Kemudahan penginapan di Jepun

Kemudahan penginapan di Jepun

Last updated: 8 Ogos 2018

Pengenalan kepada kelebihan yang ada pada setiap jenis kemudahan penginapan di Jepun. Anda boleh membuat pilihan dengan mudah jika mengetahui perbezaannya.

Hotel Bisnes / Hotel Bajet

Hotel Bisnes / Hotel Bajet

Terdapat di setiap tempat pelancongan dan bandar. Ia adalah hotel yang biasa. Semasa memohon untuk melancong secara berkumpulan, selalunya hotel jenis ini ditawarkan. Di bandar metropolitan, biliknya agak sempit tetapi perkhidmatan pembersihan dan pengemasan katil ada disediakan. Di sekitarnya terdapat kedai serbaneka, yang pasti memudahkan pengunjung yang menginap di hotel ini.

Ryokan

Ryokan

Ryokan adalah sesuai bagi anda yang suka kepada pemandangan luar melihat suasana Jepun. Perkhidmatan disetiap bilik dilakukan oleh kakitangan perempuan yang dipanggil ‘nakai’. Kelebihannya adalah perkhidmatan yang teliti dan keramahannya kakitangannya.
Mereka amat teliti dari segi kekemasan bilik dan kebersihan tatami (lantai Jepun). Kebanyakannya menyediakan teh Jepun dan biskut.

Mandi air panas dan makan di ryokan

Mandi air panas dan makan di ryokan

Keseronokan sebenar tinggal di ryokan adalah semasa makan dan mandi di kolam air panasnya. Terutamanya masakan tradisional masyarakat setempat yang menggunakan bahan makanan tempatan. Bahan masakan dan kualiti perkhidmatannya yang bermutu tinggi, pasti membuka selera anda. Disamping itu, kebanyakan kolam mandi yang dikongsi bersama dilengkapi dengan tab mandi terbuka. Pakai ‘yukata’ yang disediakan di dalam bilik anda ketika ingin pergi ke kolam mandi.

Minshuku

Minshuku

Bilangan biliknya kurang daripada ryokan dan seperti tinggal di rumah biasa. Secara asasnya perniagaan penginapan ini dijalankan oleh satu keluarga dan daya tarikannya terletak pada komunikasi yang mudah dengan kakitangan-kakitangannya. Kebanyakannya menyediakan bahan makanan yang didapati daripada petani dan nelayan tempatan menjadikan ramai yang datang kerana ingin merasai keenakan makanan tempatannya.

Hotel Kapsul

Hotel Kapsul

Hotel yang digemari oleh orang yang mahu kos bermalam yang murah. Seperti namanya, ia adalah kemudahan bermalam yang berbentuk kapsul. Secara asas, kebanyakannya hanya ada katil, tiada ruang, dan tiada kunci. Terdapat kedai sauna dan kolam mandi awam berhampiran. Kebelakangan ini pengguna wanita meningkat.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari