HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Jiyugaoka 4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) 4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.
4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.

4 tempat pilihan di Tokyo yang membolehkan anda mengembalikan kesegaran badan dan minda dengan JPY 0.

Last updated: 6 November 2020

Anda berpeluang melancong tanpa perlu mengeluarkan wang, segalanya bergantung kepada idea anda. Memperkenalkan tempat lawatan percuma seperti Gakugei-daigaku, Ikejiri-ohashi, Roppongi dan Shibaura yang anda boleh singgah pada bila-bila masa.

[Roppongi] Jelajahi Public Art!

[Roppongi] Jelajahi Public Art!

Roppongi Hills yang dibarisi beberapa Public Art yang terletak di dalam kawasan premis di situ telah menjadi tumpuan sejak ia mula dibuka pada tahun 2003. Public Art yang terdapat di pintu masuk utama ialah labah-labah gangsa yang amat besar. Ketinggiannya melebihi 10 meter. Ia merupakan hasil rekaan Louise Bourgeois yang dikenali sebagai "Maman".

Ini ialah "Counter Void" hasil rekaan Tatsuo Miyajima (2003). Terdapat hampir 20 buah rekaan pereka terkenal dari dalam dan luar negara termasuk bangku dan lain-lain. Dengan hanya melihat dari luar, anda sudah dapat menikmati lawatan Art & Design yang cukup mengagumkan.

"Kin no Kokoro" (2013) hasil rekaan Jean = Michel Othoniel merupakan rekaan sempena memperingati ulangtahun ke 10 Roppongi Hills dan Mori Art Museum. Pasti menyeronokkan jika kita menganjurkan pertandingan selfie berlatarbelakangkan Public Art ini! "Public Art Guide Map" Roppongi Hills boleh dimuat turun dari laman web rasmi, boleh jadikan ia rujukan anda.

[Ikejiri-ohashi] Taman atas bumbung yang diselubungi suasana bermusim

[Ikejiri-ohashi] Taman atas bumbung yang diselubungi suasana bermusim

"Meguro Tenku Teien" (Meguro Sky Garden) merupakan taman atas bumbung yang telah dibina di atas persimpangan lebuhraya ibu kota yang mempunyai laluan bulatan pejalan kaki yang selesa untuk menghayati keindahan tanaman empat musim. Taman ini telah memenangi anugerah Good Design serta anugerah Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan dalam pertandingan taman peringkat bandar dan lain-lain pada tahun pembukaannya iaitu 2013. Ia banyak menjadi perhatian sebagai pendekatan baru untuk penghijauan atap berskala besar.

Taman yang luas dengan anggaran keluasan sebanyak 7,000 meter persegi ini mempunyai tema untuk setiap kawasannya, anda pasti tidak akan jemu menatap kehijauan alam ketika bersiar-siar. Anda juga berpeluang melihat pemandangan Gunung Fuji dari dek pemerhatian di kawasan lapang pintu keluar arah timur. Manakala pada bulan November dan ke atas anda berpeluang menikmati momiji (daun merah).

[Gakugei-daigaku] Detox hati dan minda di Zazen

[Gakugei-daigaku] Detox hati dan minda di Zazen

"Pengalaman Zazen" disyorkan kepada sesiapa yang mahu menenangkan diri dari kekusutan fikiran. Anda boleh mencuba pengalaman Zazen di kuil Enyuuji yang terletak di Himonya, Meguro pada hari minggu selepas pukul 7:00 malam. Bagi orang yang pertama kali, sebagai permulaan anda disarankan menyertai kaunseling Zen di "perhimpunan duduk sejenak" yang diadakan pada hari Rabu setiap bulan (permohonan diperlukan). Bagi anda yang ingin meluangkan lebih masa, anda bebas menyertai "Zen malam Jumaat" dan cubalah berhadapan dengan diri sendiri.

Peserta terdiri daripada lapisan umur 20 hingga 80 tahun dengan nisbah bilangan yang sama di antara lelaki dan perempuan. Terdapat majlis minum teh disediakan untuk para peserta selepas selesai Zazen. Apa kata anda cuba menikmati "masa tidak berbuat apa-apa" dalam suasana yang penuh majestik di Shakado (kuil tempat sembahan patung Buddha) yang telah didaftarkan sebagai warisan kebudayaan penting.

  • Tendaisyuu Keiouzan Monjuin Enyuuji
    天台宗 経王山 文殊院 圓融寺
    • Address 1-22-22, Himonya, Meguro-ku, Tokyo, 152-0003

[Shibaura] Mari berjalan-jalan di Rainbow Bridge

[Shibaura] Mari berjalan-jalan di Rainbow Bridge

Di bawah jambatan Rainbow terdapat laluan pejalan kaki yang dikenali sebagai "Rainbow Promenade" yang membolehkan anda merentasi jambatan melalui laluan tersebut. Jambatan sepanjang 1.7 kilometer itu hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan kaki untuk merentasinya, dapatlah ia menjadi senaman yang secukupnya. Oleh kerana terdapat laluan utara yang menghadap ke Harumi-futou serta bangunan pusat bandar dan laluan selatan yang menghadap ke pusat bandar pantai, anda boleh cuba melalui kedua-dua laluan tersebut dan buat perbandingan yang mana lebih menyeronokkan. Ketinggian jambatan dari paras laut yang melebihi 50 meter mungkin sedikit menakutkan bagi anda yang menghidap acrophobia (takut akan ketinggian), namun pemandangannya sangat indah. Anda boleh mencuba untuk menikmati suasana senja sambil bersantai dan berjalan-jalan di sini. Jika anda ingin bersantai pada waktu malam, datanglah sebelum bulan Oktober berakhir, kerana bermula pada bulan November, waktu melawat hanya terhad hingga pukul 6 petang. Sebenarnya, terdapat banyak permainan yang boleh menggembirakan hati tanpa perlu mengeluarkan wang!

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari