HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo 100 tahun gah beroperasi kedai lagenda Nihombashi
100 tahun gah beroperasi kedai lagenda Nihombashi

100 tahun gah beroperasi kedai lagenda Nihombashi

Last updated: 22 Mei 2020

Nihombashi telah dibangunkan sebagai tumpuan pengangkutan utama di zaman Edo. Pada hari ini, selain dibarisi kemudahan komersial dan bangunan pejabat, bandar ini mempunyai daya tarikan campur aduk elemen lama dan baru dengan beberapa kedai lagenda yang masih mengekalkan keunikan budaya Edo. Ia juga disyorkan untuk anda berjalan-jalan sambil mencari cenderamata Jepun.

"Edohoki" yang berpadanan dengan kehidupan moden

"Edohoki" yang berpadanan dengan kehidupan moden

"Shirokiya Dembee" telah ditubuhkan di Ginza pada tahun 1830. Sekarang, kedai khas "Edohoki" ini dibuka di Kyobashi. Kedai ini menggunakan hasil keluaran negara "broom corn" sejak di awal penubuhannya dan masih mengekalkan tradisi buatan tangan dalam penghasilannya. Keunikan penyapu ini ialah anda boleh menyapu dengan mudah tanpa perlu menggunakan tenaga kerana sifatnya yang lembut dan kenyal. Gunakan penyapu ini di ruang tamu terlebih dahulu, apabila sudah lusuh anda boleh meneruskan penggunaannya di bilik air, tandas serta pintu masuk. Ia merupakan keperluan harian yang sangat sesuai untuk gaya hidup berjimat dan mesra alam.

  • Shirokiya Dembee
    白木屋傳兵衛
    • Address Siroden Bld.1F, 3-9-8, Kyobashi, Chuo-ku, Tokyo, 104-0031, Japan

Kedai lagenda "ucihamono (kutleri)" dengan nama kedai yang tampak gah

Kedai lagenda "ucihamono (kutleri)" dengan nama kedai yang tampak gah

"Ubukeya" ialah kedai kutleri yang ditubuhkan di Osaka pada tahun 1783. Kedai yang dibina ketika bakumatsu (tahun-tahun terakhir zaman Edo menjelang keruntuhan Tokugawa shogunate) ini telah membawa kepada pembukaan kedai Edo yang wujud pada hari ini. Kedai ini dinamakan sempena ayat yang berbunyi "ubuke (bulu lembut dan halus) pun boleh dicabut, dipotong dan dicukur" yang menjadi sebutan ramai. Selain daripada pinset, pisau Jepun, dan gunting menjahit, kedai ini turut menjual kutleri seperti parang dan pisau Barat. Kedai yang diperbuat daripada kayu ini mempunyai nilai yang tersendiri, bukan sekadar menjual kutleri yang dapat digunakan hingga ke generasi anak cucu jika dijaga dengan baik.

  • Ubukeya
    • Address 3-9-2, Nihonbashiningyocho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0013
      View Map
    • Nearest Station Ningyocho Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Asakusa Line)
    • Phone Number 03-3661-4851

Sensu (kipas lipat) dan uchiwa (kipas tradisional Jepun) yang dihasilkan oleh penerbit ukiyo-e (lukisan yang menggambarkan kehidupan pada zaman Edo)

Sensu (kipas lipat) dan uchiwa (kipas tradisional Jepun) yang dihasilkan oleh penerbit ukiyo-e (lukisan yang menggambarkan kehidupan pada zaman Edo)

"Ibasen" ialah kedai sensu dan uchiwa yang ditubuhkan pada tahun 1590. Di kedai ini terdapat pelbagai sensu yang berlainan saiz dan kegunaan seperti "Edo sensu" yang diperbuat daripada kain yukata, "maiogi" yang digunakan dalam tarian tradisional Jepun, "kazariogi" yang digunakan untuk hiasan dalaman dan sebagainya. Di samping itu, uchiwa dengan cetakan berwarna pelakon kabuki, tempat terkenal Jepun dan sebagainya yang diilhamkan dari blok kayu hasil kerja artis ukiyo-e seperti Hiroshige Utagawa dan Kuniyoshi Utagawa adalah barang berharga yang tidak boleh dilepaskan.

  • Ibasen
    • Address The first floor of ijosen building, 4-1, Nihonbashikobunacho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0024
      View Map
    • Nearest Station Shin-Nihombashi Station (JR Sobu Main Line (Rapid))
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-3664-9261

Beli washi (kertas Jepun) yang mendapat perhatian dunia di sini!

Beli washi (kertas Jepun) yang mendapat perhatian dunia di sini!

"Haibara" ialah kedai washi di Nihombashi yang telah beroperasi melebihi 200 tahun. Ia menjual banyak produk kertas dan washi seperti set surat dan kipas tangan hiasan. Pada zaman Taisho, Yumeji Takehisa iaitu seorang artisan yang terkenal dengan lukisan perempuan cantik, turut diketahui melibatkan diri dalam banyak rekaan barangan di kedai ini seperti kertas tulis, sampul surat bergambar, uchiwa dan sebagainya. Salah satu barangan popular kedai ini adalah "Jabarabinsen" (kertas tulis berbentuk ombak) yang mempunyai jahitan benang di setiap lipatannya, dan boleh digunakan setakat yang anda perlukan sahaja.

  • Haibara
    • Address Tokyo Nihonbashi Tower, 2-7-1, Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0027
      View Map
    • Nearest Station Nihombashi Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Tozai Line / Toei Asakusa Line)
    • Phone Number 03-3272-3801

Kedai shikki (perkakas kayu) terkenal yang anda dapat rasai keunikan tradisi Jepun

Kedai shikki (perkakas kayu) terkenal yang anda dapat rasai keunikan tradisi Jepun

Shikki yang cantik dengan warna hitam dan merah merupakan salah satu hasil kraf tangan tradisional Jepun. "Kuroeya" ialah kedai shikki terkenal di Nihombashi dan mula beroperasi sejak dari tahun 1689. Di dalam kedai tersebut terdapat shikki dari setiap lokasi seluruh Jepun dan juga produk keluaran sendiri. Selain daripada barangan biasa seperti mangkuk dan penyepit kayu, terdapat juga padanan yang sesuai untuk susunan meja hidangan barat seperti sudu, garfu, gelas wain dan sebagainya. Cermin tangan dan aksesori amatlah sesuai untuk kegunaan sendiri, selain dijadikan hadiah.

  • Kuroeya
    • Address The second floor of Kuroeya Kokubu Building, 1-2-6, Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo, 103-0027
      View Map
    • Nearest Station Nihombashi Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Tozai Line / Toei Asakusa Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3272-0948
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari