HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro 3 lokasi untuk melihat Gunung Fuji di Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Kawasan Sekitar Tokyo 3 lokasi untuk melihat Gunung Fuji di Tokyo
3 lokasi untuk melihat Gunung Fuji di Tokyo

3 lokasi untuk melihat Gunung Fuji di Tokyo

Last updated: 28 Disember 2020

Gunung Fuji merentangi Shizuoka-ken dan Yamanashi-ken. Ianya turut boleh dilihat dari Tokyo. Artis ukiyo-e (teknik lukisan Jepun) terkenal Jepun Katsushika Hokusai dan Utagawa Hiroshige turut mengabadikan keindahan Gunung Fuji yang dapat dilihat dari Edo. Artikel akan memperkenalkan lokasi untuk menikmati pemandangan Gunung Fuji di Tokyo.

"Diamond Fuji" mungkin dapat dilihat!

"Diamond Fuji" mungkin dapat dilihat!

Ketika cuaca cerah, Gunung Fuji dapat dilihat tanpa terlindung di sebalik bangunan di Taman Kasai Rinkai terletak di Edogawa-ku, Tokyo dan berdepan dengan Teluk Tokyo. Malah kebarangkalian untuk melihat "Diamond Fuji" (pemandangan ketika cahaya matahari bersinar di puncak Gunung Fuji seolah-olah sinaran berlian) turut ada ketika kedudukan matahari terbenam dan Gunung Fuji bertindih. Di dalam taman ini juga terdapat roda Ferris. Pemandangan Gunung Fuji dari atasnya turut disyorkan kepada anda.

Menikmati pemandangan Gunung Fuji sambil menjamu selera

Menikmati pemandangan Gunung Fuji sambil menjamu selera

Bangunan kebudayaan 17 tingkat yang terletak berdekatan dengan stesen JR "Oji". Gunung Fuji dapat dilihat dari restoran "Sankaitei" yang terletak di tingkat 17 ketika cuaca cerah. Nikmatilah sajian di sini sambil menikmati pemandangan yang cantik. Di dalam bangunan ini turut terdapat dewan teater, bilik teh, bilik mesyuarat, dan sebagainya (berbayar), dan kerap digunakan sebagai tempat berinteraksi serta tempat penyebaran budaya oleh penduduk tempatan.

  • Hokutopia
    北とぴあ
    • Address 1-11-1, Oji, Kita-ku, Tokyo, 114-0002, Japan

Melihat Gunung Fuji dari teres stesen kereta api

Melihat Gunung Fuji dari teres stesen kereta api

"Teres Fujimi" terpilih sebagai "100 tempat terkenal untuk melihat Gunung Fuji" oleh Kementerian Tanah, Kemudahan, Pengangkutan, dan Pelancongan. Gunung Fuji dapat dilihat di celah-celah bangunan jika cuaca elok, malah pemandangan matahari terbenam di puncak Gunung Fuji turut dapat dilihat pada 18, 19, dan 25 Disember. Pemandangan ini dipanggil sebagai "Diamond Fuji" dan menarik kunjungan ramai jurugambar ke sini. Teres adalah percuma dan pintu masuknya terletak di kanan (barat) pintu tiket Seibu-Ikebukuro Line di stesen Higashi-Kurume. Malah di Bandar Higashi-Kurume ini terdapat satu-satunya "100 sungai terpelihara Heisei" iaitu Sungai Ochiaikawa dan kumpulan mata air Minamizawa, di mana ianya menjadi kebanggaan penduduk.

  • Fujimi Terrace
    富士見テラス
    • Address 1-8, Honcho, Higashikurume-shi, Tokyo, 203-0053, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari