HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa 10 pilihan kuil yang patut dikunjungi ketika melawat Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 10 pilihan kuil yang patut dikunjungi ketika melawat Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Tsukiji 10 pilihan kuil yang patut dikunjungi ketika melawat Tokyo
10 pilihan kuil yang patut dikunjungi ketika melawat Tokyo

10 pilihan kuil yang patut dikunjungi ketika melawat Tokyo

Last updated: 15 Julai 2020

Jinjya (kuil Shinto) dan Jiin (kuil Buddha) yang dapat memberikan suasana Jepun bukanlah hanya di Kyoto sahaja. Ini merupakan pengenalan kepada 10 buah kuil Buddha yang anda patut kunjungi ketika melawat Tokyo.

1: Senso-ji

1: Senso-ji

Senso-ji terletak di Asakusa yang masih memelihara suasana kehidupan rakyat biasa sejak zaman dahulu, dan ianya dibina pada tahun 628 dan merupakan kuil Buddha yang tertua di Tokyo. Pelbagai aktiviti seperti Hagoita-ichi (Aktiviti tahunan yang dijalankan setiap tahun pada 17-19 Disember) dan pesta musim panas serta pelbagai aktiviti lain diaturkan sepanjang tahun, dan menjadi suatu tempat yang sungguh sesuai untuk menikmati budaya Edo. Dari Kaminarimon yang merupakan simbol Asakusa, kedai makan dan kedai cenderamata berbaris di laluan untuk ke kuil, dan berjalan kaki sambil melihat pemandangannya juga menyeronokkan.

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Skytree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181

2: Zojoji

2: Zojoji

Zojoji ialah kuil Buddha yang mempunyai makam Shogun yang memerintah Jepun selama 265 tahun sejak tahun 1603. Terletak bersebelahan dengan Menara Tokyo, Kuil ini mempunyai kawasan yang luas dan 6 orang Shogun serta para isteri dan gundiknya dikebumikan disini. Makam keluarga Shogun dan bilik pameran harta karun terbuka kepada sesiapa membayar yuran masuk. Walau bagaimanapun, pintu gerbang di pintu masuk kawasan makam yang diperbuat daripada gangsa dan dihiasi dengan ukiran naga ini pernah diklasifikasikan sebagai harta karun negara, dan memang berbaloi untuk melihatnya.

  • Zojoji
    • Address 4-7-35, Shibakouen, Minato-ku, Tokyo, 105-0011
      View Map
    • Nearest Station Onarimon Station (Toei Mita Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3432-1431

3: Kaneiji

3: Kaneiji

Kuil Buddha yang dibina pada tahun 1625 ini adalah untuk meminta doa dari Dinasti Tokugawa Shogun dan disini ada makam untuk 6 orang Dinasti Tokugawa di dalam kawasan kuil ini . Pada masa lampau, hampir keseluruhan kawasan taman Ueno merupakan Kuil Kaneiji, dan tinggalan dari masa itu seperti Ueno-daibutsu (Patung duduk gergasi Shaka Nyorai yang dibina pada zaman Edo), Kannon-do dan sebagainya masih kekal di dalam taman Ueno hingga ke hari ini.

  • Kanei-ji
    • Address 1-14-11, Uenosakuragi, Taitou-ku, Tokyo, 110-0002
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      8 minutes on foot
    • Phone Number 03-3821-4440

4: Tsukijihonganji

4: Tsukijihonganji

Tsukijihonganji yang terletak di berhampiran Tsukiji-ichiba merupakan sebuah kuil yang dibina dengan menggunakan batu dengan gaya India kuno, dan kuil seperti ini jarang ditemui. Ketika masuk ke dalam, suasananya berbeza daripada luarannya, dan ruangan Buddha ala Jepun wujud di sana. Selain itu, terdapat alat musik pipe organ dan stained glass (kaca berwarna-warni) yang menghasilkan suasana yang unik dan jarang ditemui.

5: Higashi Honganji

5: Higashi Honganji

Higashi Honganji yang terletak di Asakusa merupakan kuil yang dibina pada tahun 1591, dan ada juga yang memanggilnya Asakusa Honganji. Bangunan kuil utama yang sebelum ini muncul di dalam ukiyo-e "36 Pemandangan Gunung Fuji" yang dilukis oleh Katsushika Hokusai. Bangunan kuil utama yang sekarang ini dibina semula pada tahun 1939, jauh daripada hiruk-pikuk bandar, dan boleh dilawati oleh ramai orang yang ingin beribadat dengan suasana yang tenang.

6: Shibamata Taishakuten

6: Shibamata Taishakuten

Kuil yang dibina pada tahun 1629. Ukiran yang menghiasi dinding luar Taishakudo, yang terletak di dalam kawasan kuil, merupakan salah satu benda yang menarik. Ajaran Buddha diukirkan oleh pekerja yang mahir pada masa itu, dan ia memakan selama 13 tahun. Dan, laluan untuk ke tempat beribadat masih memgekalkan suasana kawasan membeli-belah bagi rakyat biasa pada masa dahulu, dan juga terkenal kerana disini pernah menjadi lokasi penggambaran filem dan drama

  • Taishakuten
    柴又帝釈天(経栄山 題経寺)
    • Address -10-3, Shibamata, Katsushika-ku, Tokyo, 125-0052, Japan

7: Sengakuji

7: Sengakuji

Kuil ini mempunyai makam 47 samurai yang membalas dendam kepada musuh tuannya dengan menuruti prinsip Bushido dan tuan 47 samurai itu juga dimakamkan di situ . Di dalam kawasan kuil, terdapat sebuah muzium yang mempamerkan barangan yang berkait rapat dengan 47 samurai tersebut. Pada 14 hari bulan Disember iaitu tarikh 47 samurai itu membalas dendam , aktiviti yang dipanggil "gishisai" diadakan, dan para pelakon akan melakonkan semula tentang keadaan ketika para samurai melawat makam tuannya.

  • Sengaku-ji
    • Address 2-11-1, Takanawa, Minato-ku, Tokyo, 108-0074
      View Map
    • Nearest Station Sengakuji Station (Toei Asakusa Line / Keikyu Main Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3441-5560

8: Houmyouji

8: Houmyouji

Houmyouji merupakan kuil yang terletak 15 minit dengan berjalan kaki dari stesen kereta api JR "Ikebukuro", dan ia terkenal dengan pemandangan pokok sakura yang indah. Kishimojindo yang berjarak 200m daripada bangunan kuil utama, menjadi tempat untuk menyembah Kishimojin yang merupakan tuhan untuk membesarkan anak, dan sering dikunjungi oleh pelawat yang hadir bersama anak masing-masing. Di dalam kawasan kuil Kishimojindo, terdapat sebuah kedai manisan yang mula beroperasi lebih daripada 200 tahun dahulu, dan ia merupakan kedai manisan yang tertua di Jepun. Anda disyorkan untuk melawatnya juga.

  • Homyoji Temple
    • Address 3-15-20, Zoshigaya, Toshima-ku, Tokyo, 171-0032
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      10 minutes on foot
    • Phone Number 03-3982-8347

9: Toyokawainari

9: Toyokawainari

Kuil ini terkenal dengan ditunaikan doa mengenai tuah dalam kejayaan hidup dan kekayaan, kemahiran seni, kemajuan dalam perniagaan dan sebagainya. Ramai artis dan pemain sukan melawat untuk berdoa kepada tuhannya disini. Di dalam kawasan kuil, terdapat sebuah patung musang yang memeluk anaknya yang dipanggil "Kodakikitsune", dan dikatakan ia dapat memberi kurniaan anak jika anda membelainya.

10: Tennouji

10: Tennouji

Tennouji merupakan salah satu kuil yang tertua di Tokyo. Di dalam kawasan kuil, terdapat patung Buddha besar yang berketinggian lebih daripada 3 meter, dan ia dibina lebih daripada 300 tahun dahulu. Laluan untuk ke tempat beribadat di Tennouji dipanggil "Sakura-dori", dan terkenal dengan pokok sakura yang membentuk seperti terowong yang panjang.

  • Tennoji
    • Address 7-14-8, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
      View Map
    • Nearest Station Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3821-4474
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari