HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo 7 perkara yang perlu diketahui jika ingin melancong ke Jepun
7 perkara yang perlu diketahui jika ingin melancong ke Jepun

7 perkara yang perlu diketahui jika ingin melancong ke Jepun

Last updated: 28 Mac 2019

Artikel ini akan memperkenalkan perkara-perkara yang perlu diketahui ketika melancong di Jepun.

Tidak membuat bising di dalam kereta api

Tidak membuat bising di dalam kereta api

Senyap adalah merupakan adab yang perlu dipatuhi ketika berada di dalam kereta api. Berbual dengan nada suara yang tinggi, atau pun bercakap di dalam telefon adalah dilarang sama sekali.

Gerabak untuk wanita

Gerabak untuk wanita

Di pusat-pusat bandar terdapat kemudahan "gerabak untuk wanita" yang hanya dibenarkan kepada penumpang wanita sahaja. Kemudahan ini disediakan sepanjang hari atau pada waktu-waktu yang ditetapkan. Jika penumpang lelaki tersalah menaiki gerabak tersebut, bukan sahaja dipandang dingin oleh penumpang lain, malahan mungkin diberi amaran oleh petugas stesen atau konduktor kereta api tersebut.

Zon Keutamaan

Zon Keutamaan

Tempat duduk di zon ini adalah untuk kegunaan wanita mengandung, wanita bersama bayi, orang kelainan upaya, dan juga warga emas. Kebiasaannya zon ini ditempatkan di bahagian hadapan dan belakang gerabak. Sebaik-baiknya penumpang tidak menggunakan telefon bimbit berdekatan dengan zon ini.

Cara menggunakan pintu tiket di stesen kereta api

Ketika ingin masuk, penumpang perlu memasukkan tiket ke dalam mesin pintu tiket elektronik, dan mengambil kembali tiket yang dikeluarkan. Ketika ingin keluar pula penumpang perlu memasukkan tiket dan terus keluar kerana tiket tersebut akan dipungut. Terdapat juga mesin pintu tiket yang dikhaskan untuk pengguna IC kad. Penumpang yang menggunakan tiket perlu berhati-hati dan menggunakan mesin yang betul. Jika keadaan sesak di platfom, penumpang haruslah berbaris. Dilarang sama sekali untuk mengganggu atau memotong barisan.

Tip tidak diperlukan

Tip tidak diperlukan

Jepun tidak mengamalkan budaya memberi tip. Jika anda menerima servis yang baik, anda hanya perlu mengucapkan "arigato gozaimasu" (terima kasih). Jangan malu untuk mengucapkannya walaupun tidak mahir berbahasa Jepun.

Dilarang merokok atau membuang sampah di atas jalan

Dilarang merokok atau membuang sampah di atas jalan

Majlis pembandaran yang menguatkuasakan undang-undang terhadap perbuatan merokok dan perbuangan sampah di atas jalan semakin bertambah. Terutamanya di pusat-pusat bandar seperti Tokyo, di kebanyakan kawasannya telah mempunyai undang-undang melarang perokok daripada merokok di atas jalan. Malah terdapat banyak juga majlis perbandaran yang melarang pejalan kaki daripada merokok.

Restoran yang mengasingkan perokok dan melarang merokok

Restoran yang mengasingkan perokok dan melarang merokok

Kebelakangan ini telah banyak restoran-restoran yang mengasingkan perokok serta melarang merokok semakin bertambah. Jika anda ingin merokok, sila sampaikan kepada pekerja restoran supaya menunjukkan tempat duduk yang sesuai.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari