Bagi pelancong asing yang melancong ke Jepun buat pertama kali, mereka mungkin akan merasai keunikan iklim Jepun yang mempunyai empat musim yang jelas ini. Terdapat klasifikasi iklim dari selatan ke utara kepulauan Jepun yang panjang ini. Saya akan memperkenalkan fenomena semula jadi dan iklim di Jepun.
Berlakunya empat musim bergantung kepada kecondongan paksi bumi!?
Sudah sedia maklum bahawa perubahan musim adalah berkait dengan pergerakan bumi dan matahari. Bumi berputar sekali sehari, dan sambil berputar dalam satu tahun akan membuat satu putaran mengelilingi matahari. Walau bagaimanapun, bumi (paksi bumi) adalah sedikit condong untuk berputar mengelilingi matahari, dan ini menyebabkan berlakunya perubahan penerimaan cahaya matahari mengikut tempat. Musim akan bersilih ganti dengan lengkapnya pusingan dalam satu tahun, dan berlakulah empat musim. Kepulauan Jepun yang panjang dari selatan ke utara, dan oleh kerana terdapat perbezaan yang berlaku bergantung kepada kawasan, maka anda boleh menikmati peredaran empat musim sepanjang satu tahun.
Kenapa empat musim di Jepun sangat jelas?
Jepun mempunyai empat musim yang jelas disebabkan ianya dikelilingi laut, dan dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup pada musim sejuk iaitu angin baratan dan pada musim panas iaitu angin timur selatan. Manakala empat musim yang jelas kelihatan pula adalah disebabkan oleh kawasannya yang dikatakan berada di latitud pertengahan yang mana perubahan jisim udara ("air mass") adalah tinggi.
Apa itu ramalan kaji cuaca “Sakura zensen” di Jepun?
Masyarakat Jepun sangat menggemari “Sakura” (bunga ceri). Di Jepun ramalan bunga sakura mekar untuk setiap kawasan adalah menjadi satu kebiasaan. Setiap kawasan atau tempat yang mana masa sakura mekar adalah sama akan ditandakan dengan garisan sambungan di atas peta seperti yang selalu dilakukan untuk ramalan kaji cuaca dan ianya dikenali sebagai “Sakura zensen”
Di Okinawa orang yang mengalami “kafunsyou” (alahan debunga) sedikit!?
Pada musim bunga masyarakat Jepun sering dibelenggu dengan penyakit alahan dari kulat debunga iaitu dipanggil “kafunsyou” (alahan debunga). Tetapi di Okinawa dikatakan orang yang mengalami masalah alahan debunga adalah sangat sedikit. Ini adalah dikatakan kerana iklim yang sederhana panas sepanjang satu tahun di Okinawa menyebabkan kulat debunga tidak dapat hidup.
Apa itu “tsuyu” (musim hujan)?
Terdapat juga segelintir pelancong yang datang ke Jepun di antara bulan Mei hingga Julai yang terkejut dengan kelembapan udaranya. Ini adalah kerana terdapat kaitan dengan fenomena musim “tsuyu” (musim hujan) iaitu peralihan musim bunga kepada musim panas yang mana akan menyebabkan berlaku hujan lebat dan juga cahaya matahari yang kurang. “Permulaan” musim hujan secara puratanya mengambil masa selama lima hari untuk peralihan tempohnya. Berdasarkan cuaca sebelum ini dan juga ramalan seminggu selepasnya adalah hujan dan juga mendung menandakan bermulanya musim hujan. Manakala “tsuyu ake” ( berakhirnya musim hujan) adalah apabila garisan sambungan musim hujan di semua tempat di Jepun telah tiada, menandakan telah beralih kepada musim panas. Ciri-ciri musim hujan yang mempunyai kelembapan yang tinggi ini, tertumpu kepada bulan Jun dan Julai.
Di Hokkaido tiada musim hujan?
Tiada musim hujan di Hokkaido. Garisan musim hujan ini mempunyai ciri-ciri yang bergantung kepada kekuatan dua tekanan udara yang tinggi iaitu peralihan ke utara dan juga peralihan ke selatan, tetapi dari Okinawa naik ke bahagian utara, serta tekanan tinggi di Lautan Pasifik menjadi semakin kuat, sehingga menyebabkan garisan musim hujan berkurang setibanya di Hokkaido.
Kenapa musim panas di Jepun mempunyai kelembapan yang tinggi?
Disebabkan musim panas di Jepun mempunyai kelembapan yang tinggi, maka ramai dari kalangan pelancong yang mungkin merasai tidak selesa dengan peluh yang membasahi tubuh. Ianya mempunyai kaitan dengan “Sistem tekanan tinggi Lautan Pasifik”. Disebabkan tekanan tinggi berlaku di Lautan Pasifik maka ianya mengandungi banyak wap air, dan apabila tiba musim panas iaitu bergerak ke utara dan menutupi kepulauan Jepun. Dan kemudiannya udara lembab yang tinggi di Lautan Pasifik akan dibawa ke Jepun dengan angin dari bahagian selatan memyebabkan kelembapan menjadi tinggi.
Kenapa salji turun?
Walaupun kesejukan adalah teruk pada musim sejuk di Hokkaido dan kawasan Tohoku (utara timur Jepun) tetapi anda boleh menikmati keindahan dunia yang serba putih. Salji yang mana jatuh dari awan, adalah kumpulan partikel air dari awan. Partikel air di dalam awan yang pada mulanya adalah ais kecil, tetapi apabila berada di atmosfera ianya bercantum dengan gumpalan wap air, dan seterusnya membentuk kristal ais yang semakin besar. Permukaan bumi yang mana syarat keadaan suhunya adalah dibawah 0℃ membuatkan kristal ais yang jatuh dari atas awan tidak mencair dan turun dalam bentuk salji.
Boleh mengetahui cuaca dengan melihat Gunung Fuji?
Pada zaman dahulu, dikatakan orang yang tinggal berdekatan dengan Gunung Fuji boleh meramal cuaca dengan hanya melihat awan yang meliputi gunung tersebut. Sebagai contoh, terdapat keadaan di mana jika puncak gunung berbentuk awan seperti payung yang memayungi maka keesokannya adalah hujan, manakala jika awan meliputi kaki gunung maka keesokan harinya adalah cerah. Bagi orang zaman dahulu, oleh kerana tiadanya alatan teknologi untuk meramal cuaca, maka mereka menggunakan Gunung Fuji untuk membuat ramalan cuaca.
Nama taufan untuk setiap negara adalah berlainan?
Dahulunya nama taufan telah diletakkan dengan nama wanita oleh Amerika. Ini adalah kerana taufan masa itu telah diramal oleh tentera laut dan tentera darat yang ingin bergurau. Dan dikatakan dengan meletakkan nama taufan dengan nama isteri dan juga kekasih, ia mula dipanggil dengan penuh mesra. Dari tahun 2000 taufan yang berlaku dari kawasan barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan telah diletakkan dengan nama yang tetap, manakala di Jepun pula setiap 1 hari bulan Januari dan selepasnya, taufan yang berlaku paling awal dinamai No. 1, dan taufan yang berlaku seterusnya akan dinamai mengikut urutan nombor.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Kad bank luar negara
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mencuba pakaian
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Akihabara, dahulu dan sekarang
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Ikebukuro yang dahulu dan sekarang
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Roppongi dulu dan sekarang