Tsukiji
Tsukiji:Gambaran keseluruhan dan Sejarah
Tsukiji terletak di selatan-timur dari Stesen Tokyo, tempat yang terkenal dengan pasar lelongan ikan tuna dan tempat pemborongan ikan. Beberapa tahun kebelakangan ini, Tsukiji telah menjadi tempat yang popular di kalangan pelancong. Tsukiji adalah kawasan yang sangat penting kerana ia menerima ikan-ikan segar setiap hari dari seluruh Jepun. Anda dapat lihat ramai orang berbaris di luar pasar yang terdiri daripada 400 wakil restoran dan wakil-wakil daripada kedai runcit.
Sekarang, terdapat pergerakan daripada kerajaan yang ingin memindahkan Pasar Tsukiji pada tahun 2017 ke Toyosu, tetapi dijangkakan pasar lelongan ikan akan terus kekal di Tsukiji. Menjadi kebanggaan Jepun, Tsukiji adalah tempat yang terbaik untuk anda merasai makanan laut yang segar.
Tsukiji:maklumat kawasan
Kawasan dalam dan luar Tsukiji
Tsukiji menawarkan pasar ikan terbesar Jepun, tempat yang mesti dikunjungi buat pelancong yang pertama kali datang ke Jepun. Ia adalah satu tempat istimewa bagi para tukang masak di mana anda dapat menikmati makanan laut segar. Tama Sushi, Aozora San Daime adalah antara kedai sushi yang terkenal terdapat di Tsukiji yang boleh dijadikan pilihan untuk anda mencubanya. Tsukiji Sushi Dai, Sushi Zanmai Tsukiji, dan Yamato Sushi adalah antara kedai yang popular bagi kalangan pelancong barat. Disebabkan kedai-kedai ini popular sepanjang tahun, anda mungkin perlu berbaris panjang untuk memasukinya, tetapi ia mempunyai nilai yang amat berbaloi.
Apabila melawat Tsukiji, dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada merokok, memakai pewangi atau pun haruman. Ini kerana terdapat kedai yang melarang anda masuk disebabkan syarat-syarat tersebut. Selain itu, digalakkan memakai kasut yang susah untuk tergelincir memandangkan lantainya yang basah. Tsukiji juga merupakan sebuah bandar yang sibuk dengan kereta keluar masuk, jadi digalakkan anda mengambil langkah berjaga-jaga.
Di bahagian selatan Tsukiji, terdapat Hamarikyu Garden yang mana di situ anda dapat menikmati pemandangan Tokyo Bay. Disamping itu, di sebelah utara Pasar Tsukiji pula, terdapat senibina indah, reka bentuk dan susun aturnya adalah berkonsepkan India purba. Senibina ini dipanggil sebagai Tsukiji Honganji.
Tsukishima
Dengan menggunakan laluan keretapi Toei Oedo Line, jarak satu stesen daripada Tsukiji, terdapat Stesen Tsukishima yang terkenal dengan makanan yang dipanggil Monja-yaki. Gaulkan kobis, makanan laut dan daging di atas Teppan atau iron plate dan campurkan bersama tepung yang telah dicairkan dengan stok sup, sehingga ia masak. Di Tsukishima terdapat 「Tsukishima Monja-yaki Street」,anda akan dapat melihat banyak kedai yang menjual Monja-yaki di situ. Setiap kedai mempunyai rasa dan suasana yang berbeza, jadi anda boleh datang ke sini untuk mencari kedai yang menepati citarasa anda.
Pada tahun 1946, iaitu pada tahun ke-3 zaman pemerintahan Shoho telah dibina Kuil Sumiyoshi di Tsukishima. Dikatakan Permaisuri Raja dan Tokugawa Ieyasu diabadikan di Kuil Sumiyoshi, dan terdapat banyak barang peninggalan sejarah yang di situ.
Jika anda pergi ke Tsukuda Park di waktu malam, anda akan dapat melihat pemandangan yang cantik seperti Tokyo Bay, Tokyo Sky Tree, Tokyo Tower, Rainbow Bridge dan Odaiba. Apa kata anda bawa bersama kamera untuk merakamkan gambar indah ketika matahari terbenam!