah Jepun ini mempunyai kira-kira lebih 10,000 jenama dari Hokkaido hingga Okinawa. Jika anda berminat dengan sake, anda disyorkan pergi ke "Pusat Maklumat Sake Jepun" yang dijalankan oleh Japan Sake Central Union. Tempat ini dibarisi sake dari seluruh Jepun dan merupakan tempat transmisi maklumat di mana anda berpeluang belajar mengenai budaya dan sejarah sake melalui komputer dan imej bergambar. Di samping itu, anda juga berpeluang menemui sake luar biasa seperti sake tradisional kebanggaan Kuramoto (pembuat sake), sparkling dan kijyusyu. Selain itu terdapat sake dan shochu asli, awamori, aksesori seperti kaca dan sebagainya di sudut jualan yang sesuai dijadikan sebagai cenderamata. Dan, apa yang popular di kalangan pelancong ialah sudut untuk merasa 5 jenis jenama dari pelbagai jenis sake Jepun dengan bayaran. Apa kata anda mencari rasa sake Jepun kesukaan anda dengan merasa dengan lidah?
-
-
Address
Japanese brewing Toranomon building 1F, 1-6-15, Nishishinbashi, Minato-ku, Tokyo, 105-0003
View Map -
Nearest Station
Toranomon Station (Tokyo Metro Ginza Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3519-2091
-
Address
Japanese brewing Toranomon building 1F, 1-6-15, Nishishinbashi, Minato-ku, Tokyo, 105-0003
Pusat Kraf Tradisional Taito Ward Edo Shitamachi
Edo yang terkenal dan makmur sebagai kawasan pusat perniagaan dan tamadun merupakan tanah yang dibuka oleh penduduk bandar. Di dalam kawasan sekitar kawasan Taito di Asakusa, terdapat banyak tinggalan tokong dan kuil Buddha dari zaman Edo, ramai lagi para pekerja yang mengawal dan menyampaikan teknik-teknik tradisi masih bergiat aktif pada masa kini. Di "muzium industri seni tradisional Edoshitamachi" yang berdekatan dengan Sensoji, barangan industri seni tradisional diperkenalkan secara meluas dan pertunjukan untuk membiasakan orang ramai atau kelas buatan tangan sendiri turut diadakan. Sudare Edo (sejenis panel buluh), laci buatan kayu kiri (jenis empress), sendi kayu Edo dan sebagainya, terdapat sekitar 45 jenis dengan 350 buah hasil kerja sentiasa dipamerkan. Tambahan lagi, pertunjukan menghasilkan barang dijalankan pada hujung minggu oleh para artisan, anda boleh melihat dengan mata kepala sendiri teknik dan cara tradisional. Terdapat juga sudut barangan cenderamata di dalam bangunan, sangat sesuai untuk anda memilih cenderamata dari Jepun.
-
Edo Taito Traditional Crafts Center江戸たいとう伝統工芸館
-
Address
2-22-13 Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032
-
Nearest Station
Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-3842-1990
-
Address
2-22-13 Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032
Memorial Bir Yebisu
"Yebisu Beer Memorial Hall" yang terletak di Ebisu, Shibuya adalah muzium di mana anda boleh mengetahui asal usul bir Yebisu yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun di Jepun dan cara-cara menikmatinya. Anda boleh membuat lawatan dengan bebas secara percuma, tetapi disyorkan mengambil lawatan berbayar selama 40 minit. Ia adalah lawatan penuh sambutan yang merangkumi ceramah mengenai sejarah dari lahirnya bir Yebisu sehingga sekarang berserta coretan-coretannya dan merasa minum 2 jenis Yebisu pada akhir sesi. Di tempat salun merasa, dengan santainya anda boleh cuba merasa pelbagai jenis bir Yebisu dan makanan ringan yang sesuai dengan bir dan snek. Tambahan lagi, di kedai muzium terdapat banyak produk original yang hanya boleh didapati di sini. Jika anda tidak pasti untuk memilih cenderamata Jepun, cubalah dapatkannya di Yebisu Beer Memorial Hall.
-
-
Address
Yebisu Garden Place, 4-20-1, Ebisu, Shibuya-ku, Tokyo, 150-8522
View Map -
Nearest Station
Ebisu Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
5 minutes on foot
- Phone Number 03-5423-7255
-
Address
Yebisu Garden Place, 4-20-1, Ebisu, Shibuya-ku, Tokyo, 150-8522
Muzium Sumo
Terdapat "Kokugikan" tempat suci untuk sumo dengan perjalanan kaki 1 minit dari stesen JR Ryogoku dan di tingkat bawah terdapat muzium sumo dengan bayaran masuk percuma. Di dalam bangunan ini, dipamerkan koleksi berharga yang mempunyai nilai seni yang tinggi seperti "nishikie" (ukiran berwarna blok kayu) dan "sumobanzuke" (senarai kedudukan ahli sumo) yang dilukis pada zaman Edo, "apron hiasan" generasi berturut-turut yokozuna dan sebagainya. Kokugikan yang turut menjadi tempat pelancongan bangunan bersejarah, bukan sahaja sumo tetapi turut mengadakan acara sukan dan siaran konsert secara langsung. Pada waktu tidak dapat menyaksikan acara sumo juga, elok juga anda cuba dapat pengalaman di muzium atau sukan nasional Jepun dengan menyertai acara yang dijalankan. Di sekitar kawasan stesen Ryogoku, terdapat banyak deretan masakan "chanko" yang diniagakan oleh bekas rikishi (ahli sumo). Menikmati rasa stimbot chanko yang dipenuhi hasil makanan laut dan bukit merupakan salah satu keseronokan melancong di Ryogoku.
-
-
Address
1-3-28, Yokoami, Sumida-ku, Tokyo, 130-0015
View Map -
Nearest Station
Ryogoku Station (Toei Oedo Line / JR Sobu Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3622-0366
-
Address
1-3-28, Yokoami, Sumida-ku, Tokyo, 130-0015
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Shinjuku Gyoen National Garden
Gardens
Shinjuku
-
Ameyoko Shopping Street
Old Towns (Shitamachi)
Ueno
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Kad bank luar negara
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mencuba pakaian
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
5 Lokasi Wajib Dilawati Di Tokyo Midtown
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Adakah anda ingin menjadi samurai?